Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 21 Jun 2019 yang lepas, Hans berkesempatan berkunjung ke IOI City Mall, Putrajaya untuk melihat sendiri penganjuran Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio yang telah didakan buat kali yang kedua. Apa yang menariknya tentang promosi kali ini ialah HKTDC DG Studio telah membawakan produk-produk yang didatangkan dengan rekaan yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni dengan untuk kegunaan isi rumah dari Hong Kong.
Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, pihak Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio akan menganjurkan inisiatif pembangunan perniagaannya di Malaysia tahun ini sebagai sebahagian daripada usahanya dalam penjenamaan bandar yang sedang giat dipromosikan. Dimulakan sejak tahun 2015, inisiatif ini bertujuan membangunkan platform perniagaan online dan offline (luar talian) di negara-negara ASEAN dalam memasarkan jenama gaya hidup Hong Kong yang lagi bergaya.
Bertemakan Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong, promosi HKTDC DG Studio akan berlangsung di IOI City Mall (LG-K5A, Sayap Barat) bermula pada 19 Jun 2019 sehingga 30 Jun 2019 ini di mana 14 jenama Hong Kong yang inovatif akan dipamerkan. Dua daripada jenama ini juga turut akan mengambil bahagian di Toys, Anime, Games & Comic Con (TAGCC) 2019 yang bertempat di PWTC (Dewan 4 Booth 101, 102, 107, 108) pada 22 dan 23 Jun 2019 ini.
14 jenama DG Studio yang terlibat pada promosi kali ini ialah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, FLUFFY House, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab, Team Green and TINY. Dua jenama yang dipamerkan di TAGCC adalah SOAP Studio dan TINY. Secara jujurnya, Hans memang sangat gembira berpeluang hadir pada pameran serta promosi yang sedang dijalankan oleh Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio ini kerana dapat melihat begitu banyak produk yang telah berjaya dicipta dengan cukup kreatif menggunakan bahan-bahan semulajadi yang tidak pernah terlintas di fikiran Hans sebelum ini.
Apa yang istimewanya tentang 14 jenama ini ialah ia menawarkan pelbagai hadiah dan barangan premium berkualiti dan unik untuk kegunaan peribadi atau korporat. Hans percaya setiap pembeli dan peniaga Malaysia pasti akan rambang mata seperti Hans apabila melihat semua produk kegunaan isi rumah yang ditawarkan oleh pihak HKTDC ini kerana selain fungsinya yang menarik, produk-produk ini juga sangat inovatif, menyeronokkan dan berwarna-warni. Tambahan lagi, Hong Kong dikenali sebagai tempat kelahiran banyak jenama tempatan unik yang telah membawa kreativiti dan imaginasi ke tahap yang lebih tinggi untuk memenuhi imaginasi dan kepuasan pengguna. Barisan produk ini benar-benar menarik. Pembeli dan peniaga pastinya akan dapat menghargai kesungguhan, inovasi dan kualiti yang dtawarkan oleh setiap jenama yang terdapat disini.
Berikutan kejayaan besar yang diraih pada penganjuran kali pertama yang berlangsung sekitar awal tahun ini, pihak HKTDC sangat gembira dapat kembali semula ke Malaysia untuk kali kedua. Sudah tentu, ini menandakan bahawa Malaysia merupakan pasaran penting bagi jenama HKTDC dan mereka cukup teruja dengan peluang perniagaan yang bakal memanfaatkan kedua-dua negara selepas ini.
Jadi, antara jenama yang berjaya menarik perhatian Hans kali ini ialah Artiart. Apa yang istimewanya tentang jenama produk kegunaan isi rumah ini ialah rekaannya yang inovatif dimana produk-produk yang dihasilkan terdiri daripada perkakasan untuk rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan bisnes dengan rekaannya yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cup dimana produk ini begitu mengagumkan dengan cengkaman bawah dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor. Cengkaman bawah produk ini memastikan ia bukan sekadar selamat digunakan tetapi dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa tidak diingini daripada berlaku yang disebabkan oleh tertumpahnya air daripada bekas sehingga mengotorkan atau merosakkan keadaan sekeliling. Hans sendiri pernah mengalami peristiwa pahit dimana laptop Hans yang tiada sebarang kerosakan pada asalnya terus tidak dapat digunakan kerana air daripada bekas air tertumpah ke atas laptop. Jadi, tidak hairan lah produk jenama Artiart ini sangat popular dan menjadi produk paling laris dibeli pelanggan sehingga digelar produk yang dihantar dari ‘syurga’. Hans turut tidak ketinggalan untuk membeli produk ini kerana sangat mengagumi kelebihan yang ada padanya.
Produk seterusnya yang pastinya menarik perhatian golongan suri rumah datangnya daripada jenama Konstar yang mengutamakan peralatan isi rumah yang kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah Red Dot Design. Amat membanggakan apabila Super Apple Peeler juga meraih anugerah penghormatan Red Dot 2014, manakala Salad Master Berjaya meraih anugerah Red Dot 2014. Memang cukup mengagumkan, selamat dan dihasilkan menggunakan bahan-bahan mesra alam semulajadi.
Disini juga terdapat produk permainan menarik yang ditawarkan kepada para pelanggan terutamanya buat mereka yang gemar bermain puzzle. Istimewanya tentang permainan puzzle mesra alam rekaan Green Team ini ialah ianya diperbuat daripada kayu dan sumbernya diambil secara beretika. Permainan puzzle 3D Ferris Wheeler, Kotak Muzik dan Menara Eiffel sungguh mempesonakan serta mampu memberikan hiburan berpanjangan. Untuk pengetahuan anda, ia bukannya sekadar permainan puzzle semata-mata tetapi juga boleh dijadikan sebagai kotak muzik dan ada jenis-jenis puzzle yang dihasilkannya boleh digerakkan atau berpusing. Serius, siapa sangka permainan puzzle boleh dihasilkan menggunakan kayu dan hasilnya bukan sahaja menakjubkan tetapi sangat unik dan genius.
Bagi pejuang alam sekitar, cawan dan mug biodegradasi daripada Eco Concepts yang kreatif dan diperbuat daripada 100% sekam jagung juga cukup menarik, inovatif dan menyeronokkan. Produk-produk ini membuktikan bahawa konsep cintakan hijau tidak semestinya membosankan. Jika dilihat di atas gambar, produk yang dimaksudkan ialah yang berada di sebelah kiri. Apa yang menakjubkan tentang produk ini ialah ia bukan sahaja boleh digunakan untuk minuman yang dingin sahaja tetapi turut boleh dimasukkan ke dalam ketuhar untuk dipanaskan. Lebih menarik ialah jika anda sudah tidak ingin menggunakan produk ini lagi, ianya boleh ditanam di dalam tanah dan bahan-bahannya akan terlerai dan terkompos secara semula jadi. Ini juga antara ciri-ciri yang wujud di dalam produk ini dan sangat mengagumkan Hans.
Salah satu produk yang cukup menarik perhatian Hans sejak awal lagi ialah produk jenama Paris Garden ini. Demi menyokong inisiatif pertanian dalam bandar, Paris Garden telah menampilkan kit berkebun di rumah untuk mereka yang baru berjinak-jinak mencucuk tanam dengan menanam pokok-pokok herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga di rumah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya dengan panduan langkah demi langkah yang terdapat pada kit berkebun tersebut. Kit bagi menanam pokok herba daripada jenama tersebut cukup popular terutamanya dalam kalangan chef-chef yang inginkan taman herba sendiri. Buat Hans pula, ini adalah kali pertama Hans melihat produk sebegini sehingga Hans akhirnya memilih untuk membeli kit pokok pudina untuk ditanam di dalam bilik. Mengikut langkah-langkah yang ditulis di sebalik kit tersebut, berkebun di rumah bukan lagi satu masalah kerana anda tidak memerlukan pasu, tanah atau ruang yang besar kerana kit berkebun ini adalah jalan penyelesaian yang sangat efisyen sekali.
Buat mereka yang gemar memasak, produk isi rumah berjenama Hoobbe ini pula direka dengan cukup kreatif dan pintar sehinggakan Hans yakin ia bakal menjadi tajuk pembuka perbualan yang menarik ketika menjadi tuan rumah kepada tetamu yang mengunjungi rumah anda selepas ini. Direka bentuk dengan elemen-elemen unik dan menyeronokkan, peralatan seperti Wooly Pins Pushpin, Floaty Duck Salt & Pepper Shaker, Right Cake Measuring Cups dan Thanks Giving Salad Server sememangnya direka bagi membangkitkan minat pada sesiapa pun yang melihatnya. Hans sendiri cukup tertarik dengan reka bentuknya yang bukan sahaja unik tetapi mampu menghasilkan makanan dengan gaya yang cukup kreatif dan versatil.
Bagi mereka yang menyukai perkara-perkara halus dan berseni pula, Tea Lab mungkin merupakan jenama paling tepat untuk anda. Bersesuaian dengan namanya, ia membawa pengguna menerokai sebarang perkara mengenai teh. Pencinta teh akan mendapati bahawa proses membancuh secawan teh merupakan sesuatu yang menyeronokkan dengan menggunakan penyeduh dan akseseori membuat teh yang kreatif daripada jenama tersebut. Penceduk dan penyeduh teh yang unik merupakan kegemaran di kalangan penggemar teh.
Penggemar teknologi pula pasti akan menyukai rangkaian produk Hyone. Ia memasarkan rekaan yang pintar dan bergaya untuk semua acara dengan fokus utamanya kepada gajet telefon mudah alih dan aksesori eklektronik. Kekunci, Chic Crystal Keys yang cantik dilekatkan pada telefon mudah alih dapat digunakan sebagai pemegang telefon dan Stand Firm Cup, pemegang cawan bebas tumpah telah menjadi item yang paling laris. Mini Selfie Stick dengan unit kawalan jauh Bluetooth amat berguna kepada personaliti- personaliti Instagram.
Penggemar teknologi juga akan menyukai jenama Cardhoda, rangkaian kad pelindung dompet dan pemegang kad nama. Bekas aluminium menghalang pihak-pihak yang berniat jahat daripada membaca kandungan kad yang mengandungi cip untuk aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab. Serius Hans sangat sukakan produk ini kerana ia bukan sahaja cantik tetapi betul-betul berkualiti.
Untuk yang berjiwa muda, MH Blocks merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro yang membangkitkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri. Bas HK Kowloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur adalah antara cenderamata unik Hong Kong yang popular dan banyak disokong oleh orang ramai. Hans yakin jika anda peminat mainan seperi Lego atau yang seangkatan dengannya, anda pasti akan rambang mata dengan model-model permainan daripada jenama MH Blocks ini.
SOAP Studio pula berkolaborasi dengan artis terkenal b.wing bagi melahirkan karakter-karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Woman dan Batman dalam produk-produk cenderamata dan item-item kolektor yang pasti akan memikat hati peminat-peminat adiwira.
Bagi mereka yang tercari-cari helah-helah unik dalam barang-barang harian mereka, Kilovest menghasilkan pelbagai produk seperti jam, beg dan pemegang pasport, kesemuanya menggunakan bahan-bahan silikon yang tahan lasak dan bergaya. Hans lihat ramai golongan wanita sangat tertarik dengan beg silikon seperti yang anda lihat pada gambar di atas. Bukan sahaja kerana warnanya yang menawan tetapi juga bahan yang digunakan untuk menghasilkan beg tersebut sangat berkualiti serta selesa untuk digayakan pada sebarang majlis.
Salah satu lagi permainan dari Hong Kong yang cukup comel dan semestinya menarik iaitu patung comel yang berjenama FLUFFY House. Ia bermatlamat untuk menyebarkan keseronokan, menggembirakan yang tersayang dan melakar senyuman di wajah mereka dengan barangan “plushes” dari karakter yang diminati ramai dan haiwan comel yang ceria. Jika anda perasan, terdapat dua jenis bentuk pada karakter tersebut iaitu bentuk biasa dan juga bentuk awan. Hans sebenarnya sangat tertarik dengan karakter paling kecil berwarna biru yang anda boleh lihat pada gambar di atas. Sangat comel!
Satu lagi produk mainan yang sangat menarik perhatian buat peminat atau pengumpul model kenderaan yang Hans temukan di sini ialah produk berjenama TINY yang mengkhususkan dalam model ikonik, model kereta, aksesori dan pemandangan Hong Kong yang mengabadikan binaan dan kemudahan yang sinonim dengan Hong Kong, di dalam dunia yang pesat membangun pada hari ini. Cukup menarik untuk melihat ketelitian mereka menghasilkan produk-produk ini yang anda sendiri boleh lihat di dalam gambar di atas. Cantik kan? Jadi, bagaimana anda ingin mendapatkan produk-produk yang memenuhi elemen gaya hidup trendy dan berkualiti dari Hong Kong ini?
Produk-produk DG Studio ini boleh terus diperoleh di kedai-kedai berikut:
• Parkson Elite di Pavilion KL
• Parkson di 1 Utama Shopping Centre
• CM3 di Sunway Pyramid
• Times Bookstore di Pavilion KL
• Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
• Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang
Jadi, segeralah berkunjung ke IOI City Mall (LG-K5A, Sayap Barat) bermula pada 19 Jun 2019 sehingga 30 Jun 2019 ini untuk melihat sendiri 14 jenama Hong Kong yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata untuk memilih. Selamat memilih dan membeli-belah sewaktu berkunjung nanti.
Mengenai Hong Kong Trade Development Council
Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) ditubuhkan pada tahun 1966 dan berfungsi sebagai badan berkanun yang didedikasikan untuk mempromosikan perdagangan Hong Kong. Misinya adalah untuk mewujudkan peluang bagi syarikat-syarikat Hong Kong, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, dengan mempromosikan perdagangan barangan dan perkhidmatan di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 40 pejabat di luar negara (termasuk Malaysia), HKTDC mempromosikan Hong Kong sebagai platform perniagaan komprehensif yang semakin dikenali sebagai hab perniagaan Asia. Melalui pelbagai aktiviti promosi, HKTDC menawarkan pelbagai platform dan perkhidmatan pemadanan perniagaan, menghubungkan perusahaan kecil dan sederhana di Hong Kong dengan rakan niaga dari seluruh dunia. Sila layari www.hktdc.com untuk maklumat terkini tentang peluang-peluang berkaitan HKTDC dan Hong Kong.
damn nice
BalasPadammemang nice
Padamheheeh
pergi lah ioi putrajaya
jangan lupa bawa duit lebih
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com