Jom Cuba Makanan Itali Di Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Ada tak sesiapa yang sedang membaca sekarang ini merupakan peminat makanan Itali? Hans sebenarnya bukannya seorang manusia yang terlalu gemarkan makanan Itali tetapi ada satu lokasi tempat makan kali ini yang berjaya membuatkan Hans jatuh cinta dengan hidangan-hidangan menyelerakan daripada Itali. Terletak di Mainroad Jalan Ampang, Hans sangat gembira untuk berkongsi pengalaman Hans dengan anda semua sewaktu menikmati pelbagai jenis hidangan yang disediakan di Naughty Italian baru-baru ini.


Untuk maklumat anda semua, Naughty Italian baru sahaja beroperasi sekitar 1 April 2019 yang lepas namun telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada pelanggan mereka. Apa yang menariknya disini ialah selain masakan yang disediakan bertemakan Italian, pelanggan mereka bukan sahaja terdiri daripada pengunjung tempatan malahan turut digemari oleh pengunjung antarabangsa yang menyukai rasa hidangan yang disediakan di Nughty Italian ini. 

Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang 

Alamat:
Mainroad Jalan Ampang,
50450 Ampang,
Kuala Lumpur,
Malaysia.

Waze:
Mainroad Jalan Ampang

Waktu Operasi:
5.00 P.M hingga 3.00 A.M (Setiap Hari)

Promosi Istimewa:
15% Diskaun Setiap Isnin Hingga Jumaat Bermula Dari Pukul 5.00 P.M Sehingga 7.00 P.M

Bersesuaian dengan slogan Naughty Italian sendiri iaitu “Eat with your eyes, taste with your tongue”, bahan-bahan masakan yang digunakan untuk penyediaan hidangan mereka disini juga sangat bermutu serta mementingkan kualiti yang tinggi. Tetapi, apa yang membuatkan Hans teruja apabila melihat harga setiap hidangannya yang masih berpatutan dan mampu dinikmati oleh setiap pelanggan yang berkunjung ke sini. Jadi, dibawah adalah ulasan berkaitan menu-menu yang Hans telah cuba disini mengikut urutan kesukaan dan selera Hans.

 Menu:
Fungi Almond - Basil Pesto Pasta

Harga:
RM19.50

Pandangan Hans:
Hans cukup suka dengan rasa serta kuantiti makanan yang terdapat pada hidangan ini. Rasa sos pesto sangat sedap dan unik dimana Hans mendapat maklumat daripada pihak restoran bahawa mereka menyediakan sendiri sos pesto ini yang dibuat dengan beberapa bahan rahsia yang memberi rasa yang berbeza kepada hidangan ini berbanding hidangan yang disediakan oleh tempat-tempat lain. Gabungan sos pesto yang dimakan bersama cendawan dan almond sememangnya merupakan satu kombinasi menarik yang anda wajib makan apabila berkunjung ke Naughty Italian. Serius sedap weh!


 Menu:
Sicilian Aglio Olio

Harga:
RM16.50

Pandangan Hans:
Hidangan seterusnya yang menambat hati Hans ialah hidangan ini dimana gabungan cili dan cendawan sangat bertepatan dengan selera Hans. Tambahan lagi, rasanya yang boleh dikatakan ringan dan tidak terlalu berkrim membuatkan Hans mampu menikmati hidangan ini tanpa rasa muak. Hidangan ini Hans makan di waktu-waktu akhir semasa Hans di dalam fasa kekenyangan tetapi masih mampu masuk ke dalam mulut gara-gara kelazatannya yang tidak tercapai dek akal. Ini juga antara menu yang Hans cadangkan untuk anda cuba apabila makan di Naughty Italian. 


 Menu:
Virgin Lamb Brasato

Harga:
RM24.50

Pandangan Hans:
Hans cukup menikmati rasa daging yang terdapat di dalam hidangan ini. Untuk maklumat anda, daging ini dimasak selama 5 jam untuk mendapatkan hasil daging yang segar, lembut dan kekal berjus. Rasanya yang pelbagai dan tahap masin yang seimbang membuatkan hidangan ini juga menjadi pilihan Hans apabila berkunjung kesini. Kena cuba rasa daging di dalam hidangan ini. Sedap beb! 


 Menu:
Arrabiata Meatballs

Harga:
RM19.50

Pandangan Hans:
Hans tertarik dengan rasa bebola daging yang terdapat di dalam hidangan ini. Sebagai maklumat tambahan buat para pembaca, bebola daging ini disediakan sendiri oleh pihak Naughty Italian dan rasanya juga unik, lembut serta membuatkan selera anda bertambah sejurus merasai gigitan pertama bebola daging ini. Memang menggiurkan tambah-tambah jika dimakan sewaktu perut sedang kelaparan. Sedar-sedar dah kosong pinggan sebab sedap. Hehehe!

 Menu:
Wild Mushroom Bruschetta

Harga:
RM14.50

Pandangan Hans:
Ini adalah hidangan pembuka selera yang pada Hans sangat menepati citarasa Hans. Rasa cendawan liarnya yang kuat menambahkan lagi kelazatan hidangan ini memandangkan Hans memang suka makan cendawan liar. Hans berjaya menghabiskan sepinggan hidangan ini seorang diri disebabkan Hans cukup sukakan rasanya. Lebih menarik ialah rotinya juga lembut dan membantu Hans untuk menghabiskan hidangan ini di dalam sekelip mata sahaja. Tetapi, jangan risau kerana kuantiti hidangan ini sebenarnya banyak cuma maklum sahaja lah Hans ini sejenis manusia yang makan banyak. Hahaha!


 Menu:
Naughty Carbonara

Harga:
RM19.50

Pandangan Hans:
Hans agak tertarik dengan rasa telurnya. Hans pun tidak pasti kenapa! Hahaha! Rasa hidangan ini sedap dan cukup sesuai dengan sesiapa yang merupakan peminat tegar keju. Kalau yang tidak berapa sukakan keju mungkin hidangan ini bakal membuatkan anda muak. Namun, pada Hans rasa kejunya yang padat membuatkan hidangan ini juga sedap untuk dinikmati di Naughty Italian ini.


 Menu:
Shroom & Beef Lasagne.

Harga:
RM19.50

Pandangan Hans:
Naughty Italian turut menyediakan lasagne buat para peminat yang menyukai hidangan ini. 


 Menu:
Mac & Blue Cheese

Harga:
RM16.50

Pandangan Hans:
Peminat tegar keju pastinya akan menyukai hidangan yang penuh dengan limpahan keju ini. 


Menu:
Italian Nachos

Harga:
RM14.50

Pandangan Hans:
Siapa yang tak suka nachos kan? Memang hidangan yang lazat dan bersesuaian sebagai penutup kepada keseluruhan aktiviti makanan di sini. Kuantitinya juga banyak dan Hans pasti anda akan berebut-rebut bersama rakan-rakan untuk menghabiskan nachos yang rangup dan sedap ini.



Selain dapat menikmati hidangan Itali yang sedap-sedap belaka di Naughty Italian, Hans juga turut menyukai suasana yang ditawarkan di Mainroad Jalan Ampang ini yang diserikan dengan persembahan buskers istimewa. Hans dimaklumkan persembahan buskers ini berlangsung pada setiap hari Rabu sehingga Ahad pada setiap minggu. Kepada kaki bola yang teringin untuk menjamah makanan yang lazat sambil menonton perlawanan bola sepak secara langsung, Mainroad Jalan Ampang turut menyediakan skrin besar untuk memuaskan kehendak anda menonton perlawanan bola disini. Selain itu, kemudahan surau yang selesa juga turut disediakan disini buat pelanggan beragama Islam yang ingin bersolat. Memang lokasi tempat makan kali ini iaitu Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang menawarkan kemudahan yang lengkap buat para pelanggannya.


Jadi, tunggu apa lagi? Silalah berkunjung segera ke Naughty Italian yang terletak di dalam Mainroad Jalan Ampang dan nikmati sendiri rasa hidangan Itali yang disediakan sendiri oleh kumpulan Chef hebat disini. Hans yakin anda pasti menyukai keunikan rasa yang ditawarkan disini saat anda menjamu selera di Naughty Italian. Selamat mencuba!

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. blog hans ni gemar betul buat orang lapar T^T

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      dah selalu dapat jemputan makan-makan..haha

      Padam
  2. Biasa orang kita 'takut' masuk ke restaurant makanan Italy sebab harga mahal dan ada sesetengah menu tak kena dengan citarasa orang Malaysia yang suka pedas.. Tapi why not sesekali mencuba masakan dari negara luar kann Hans.. Nampak menyelerakan.. cibi deliziosi gitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes. tetapi yang masak memang chef melayu...so kena dengan anak tekak..hehehe

      Padam
  3. terliur pulak.. rasa macam nak pergi lagi ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama