Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah berkesempatan hadir ke majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara NQ Cultural Commercial Sdn Bhd dan China's Little Kid Stars untuk mempamerkan keindahan pakaian dan etika dalam kebudayaan tradisional China masyarakat Han.
Sebelum ini kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian bagi penganjuran bersama Asia's Kids Star (AKS) untuk penyertaan kanak-kanak dari negara China. Ini semua merupakan hasil manfaat daripada sokongan Malaysia terhadap Program Obor (1 Belt, 1 Road) yang dilakukan oleh negara China sebelum ini.
Untuk maklumat anda semua, Asia's Kids Star adalah satu program yang mencungkil bakat kanak-kanak di dalam pelbagai cabang bidang seni seperti tarian, nyanyian, peragaan dan lukisan. Lebih menarik apabila program AKS ini bukan sekadar membuka penyertaan kepada kanak-kanak dari Malaysia sahaja tetapi juga untuk kanak-kanak dari beberapa negara Asia yang lain. Selain itu, program AKS juga dijadikan sebagai salah sebuah program utama sempena 2020 Tahun Pelancongan Budaya Malaysia-China yang turut disokong hebat oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebagai salah sebuah acara kebajikan dan kebudayaan awam.
Kepada sesiapa yang mempunyai anak kecil atau mengetahui bakat anak-anak cilik berdekatan anda, apa kata anda bantu mereka menunjukkan bakat hebat yang terpendam dengan menghadiri ujibakat pencarian kanak-kanak untuk mewakili Malaysia yang akan diadakan pada bulan Oktober 2019 ini. Hans dimaklumkan pihak penganjur akan memilih 30 penyertaan bagi setiap kategori untuk mewakili Malaysia bagi pertandingan Asia's Kids Star yang akan berlangsung pada bulan Februari 2020 di Kuala Lumpur nanti.
Apa yang membanggakan pihak penganjur telah menerima lebih 300 permohonan penyertaan kanak-kanak dari negara China. Ini belum termasuk lagi penyertaan jemputan dari negara-negara Asia yang lain seperti Taiwan, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Hong Kong. Pihak NQ Cultural Commercial Sdn Bhd menjangkakan sebanyak lebih 500 penyertaan kanak-kanak dari negara-negara Asia yang dijemput ini.
Jadi, Hans sangat berminat untuk berkongsi info berkaitan program ini kepada para pembaca sekali kerana Hans melihat ini merupakan satu peluang keemasan buat kanak-kanak Malaysia yang mempunyai bakat terpendam yang hebat untuk mengembangkan lagi peluang mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.
Pihak ibu bapa juga boleh memainkan peranan ini dengan membantu anak-anak mereka yang mempunyai bakat menarik agar berani dan yakin pada diri disamping dapat mengurangkan tekanan anak-anak terhadap bidang akademik di sekolah. Secara tidak langsung, penyertaan mereka di dalam program Asia's Kids Star ini mampu memberikan mereka satu pengalaman baru yang penuh dengan keceriaan, kegembiraan dan memenuhi impian mereka untuk melihat dunia dari sudut budaya dan pemikiran kanak-kanak negara Asia yang lain seperti dari negara China misalnya. Jadi, Hans ucapkan semoga berjaya dan terpilih mewakili Malaysia kepada adik-adik cilik dari Malaysia. Harumkan nama negara di persada antarabangsa!
Menarik program sebegini, dapat cungkil bakal tu ok la tapi sebenarnya dapat menjurus ke arah kerjaya masa depan dorang.
BalasPadamyer betul tu zumal
PadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com