Che Puan Sarimah Ibrahim Umum Jantina Anak

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke majlis “Thrill by Sarimah Ibrahim” dimana selebriti terkenal iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim telah melancarkan kedai rasminya di Shopee, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Kedai ini akan memasarkan koleksi mekapnya “Thrill by Sarimah Ibrahim” yang hanya boleh didapati secara dalam talian eksklusif di Shopee. Apa yang lebih menarik, ia bukan sekadar sebuah majlis pelancaran produk kecantikan tetapi juga adalah untuk mengumumkan berita menggembirakan dimana jantina bayi diraja Che Puan Sarimah Ibrahim akhirnya diumumkan kepada rakyat Malaysia.


Pengumuman itu telah dibuat setelah ramai pihak yang meneka jantina bayi selepas pengacara dan personaliti televisyen kacukan Malaysia-Ireland itu mengumumkan kehamilannya di laman Instagram pada Februari yang lalu. Dengan wajahnya yang berseri-seri, beliau telah meletupkan belon gergasi di hadapan tetamu, teman-teman rapat, peminat dan media dalam satu majlis yang dianjurkan di Damansara Perdana untuk mengumumkan jantina anak mereka. Che Puan Sarimah Ibrahim bersama suaminya Yang Mulia Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar bakal menjadi ibu bapa baru kepada seorang anak perempuan.


Tetamu-tetamu di majlis pelancaran yang meneka jantina bayi dengan betul sebelum pengumuman dibuat juga menerima produk Thrill. Dengan pelancaran kedai rasmi Thrill by Sarimah Ibrahim, Che Puan Sarimah Ibrahim menyertai ramai selebriti lain dalam Skuad Selebriti Shopee. Platform ini dilancarkan pada Mei 2018 sebagai saluran untuk selebriti mengetengahkan dan menjual produk keluaran mereka kepada peminat dan pengguna Shopee. Setakat ini, ia telah menarik lebih 30 selebriti termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, Datin Hajah Fouziah Gous, Dato’ Seri Vida, Dynas Mokhtar, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Shalma Ainaa, Tyra Kamaruzzaman, Zoey Rahman, Hanis Zalikha dan Sophia Liana.


Pengumuman jantina bayi diraja dan pelancaran kedai rasmi Che Puan Sarimah Ibrahim di Shopee boleh disifatkan sebagai satu detik peribadi tetapi ia tidak dirahsiakan daripada rakyat Malaysia di seluruh negara yang dapat menyaksikan detik istimewa itu walau di mana mereka berada. Peminat-peminat mengikuti seluruh acara itu secara langsung menerusi aplikasi siaran secara langsung Shopee. Mereka seronok mendapat peluang meneka jantina bayi, berinteraksi dengan selebriti itu sendiri apabila beliau menjawab komen peminat secara langsung, membeli produknya semasa siaran langsung dan memenangi hadiah menarik dan baucar apabila mereka menyaksikan Shopee Live di laman Instagram mereka.


Berkenaan “Thrill by Sarimah Ibrahim” pula, koleksi mekap yang diperkenalkan pada 2018 ini termasuk bedak asas Thrill Superstar Treatment Cushion Foundation dan bedak kompak Thrill Perfecting Finish Compact Powder yang dikagumi kerana ciri-ciri yang memberi manfaat kepada kulit. Peminat atau dikenali sebagai Thrillists, akan dapat membeli bedak asas kegemaran mereka pada harga RM75 dan bedak kompak pada harga hanya RM70, daripada harga biasa RM95 dan RM90. 


Sempena pelancaran “Thrill by Sarimah Ibrahim” di Shopee, Thrillist mendapat potongan harga 30% bagi semua produknya dari 30 Mei hingga 5 Jun 2019. Bedak asas berharga RM52.50 manakala bedak kompak berharga RM45. Untuk menjadi Thrillist, sila ke laman https://shopee.com.my/sarimahibrahim.os atau laman Instagram dan Facebook Thrill by Sarimah Ibrahim. Mereka yang ingin menonton acara ini sekali lagi boleh ke Shopee Live untuk menyaksikan siaran ulangan di https://shopee.com.my/shopeelv


Shopee Live ialah aplikasi siaran langsung “live stream” untuk pemilik kedai dan jenama menerbitkan siaran mereka sendiri dan berkongsi kandungan seperti pelancaran produk baharu atau petua dan idea tentang cara menggunakan produk mereka, atau sekadar berinteraksi dengan penonton mereka. Interaksi secara langsung ini memberikan testimonial dan ulasan tentang produk yang boleh disifatkan sebagai iklan yang berpengaruh dan membawa pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan untuk semua pengguna Shopee.

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama