Makan Durian Sebanyak Mana Yang Anda Mahu Di Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah pada Jumaat yang lepas (2 Mei 2019), Hans bersama tiga orang rakan media yang lain telah dipilih oleh Tourism Malaysia untuk pergi ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis perasmian Pakej Durian "Kembali Atas Permintaan" - Makan Durian Sebanyak Yang Anda Mahu @ Dusun 8321 yang akan berlangsung di Balik Pulau, Pulau Pinang mulai 6 Mei 2019 sehingga 6 Ogos 2019.


Untuk pengetahuan anda semua, pihak Tourism Malaysia telah melancarkan kempen khas bertemakan durian ini bagi memeriahkan lagi serta mempromosi musim durian di Pulau Pinang. Kempen ini juga turut mendapat kerjasama daripada pihak Asia Gateway Tours yang disokong oleh Air Asia Berhad dan beberapa buah hotel yang terpilih.


YB Tuan Muhammad Bakthiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, telah melancarkan kempen tersebut di Restoran Gaya Beach, Rainbow Paradise Beach Resort. Beliau turut diiringi oleh Pengarah Kanan (Bahagian Domestik dan Acara) Tourism Malaysia, Dato' Dr. Ammar Abd Ghapar. 


Untuk pengetahuan semua, negeri Pulau Pinang menawarkan pelbagai jenis durian yang boleh anda rasai dengan penuh nikmat. Pada majlis perasmian ini terdapat pelbagai jenis durian yang disediakan dimana Hans dapat merasa setiap jenis durian dengan begitu gembira sekali. Ada banyak nama durian yang diperkenalkan kepada Hans dan rakan-rakan media lain pada majlis kali ini seperti:
1) Durian Xiao Hung - Little Red Indian
2) Durian Coupling
3) Durian Green Skin
4) Durian D14
5) Durian Bak Eu
6) Durian Khun Po


Apa yang istimewanya tentang kempen makan durian yang merupakan kerjasama antara pihak Tourism Malaysia dan Asia Gateway Tours ini ialah mereka telah membangunkan beberapa pakej durian yang cukup menarik. Antara pakej yang mendapat perhatian Hans ialah Buffet Durian yang bermula dari RM66 bagi dewasa dan RM36 bagi kanak-kanak dan diikuti oleh Pakej 2 Hari 1 Malam dari RM186 seorang serta Pakej 3 Hari 2 Malam yang bermula dari RM366 seorang dengan tempahan minima 4 orang bagi setiap pakej. Sasaran jualan pakej adalah sebanyak 3000 pakej dengan pulangan berjumlah RM 300, 000 sepanjang promosi berlangsung. 


Selain itu, ada bonus tambahan yang cukup istimewa menanti anda jika anda membeli pakej durian ini dimana anda turut berpeluang memenangi tiket penerbangan iaitu tiket PuÅ‚au Pinang - Kuala Lumpur, tiket PuÅ‚au Pinang - Johor Bahru dan tiket Pulau Pinang - Melaka. Lebih menarik lagi, pembeli juga akan menerima diskaun tambahan sebanyak 10 peratus ke atas sebarang pembelian Pakej Durian dengan menunjukkan pass masuk Air Asia di sepanjang tempoh promosi ini. 


Jika anda peminat sejati raja buah iaitu durian maka anda perlu pastikan anda datang ke Tanjung Bungah untuk mencuba durian-durian yang terdapat disini. Jadi, kepada yang berminat untuk menempah pakej ini maka anda boleh lihat info dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan pakej dan promosi yang disediakan disini.


DURIAN PACKAGES
ASIA GATEWAY TOURS SDN BHD 

Alamat:
8321 Durian Plantation,
Balik Pulau,
Penang, Malaysia.

Tarikh:
6 Mei 2019 - 6 Ogos 2019

Nombor Telefon (Untuk Tempahan):
+60164344263 (Mr Eric Yeap)
+60105218852 (Ms. Vince) 

Email:
agtericyeap@gmail.com
agtvince@gmail.com 

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. i no longer eat durian haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena makan
      sedappppp wehhhhh
      Hans suka durian epal
      hehehe

      Padam
  2. Jeles tengok Hans makan durian heh..heh... Anyway, PH nak ucapkan selamat berpuasa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      jangan jealous
      tak baik
      selamat berpuasa juga PH :)

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama