Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans ingin berkongsi pengalaman Hans mencabar diri dengan mencuba satu aktiviti menarik yang ditawarkan di Menara Kuala Lumpur iaitu Sitting On The Edge.
Untuk makluman anda semua, aktiviti Sitting On The Edge hanya ditawarkan sempena acara KL Tower International Jump Malaysia 2019 yang berlangsung pada 26 September sehingga 29 September 2019 ini sahaja.
Apa yang menariknya tentang Sitting On The Edge ini ialah anda dapat menyaksikan secara dekat aksi terjunan dari tebing Sky Deck yang menggerunkan saat penerjun membebaskan diri mereka di awangan pada waktu siang mahu pun malam pada ketinggian 300 meter di atas aras tanah.
Selain itu, ini juga merupakan satu-satunya peluang anda sepanjang tahun ini untuk mengabadikan memori manis anda ini dengan pemandangan indah siang atau malam Bandaraya Kuala Lumpur melalui tebing Sky Deck.
VIDEO MENARIK DARI MENARA KUALA LUMPUR
Buat anda yang teringin mencuba sesuatu yang baru, jangan lepaskan peluang untuk menikmati harga 'Early Bird' yang cukup istimewa dimana tawaran ini dibuka dah sah untuk pembelian tiket bermula dari 1 September hingga 20 September 2019 ini:
PROMOSI 'EARLY BIRD'
Pemegang MyKad:
RM94.00
(Harga Biasa RM118.00)
Pengunjung Tanpa MyKad:
RM118.00
(Harga Biasa RM148.00)
Apa yang lebih menarik, anda yang berkunjung ke Menara Kuala Lumpur sewaktu acara KL Tower International Jump Malaysia 2019 ini juga akan dapat menikmati akses tanpa had ke Sky Deck berharga RM200.00 (untuk pemegang MyKad) dan RM300.00 (tanpa MyKad). Pakej ini membolehkan anda sebagai pengunjung untuk menikmati akses tanpa had ke Sky Deck selama 4 hari (sepanjang hari acara) dengan 1 percuma 'Sitting On The Edge' dan 1 foto percuma.
Hans sendiri turut mengambil peluang untuk mencuba sendiri pengalaman merasai aktiviti Sitting On The Edge yang disediakan istimewa khas buat para media yang hadir pada majlis pengumuman acara KL Tower International Jump Malaysia 2019 ini. Seperti biasa, sesiapa yang ingin mencuba aktiviti menarik ini perlu menandatangani borang pengakuan terlebih dahulu sebelum anda disiapkan oleh para petugas dengan kelengkapan keselamatan sebelum memasuki kawasan tebing Sky Deck tersebut.
Selepas itu, Hans dan rakan-rakan media lain diberi taklimat dan juga diminta masuk seorang demi seorang ke kawasan aktiviti Sitting On The Edge untuk memudahkan para petugas memasang tali keselamatan kepada pakaian keselamatan kami sebentar tadi. Memandangkan Hans tiada masalah takutkan kepada ketinggian jadi Hans sememangnya menyahut cabaran untuk memasuki kawasan tebing Sky Deck tersebut dengan semangat yang berkobar-kobar. Hahaha!
Hans tiada masalah untuk berjalan, duduk menghadap ke bawah atau meluruskan kaki sambil memandang ke bawah. Cuma Hans sedikit gagal untuk berdiri di atas kawasan tebing Sky Deck apabila tiba-tiba terasa berdebar dan seram pula melihat bawah dalam keadaan berdiri. Tambah-tambah bila sekarang ini badan semakin membesar dan terasa tarikan graviti macam terlalu kuat pula. Hahaha! Cuma mungkin pada tahun-tahun mendatang jika berpeluang untuk mencuba lagi aktiviti Sitting On The Edge ini, Hans akan mencabar diri untuk berdiri di tebing Sky Deck. Nantikan!
Jadi, Hans mengharapkan agar anda semua tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mencuba aktiviti Sitting On The Edge sempena acara KL Tower International Jump Malaysia 2019 yang hanya dapat dilakukan pada empat hari sahaja iaitu pada 26 September sehingga 29 September 2019 ini.
Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti serta tawaran menarik yang turut disediakan sempena 4 hari tersebut seperti MyBalloon Adventure yang akan mempamerkan belon udara panas, promosi tiket khas oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM), kadar istimewa menginap di OASIA Suite Kuala Lumpur, tawaran istimewa dari Starbucks, minuman I-Mizu dan banyak lagi. Selamat mencuba aktiviti Sitting On The Edge dan pastinya pengalaman yang anda bakal peroleh nanti merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan ekslusif.
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com