Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke Program Santai Ramadan@Matic yang berlangsung pada 23 Mei sehingga 24 Mei 2019 yang lepas. Apa yang menarik tentang program ini ialah ia bukan saja menarik perhatian masyarakat tempatan tetapi turut berjaya mencuri tumpuan para pelancong dari luar negara yang datang ke Kuala Lumpur.
Para pelancong yang berkunjung ke Matic ditemui sangat terpesona dan teruja dengan demonstarasi memasak dodol dan menganyam ketupat sempena program tersebut yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia tersebut. Lebih menarik apabila mereka tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mencuba menganyam ketupat dan mengacau dodol bersama para petugas yang membantu memberi maklumat secara teori dan praktikal kepada mereka.
Kebanyakkan pelancong turut menyatakan perasaan seronok mereka kerana ini merupakan pengalaman pertama buat mereka belajar mengayam ketupat dan mengacau dodol. Lebih menarik apabila mereka bersepakat untuk memuji rasa dodol yang pada mereka menawarkan rasa yang sangat lazat. Melalui program ini juga mereka dapat mengetahui bahawa dodol dan ketupat merupakan masakan tradisi melayu ini yang sangat popular pada musim perayaan.
Agak melucukan apabila petugas memberitahu para pelancong bahawa hidangan dodol serta ketupat ini mengambil masa lebih dari 5 jam untuk disiapkan yang menyebabkan rata-rata pelancong yang mendengarnya kelihatan terkejut dan kagum. Mereka tidak sangka bahawa hidangan ini mengambil masa terlalu untuk disiapkan dan memuji kesabaran pihak-pihak yang menyediakan hidangan ini.
Program Santai Ramadan@Matic ini turut dimeriahkan oleh barisan artis seperti Taufiq Hanafi, Zarina Maharaja Lawak dan chef celebriti popular iaitu Chef Fikri. Program ini juga turut disertai oleh sukarelawan dari Kolej Vokasinal Setapak selain kakitangan Matic sendiri. Rata rata sukarelawan yang hadir tidak pernah melihat dan tidak tahu bagaimana masakan ini disediakan. Mereka berasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat terlibat dengan aktiviti sebegini.
Hans sendiri melihat program sebegini sememangnya memberikan banyak manfaat bukan sahaja buat pelancong tetapi juga kepada masyarakat tempatan sendiri yang rata-ratanya sekarang memang tidak tahu menahu tentang amalan menyediakan hidangan seperto dodol dan ketupat ini. Selain itu, program ini juga dapat mempromosikan masakan tradisional melayu melalui pelancongan dan juga untuk memelihara resepi masakan tradisi kepada generasi muda supaya ia tidak hilang di telan zaman.
Semoga program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dan Hans menyambut baik perancangan pihak Matic yang bercadang untuk menjadikannya sebagai acara tahunan. Semoga ianya menjadi kenyataan. Tahniah Hans ucapkan kepada pihak Matic atas kejayaan penganjuran program untuk kali ini.
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com