Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dibawa oleh pihak Tourism Malaysia untuk mengikuti program Durian Packages Penang yang berlangsung di negeri Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam. Terima kasih kepada Rainbow Paradise Hotel dan Hotel Royal Penang kerana menyediakan tempat bermalam Hans sepanjang program berlangsung. Jadi, untuk kali ini Hans ingin kongsikan tempat makan menarik dan sedap di Pulau Pinang yang Hans singgah sepanjang program ini berlangsung.
1. RESTORAN HAMEEDIYAH TANDOORI HOUSE
Anda mungkin pernah menjamu selera di pelbagai restoran nasi kandar di luar negeri Pulau Pinang. Hans tidak pasti jika Restoran Hameediyah ini mempunyai cawangan di negeri-negeri lain selain di Pulau Pinang. Namun, restoran yang telah beroperasi sejak tahun 1907 dan merupakan antara restoran tertua di Pulau Pinang ini menghidangkan pelbagai jenis menu yang sangat sedap dan mengenyangkan.
Restoran Hameediyah ini menyajikan masakan India Selatan dan antara hidangan kegemaran para pelanggan yang terkenal disini semestinya ialah nasi kandar. Ruang dalaman kedai yang sangat cantik, bersih dan selesa membuatkan Hans semakin bersemangat untuk menikmati juadah tengahari disini.
Hans berpeluang mencuba menu nasi kandar yang dimakan bersama dengan ayam madu, kari kepala ikan, sayur kobis, peria goreng dan juga jus mango lassi. Apa yang Hans boleh katakan makan disini bersama keluarga atau rakan-rakan sememangnya merupakan satu pilihan yang bijak kerana rasanya yang sedap serta kuantiti makanannya yang sangat besar. Hans jamin anda pasti berpuas hati dengan hidangan yang disediakan disini.
AYAM MADU
PERIA GORENG
SAYUR KOBIS
KARI KEPALA IKAN
MANGO LASSI
RESTORAN HAMEEDIYAH TANDOORI HOUSE
Alamat:
165, Lebuh Campbell,
Georgetown,
Georgetown,
10100 Georgetown,
Pulau Pinang.
2. KIM LAKSA BALIK PULAU
Sebagai salah seorang peminat tegar laksa, Hans sememangnya amat menanti-nantikan untuk mencuba hidangan ini di Pulau Mutiran. Kali ini Hans berkesempatan mencuba sendiri asam laksa di Restoran Kim Laksa yang cukup terkenal di daerah Balik Pulau.
Restoran Kim Laksa ini sudah beroperasi lebih daripada 45 tahun dengan menjual asam laksa dan siam laksa. Apa yang menjadikan laksa disini istimewa kerana ia dihasilkan daripada tepung beras dan merupakan resipi asli turun temurun yang diwariskan kepada setiap generasi penjual disini. Apa yang uniknya tentang cara penyediaan asam laksa disini ialah kuah laksa pertama yang dimasukkan ke dalam mangkuk akan dituang semula ke dalam periuk kuah laksa sebelum kuah dimasukkan kembali ke dalam mangkuk untuk dihidangkan kepada pelanggan.
Anda perlu datang awal kerana selalunya asam laksa mereka habis dijual pada pukul 3 petang. Harga asam laksa ini ialah sekitar RM5 untuk saiz kecil dan RM6 untuk saiz besar yang menampilkan dua jenis kuah berbeza iaitu kuah asam dan kuah lemak. Memang sedap dan cukup menyelerakan bagi Hans tambah-tambah apabila makan asam laksa ini bersama petis yang diletakkan di atas sudu seperti gambar dibawah.
ASAM LAKSA BALIK PULAU
KIM LAKSA BALIK PULAU
Alamat:
Nan Guan Kopitiam,
67 Main Road,
67 Main Road,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.
3. GURNEY DRIVE HAWKER CENTRE
Hans sememangnya pernah datang ke sini beberapa kali dan diakui kawasan Gurney Drive Hawker Centre ini merupakan syurga makanan bagi para pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang. Antara menu yang cukup popular disini ialah Pasembor Menari. Tetapi, kali ini Hans inginkan kelainan dan cuba menikmati hidangan satay serta char kuew teow yang turut disebut-sebut antara menu yang wajib dicuba seandai berkunjung ke sini. Alhamdulillah pilihan Hans kali ini masih tepat kerana semua menu yang Hans cuba disini sangat sedap dan menyelerakan. Menarik disini kerana terdapat dua bahagian dimana bahagian pertama ialah tempat jualan untuk makanan halal manakala bahagian kedua pula merupakan tempat jualan untuk makanan-makanan masyarakat Cina secara khususnya. Jadi, jika anda datang bercuti atau melancong ke Pulau Pinang maka sila pastikan anda datang ketiga-tiga lokasi yang Hans kongsikan ini dan rasai sendiri nikmat kelazatan makanan yang sebenar. Selamat menjamu selera!
PASEMBOR ROJAK DISCO
SATAY AYAM
SATAY DAGING & SATAY KAMBING
CHAR KUEW TEOW
GURNEY DRIVE HAWKER CENTRE
Alamat:
172,
Solok Gurney 1,
Pulau Tikus,
Solok Gurney 1,
Pulau Tikus,
10250 Jelutong,
Pulau Pinang.
kalau p penang memang rambang mata nak makan apa
BalasPadamhehehee
Padambetul lah tu
Kim laksa ? X pernah dengar selama dok penang. Halal dak
BalasPadamdah 45 tahun dah pun...
Padamhalal lah tu..
pihak tourism yang bawa..takkan lah tak halal...hahaha
Kena bookmark post ni. Hehe nnt senang klu g Penang
BalasPadamhehehe
Padampergi penang nanti cuba lah try
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com