Makan Durian Segar Di Dusun Durian 8321 Balik Pulau

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dibawa oleh pihak Tourism Malaysia untuk mengikuti program Durian Packages Penang yang berlangsung di negeri Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam. Terima kasih kepada Rainbow Paradise Hotel dan Hotel Royal Penang kerana menyediakan tempat bermalam Hans sepanjang program berlangsung.


Jika sebelum ini Hans ada berkongsikan tentang majlis perasmian Pakej Durian "Kembali Atas Permintaan" - Makan Durian Sebanyak Yang Anda Mahu @ Dusun 8321 yang telah berlangsung di Balik Pulau, Pulau Pinang mulai 6 Mei 2019 sehingga 6 Ogos 2019. Untuk kali ini, Hans ingin berkongsi sendiri pengalaman makan durian di Dusun 8321 yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.


Buat pertama kalinya, Hans dapat melihat sendiri buah durian secara dekat yang tumbuh di pokok durian. Memang seronok dan rasa geram melihat banyak buah durian yang berada di batang pokok. Memandangkan Hans memang hantu durian jadi kawasan dusun ini seolah-olah sebuah syurga buat Hans yang sudah lama mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke dusun durian.


Hans dimaklumkan terdapat pelbagai jenis durian yang terdapat di Dusun 8321 ini seperti durian Xiao Hung, Coupling, Green Skin, D14, Bak Eu, Khun Po dan banyak lagi. Seronok sewaktu berjalan di sekitar dusun kerana di bahagian bawah Hans dapat menemui pelbagai buah durian bersaiz kecil yang gugur. Semestinya buah durian seperti pada gambar di atas tidak boleh dimakan kerana bersaiz kecil, tidak matang dan tidak masak tetapi kecomelan buah durian ini menggamit perasaan Hans untuk bergambar. Hahahaha!


Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan sempena Buffet Durian kali ini dimana ia bermula dari RM66 bagi dewasa dan RM36 bagi kanak-kanak dan diikuti oleh Pakej 2 Hari 1 Malam dari RM186 seorang serta Pakej 3 Hari 2 Malam yang bermula dari RM366 seorang dengan tempahan minima 4 orang bagi setiap pakej. Seronoknya makan durian disini ialah anda dapat makan buah durian yang sangat segar kerana ia baru sahaja dikutip daripada dusun durian di sekitar anda.


Memandangkan banyak jenis buah durian dibuka buat Hans dan rakan-rakan media dari Malaysia, Singapura dan Thailand maka memang pelbagai rasa yang dapat ditemui oleh lidah Hans ini. Salah satu jenis buah durian yang Hans cukup suka antara semua ialah durian yang digelar sebagai durian epal oleh pemilik Dusun Durian 8321 ini. Disebabkan kelazatan durian disini yang tiada tolok bandingnya lagi menyebabkan Hans makan lebih daripada 20 ulas durian. Selepas makan baru Hans teringat perbezaan antara durian yang baru dikutip dan dibuka untuk dimakan serta durian yang telah lama gugur dan baru dibuka untuk dimakan. Kesan panas kepada badan memang pantas datang menyerang menyebabkan Hans agak kepanasan sebenarnya selepas itu. Tetapi, disebabkan suka punya pasal memang makan tak ingat dunia. Jangan contohi sikap Hans ini yer wahai pembaca sekalian. Hehehe!


DURIAN PACKAGES
ASIA GATEWAY TOURS SDN BHD 

Alamat:
8321 Durian Plantation,
Balik Pulau,
Penang, Malaysia.

Tarikh:
6 Mei 2019 - 6 Ogos 2019

Nombor Telefon (Untuk Tempahan):
+60164344263 (Mr Eric Yeap)
+60105218852 (Ms. Vince) 

Email:
agtericyeap@gmail.com
agtvince@gmail.com 

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama