Tampil Hebat Dan Maskulin Dengan DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan para pembaca khususnya buat para lelaki, suami dan bapa di luar sana tentang kepentingan untuk memulakan setiap hari anda dengan wangian yang hebat dan mengekalkannya sepanjang masa. Jadi, perkara paling utama yang kita sebagai lelaki ini perlu lakukan semestinya dengan menggunakan minyak wangi serta deodoran yang betul supaya badan kita sentiasa berbau harum, kekal segar dan menghindari bau badan kita daripada menjadi umpatan masyarakat di luar sana. 


Jika sebelum ini kita perlu menggunakan deodoran untuk bahagian ketiak dan minyak wangi untuk bahagian badan. Jadi, apa kata untuk kali ini kita sama-sama bertindak bijak dengan menggunakan cuma satu produk sahaja tetapi berfungsi untuk kedua-dua bahagian ini. Mungkin pada tahun-tahun terdahulu perkara ini agak mustahil dilakukan kerana sukar untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran. Tambahan pula harga minyak wangi sememangnya lebih mahal sehingga menyebabkan majoriti lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan untuk menjimatkan kos. Tetapi, kini menjadi seorang lelaki adalah perkara yang sangat luar biasa kerana Dashing telah mengeluarkan sebuah produk yang mampu menyelesaikan masalah ini dan yang pasti ia menepati mantra seorang lelaki maskulin iaitu Ringkas, Mudah, dan Cepat!


Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad. Maka DASHING dengan bangganya telah melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME dimana ia merupakan satu produk yang tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam satu botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.


Jika semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 minggu hingga ke 3 minggu sahaja, ia berbeza dengan DASHING DEO + PERFUME baharu ini yang berada di dalam liganya tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh menyembur sehingga 880 semburan dan bertahan sehingga 146 hari. Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN! Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120 ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk dibawa ke mana sahaja anda pergi.


DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY kini hadir dalam 4 variasi yang menawarkan haruman yang sangat menarik iaitu:

HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan Pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


Setiap variasi mempunyai keunikan haruman yang tersendiri. Hans sendiri menyukai keempat-empat variasi ini cuma jika diminta memilih variasi kegemaran Hans, maka pilihan Hans ialah variasi Hattrick yang cukup sedap dan sesuai dengan personaliti Hans sendiri. Jadi, buat para lelaki diluar sana, DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY ini hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada harga RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman sosial mereka seperti yang Hans kongsikan dibawah:



Facebook :

Instagram :

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama