Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kepada peminat hidangan kambing sekalian, berita baik buat anda kerana kali ini Hans ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan menu terbaru Tony Roma's Malaysia pada bulan Julai ini. Menu baru bertemakan Lamb Lover's Platter ini semestinya meraikan para pelanggan setia mereka serta peminat daging kambing dengan lima pilihan menu terbaik istimewa untuk dicuba.
Untuk pengetahuan semua, menu-menu yang diperkenalkan sempena Lamb Lover's Platter yang berlangsung selama dua bulan ini pernah diperkenalkan oleh pihak Tony Roma's sekitar tahun 2013 yang lalu. Disediakan oleh chef-chef profesional serta terlatih menjadikan hidangan daging kambing terbaik ini wajar dicuba oleh anda di semua cawangan Tony Roma’s seluruh Malaysia bermula dari 1 Julai 2019 sehingga 31 Ogos 2019 ini.
Apa yang membuatkan hidangan Lamb Lover's Platter ini sangat istimewa kerana ianya bukan sekadar diperap tetapi dimasak dengan sempurna bagi memastikan tulang rusuk kambing ini kekal segar dan tidak kering. Ditambah pula dengan aromanya yang berasap dan membuatkan sesiapa sahaja berselera melihatnya telah membolehkan hidangan ini memenangi anugerah ‘Brand Innovation’ daripada Romacorp. Jadi, memandangkan Hans telah mencuba hidangan Lamb Lover's Platter ini maka mari lihat apa ulasan Hans tentang menu ini pada bahagian bawah.
Hidangan menu Lamb Lover's Platter ini ditawarkan pada harga RM158.80 dimana kuantiti makanannya bersesuaian untuk 3 hingga 4 orang makan. Kalau sesiapa yang jenis jaga badan dan makan sikit-sikit itu, Hans yakin hidangan ini boleh dimakan diantara 4 hingga 5 orang. Menu ini cukup istimewa kerana ia didatangkan dengan Lamb Ribs dan juga Lamb Shoulder dengan sos plum madu, Lamb Cevapi serta bawang jeruk. Hidangan ini turut disertakan sekali dengan kerepek kentang yang rangup dan sangat menyelerakan. Hans sangat menyukai Lamb Shoulder pada hidangan ini kerana dagingnya yang dipanggang tetapi masih mengekalkan rasa jus daging dengan baik dan rasanya memang sempurna. Salah satu yang menarik juga pada hidangan ini ialah Lamb Cevapi yang berjaya memberikan satu rasa yang unik dan cukup sedap pada pandangan Hans. Secara keseluruhan, sangat berbaloi untuk anda cuba sendiri Lamb Lover's Platter ini kerana setiap item yang terdapat pada menu ini memberikan rasa yang berlainan menjadikan hidangan ini penuh dengan keunikan rasa yang sangat menyelerakan.
Untuk anda yang merasakan tidak mampu untuk menghabiskan hidangan Lamb Lover's Platter jika makan berseorangan, jangan risau kerana pihak Tony Roma's Malaysia turut memberikan anda peluang untuk memilih hidangan secara berasingan. Untuk menu Grilled Lamb Shoulder yang Hans secara peribadi sangat menyukai rasanya, ia dijual dengan pada harga RM85.50. Menu ini cukup istimewa kerana ia didatangkan dengan Lamb Shoulder yang cukup lembut dan mempunyai rasa yang menawan. Ia juga dihidangkan bersama gegelung bawang yang rangup.
Anda juga boleh memilih menu Lamb Rib dimana ianya ditawarkan pada harga RM70.80 buat anda. Hidangan ini akan membuatkan anda jatuh cinta kerana ia menyajikan lamb ribs yang telah diperap dan dipanggang sehingga berjaya menerbitkan citarasa asli yang pasti tidak akan dilupakan oleh anda. Ditambah pula dengan gabungan rasa madu dan plum serta perahan jus dan halia berserta gegelung bawang menjadikan hidangan ini sangat lengkap dan berbaloi untuk anda nikmati.
Kali ini pihak Tony Roma's Malaysia turut menampilkan kejutan dan kelainan kerana menyediakan menu Lamb Burger dengan harga RM55.00 demi memenuhi permintaan tinggi para pelanggan setia mereka yang sangat menyukai hidangan burger ini. Menu ini disertakan dengan daging kambing yang dipanggang sehingga empuk serta dihidangkan bersama beberapa kepingan keju, salad, tomato serta sos istimewa untuk membuatkan anda puas menikmati burger yang hebat ini. Ia juga turut didatangkan bersama gegelung bawang yang rangup.
Selain itu, anda juga boleh mencuba menu Lamb Flatbread yang dijual pada harga RM55.00. Lapisan atas hidangan ini cukup mewah kerana terdapat pelbagai bahan-bahan menarik seperti kambing panggang, keju Harvati cair, hirisan keju biru, cendawam liar, lada merah, sos chives dan horseradish berkrim. Ia juga dihidangkan bersama gegelung bawang yang rangup.
Apa yang lebih menarik sempena pengenalan Lamb Lover's Platter pada bulan Julai ini, pihak Tony Roma's Malaysia turut menawarkan hidangan edisi terhad iaitu Crunch Tower pada harga cuma RM18.80 sahaja. Hidangan ini menggabungkan 4 pembuka selera yang berbeza iaitu Crunchy Onion Rings, Crisp & Juicy Tomato Citrus Potato Chips, Rich & Flavorful Spicy Egg Potato Chips dan Fuffy Potato Tots yang disertakan dengan sayuran yang manis dan pedas.
Sekali lagi berita baik buat anda dimana pihak Tony Roma's Malaysia sekali lagi memberi anda peluang untuk menikmati hidangan Crunch Tower dan juga menu-menu yang lain melalui cara yang mudah. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah bergambar dengan hidangan Crunch Tower ini dan sila pastikan anda memuat naik gambar tersebut ke laman sosial anda berserta dengan tanda pagar #JomTonyRomas. In Sha Allah, anda bakal menjadi salah seorang pemenang mingguan dan menerima baucar makan tengahari daripada pihak Tony Roma’s Malaysia nanti.
Hans juga turut berpeluang untuk minuman istimewa sempena bulan pengenalan menu Lamb Lover's Platter ini iaitu Strawberry Float dan Sarsaparilla Float yang masing-masing dijual pada harga RM11.90 setiap satu. Perasaan dapat minum daripada gelas float yang sebenar itu yang membuatkan Hans teruja sebenarnya. Hehehe!
Pengumuman seterusnya yang juga satu berita gembira lagi buat anda ialah jika anda membeli mana-mana menu yang Hans kongsikan pada bahagian atas tadi, anda sebenarnya layak untuk menikmati hidangan pencuci mulut yang sangat sedap sama ada Rich Double Chocolate Treat atau Premium Carrot Walnut Cake cuma pada harga RM10 sahaja. Serius rasa Rich Double Chocolate Treat yang Hans sudah rasa ini memang sangat sedap sampai tak sedar laju sangat makan. Hahaha!
Kedatangan Hans kali ini ke Tony Roma's Citta Mall pastinya akan Hans ingati sepanjang hidup kerana pada kali ini Hans telah diberi kejutan istimewa oleh pihak mereka dimana mereka meraikan hari lahir Hans yang jatuh pada bulan Julai dengan sebuah kek coklat beserta aiskrim vanilla. Terima kasih atas pencuci mulut yang sangat sedap ini. Alhamdulillah rasa gembira sangat-sangat! Jadi, jika anda lahir pada bulan Julai atau ada rakan-rakan anda yang lahir pada bulan Julai, silalah datang menjamu selera disini dan pastikan anda memberi pekerja tentang hal ini supaya anda dapat menikmati kejutan ini nanti.
Jadi, kepada peminat Tony Roma's sekalian atau kepada mereka yang sukakan daging kambing atau ingin mencuba menu yang mempunyai rasa yang unik dan semestinya sedap, apa kata anda datang ke cawangan Tony Roma's di seluruh Malaysia dan rasai sendiri semua menu yang ditawarkan sempena pengenalan menu Lamb Lover's Platter ini yang bermula pada 1 Julai 2019 sehingga 31 Ogos 2019 ini. Hans jamin setiap suapan akan memberikan kegembiraan buat anda apabila menjamu selera di Tony Roma's. Untuk maklumat lanjut tentang menu terbaru Tony Roma's Malaysia iaitu Lamb Lover's Platter ini, anda boleh layari laman web Tony Roma's Malaysia sekarang.
pagi2 dh tgk gambar makan2 ni rasa lapar lak hehehhe, menggoda betul
BalasPadamhahahaha
Padamnasib bukan bulan puasa kan?
Berapa RM ni?
BalasPadamharga dah letak tu.
Padamtak baca lah tu.
hahaha
Ya Allah sedapnya. Jumaat ni fly p kl wajib singgah ni
BalasPadamwajib singgah dan cuba
Padamconfirm puas hati
wowww semua nampak sedap!
BalasPadammemang semua sedap-sedap :)
PadamTak pernah try makan kat sini. Harga orang have2..
BalasPadamsekarang harga dah boleh dah untuk middle class :)
PadamFuhhhhhh.... mengkayakan lemak dengan jayanya... but yummmehhhhh
BalasPadamBANkami Blog
hehehehe
Padamsedap owhhh
Lamb Lover's Platter tuh nampak paling menggoda. Esok-esok ksarie nak makan kat sini dengan family kecil ksarie yang 4 orang tuh, in sya Allah nak cuba Lamb Lover's Platter ni. Nice sharing k
BalasPadamitu menu utamanya
Padammemang sedap
makan 4 orang tu memang untuk portion menu nih
Fuhhh! Sedapnyaaaaa
BalasPadamjangan lupa cuba makan nanti
Padammemang sedap
Tony Roma's ni always terbaik la.
BalasPadambetul tu
Padamserius terbaik dan puas makan
Tergoda ngan crunch tower tu.. Sedapnya kudap kudap makan santai chit chat ngan kengkawan
BalasPadamhehehe
Padamcrunch tower memang sedap
rasa setiap potato dia berbeza tapi sedap
Teringin nak cuba rasa, nampak sgt sedap
BalasPadamhah sila cuba sekarang
Padamsebab menu nih sampai hujung bulan Ogos jer
confirm sedap
Sedapnyaaaa... saya suka.. saya suka...
BalasPadamhehehe
Padamsama lah
saya pun suka
Omg lamb is always my fav tau!! Affordable sgt 158 bahagi 4 org baru rm40 plus sorg OMG NAKKKK SERBU TR SKG JUGAK!!!
BalasPadamkalau bahagi 5 orang lagi lah murah
Padamhehehe
Tak pernah lagi mkn kat sini.. Tgk menu dia sedap2
BalasPadamcuba lah nanti
Padammesti tak menyesal
Nampak macam sedap
BalasPadamhehehe
Padamtak tahu lah masih ada ke tidak menu nih sebab dah nak bulan Oktober dah
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com