Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman menikmati pelbagai jenis yang disediakan di Pier 12 Seafood Tavern sewaktu mengikuti program anjuran Tourism Malaysia Sentral baru-baru ini.
Pier 12 Seafood Tavern ini sebenarnya betul-betul berada berdekatan dengan Menara Kuala Lumpur. Selain dapat menikmati pelbagai jenis hidangan yang disediakan disini, para pengunjung juga dapat melihat pemandangan malam berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur yang dilimpahi dengan cahaya merah jambu serta biru yang sangat cantik dan memukau pandangan mata.
PIER 12 SEAFOOD TAVERN
Alamat:
Lot 12,
Old Malaya,
Lorong Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Waktu Operasi:
Ahad - Khamis : 5.00 P.M hingga 2.00 A.M
Jumaat - Sabtu : 5.00 P.M hingga 3.00 A.M
Telefon:
+60320785548
+601127716040 (Untuk Tempahan - Azim)
Tempahan Secara Atas Talian:
Pier 12 Seafood Tavern
nanthini@51.com.my
+601127716040 (Untuk Tempahan - Azim)
Tempahan Secara Atas Talian:
Pier 12 Seafood Tavern
Email:
Facebook:
Instagram:
Jadi, program anjuran Tourism Malaysia Sentral yang berlangsung pada hari Jumaat bersamaan 16 Ogos 2019 ini telah tiba ke waktu kemuncaknya dimana Hans dan rakan-rakan media yang lain berpeluang untuk mencuba semua menu seperti yang tertera pada gambar di atas. Hans baru nak diet tetapi apakan daya rezeki yang ada di depan mata tak elok kalau ditolak bukan? Ada sembilan menu yang Hans telah cuba disini dan rasa-rasa anda, hidangan manakah yang kena dengan citarasa Hans? Mari lihat ulasan dibawah.
Menu:
MULLIGATAWNY SOUP
MULLIGATAWNY SOUP
(Diced Chicken | Madras Curry | Wild Rice)
Harga:
RM30
Pandangan Hans:
Harga:
RM30
Pandangan Hans:
Hans suka dengan rasa hidangan ini yang pada Hans mempunyai rasa yang agak unik. Ia seolah-oleh seperti Hans sedang menikmati gabungan rasa antara dalca dan sup ayam dimana ianya sangat sedap dimakan panas-panas dengan bebola nasi seperti di dalam gambar. Rasa pedas yang terdapat pada hidangan ini telah berjaya untuk membangkitkan lagi citarasa untuk membuatkan Hans menjamahnya sehingga habis. Anda patut cuba hidangan ini nanti jika anda peminat dalca dan sup. Terbaik!
Menu:
PIER 12 GARLIC PRAWNS
(Sauteed With Garlic | Salt | Lemon Juice | Olive Oil)
Harga:
RM38
Pandangan Hans:
Hidangan seterusnya ini juga sememangnya berjaya menggamit rasa dimana Hans cukup sukakan rasa sosnya yang merupakan gabungan antara bawang putih, garam, jus lemon dan minyak zaitun. Rasanya yang masam-masam masin sememangnya sesuai dimakan bersama salad yang disediakan. Ini juga merupakan antara hidangan kesukaan Hans disini yang sangat berbaloi untuk anda pesan dan nikmatinya apabila berkunjung ke sini nanti.
Harga:
RM38
Pandangan Hans:
Menu:
SALT AND PEPPER SOFT SHELL CRAB
(Deep Fried Soft Shell Crab | Onions | Garlic | Curry Leaves)
Harga:
RM38
Pandangan Hans:
Hidangan ketam merupakan antara hidangan yang sangat istimewa dan popular di Pier 12 Seafood Tavern. Memandangkan Hans tidak makan ketam disebabkan alahan jadi Hans tidak dapat berkongsikan tentang rasa dan pengalamannya menjamahnya. Cuma melalui komen beberapa orang rakan media yang mencuba hidangan ini, mereka menyatakan rasanya sangat sedap ditambah isi ketamnya yang sangat lembut. Jadi, kepada para peminat ketam sekalian, anda wajib cuba dan nilaikan sendiri rasa hidangan ini nanti!
Harga:
RM27
Pandangan Hans:
Menu:
CLASSIC CAESAR SALAD
(Romaine Lettuce | Cherry Tomatoes | Eggs | Croutons | Grated Parmesan | Caesar Dressing)
Harga:
RM27
Pandangan Hans:
Satu perkara yang menarik tentang Pier 12 Seafood Tavern ini ialah rasa sayurnya yang sedap dan mestinya berada di dalam keadaan yang segar dan sangat berkualiti. Sebagai salah seorang penggemar sayur, Hans menyukai gabungan bahan-bahan salad yang digaulkan di dalam pinggan yang disediakan ini. Peminat sayur pasti akan menyukai hidangan ini seperti mana Hans.
Harga:
RM58
Pandangan Hans:
Menu:
RENDANG LAMB SHANK
(Rendang Spiced Lamb Shank | White Rice | Cucumber Raita)
Harga:
RM58
Pandangan Hans:
Kepada peminat hidangan daging, menu ini agak menarik perhatian melalui persembahan hidangannya. Apa yang menarik, anda tidak perlu risau untuk memotong bahagian daging menggunakan pisau kerana dagingnya betul-betul lembut dan empuk. Rasa perapan juga sangat sebati dan menyeluruh yang anda boleh rasa apabila mengunyah daging rendang ini. Sesuai dimakan dengan nasi putih yang disediakan.
Harga:
RM96
Pandangan Hans:
Menu:
GRASS FED GRILL BEEF RIB EYE
(Roast Potatoes | Black Peppercorn Sauce)
Harga:
RM96
Pandangan Hans:
Istimewanya tentang hidangan ini sos lada hitamnya yang mempunyai keunikan rasa yang sangat istimewa. Dimakan bersama dengan kentang panggang yang turut berada di dalam hidangan ini, Hans pasti anda akan puas dengan kuantiti serta rasa hidangan yang menyelerakan ini. Daging yang Hans makan pada kali ini dimasak pada tahap medium rare dimana Hans tidak pasti jika anda boleh memesan mengikut tahap daging yang anda inginkan. Satu hidangan yang wajib anda cuba jika anda peminat hidangan daging.
Harga:
RM46
Pandangan Hans:
Menu:
TANDOORI FLAVOURED HALIBUT FISH FILLET
(Pan Fried | Tandoori Flavoured | Mint Yogurt Cucumber Raita)
Harga:
RM46
Pandangan Hans:
Kepada mereka yang tidak gemarkan ayam mahu pun daging, jangan risau kerana hidangan berasaskan ikan turut disediakan di Pier 12 Seafood Tavern ini. Sedikit unik kerana hidangan ikan ini menawarkan rasa tandoori di dalam isi ikannya yang sangat segar dan berjus. Satu kelainan rasa pada pandangan Hans untuk hidangan ini.
Harga:
RM42
Pandangan Hans:
Menu:
GRILLED STUFFED CHICKEN BREAST
(Chicken Breast Stuffed with Spinach | Roast Potatoes | Homemade Brown Sauce)
Harga:
RM42
Pandangan Hans:
Hans merasakan hidangan ini merupakan hidangan yang paling Hans suka di Pier 12 Seafood Tavern. Di kawasan tengah isi ayam terdapat sayur bayam dimana rasa daripada sayur tersebut telah meresap ke dalam isi ayam sehingga membuatkan rasa serta tekstur ayam tersebut sangat sedap. Hans sukar untuk menyatakan rasanya kerana rasa daripada hidangan ini sememangnya unik, berbeza dan mungkin merupakan kali pertama Hans merasakan rasa yang sedemikian. Hans sangat mencadangkan hidangan ini untuk dicuba oleh anda andai berkunjung ke sini nanti. Sangat menyelerakan!
Menu:
DESSERT - TIRAMISU
Pandangan Hans:
DESSERT - TIRAMISU
Pandangan Hans:
Seperti biasa pengakhiran kepada semua ini semestinya menikmati pencuci mulut dan Tiramisu merupakan hidangan terakhir buat Hans dan rakan-rakan media yang lain. Walaupun Hans bukannya peminat Tiramisu tetapi hidangan penutup ini agak menarik dan sedap pula di lidah Hans. Tidak terlalu manis dan rasa coklat membuatkan Hans sukakan hidangan terakhir ini.
Selain dapat menjamah pelbagai hidangan yang menarik di Pier 12 Seafood Tavern, kawasan dalamannya serta luarannya juga menyediakan pelbagai sudut menarik untuk anda bergambar dan mengabadikan kenangan di dalam bentuk visual iaitu gambar. Kalau siapa yang kaki OOTD itu memang akan sukakan tempat ini.
Kepada anda yang ingin mencuba sesuatu yang baru sambil ditemani pemandangan indah menara kuala lumpur yang bercahaya, apa kata datang sendiri ke Pier 12 Seafood Tavern dan nikmati menu yang Hans kongsikan diatas tadi. Hans yakin anda pasti menyukai keunikan rasa yang ditawarkan disini saat anda menjamu selera di Pier 12 Seafood Tavern. Selamat mencuba!
Nice sharing 👍👍👍
BalasPadamterima kasih :)
PadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com