Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Bilakah kali terakhir anda melancong atau bercuti ke luar negara? Destinasi percutian bagaimana yang anda impikan? Macam Hans sendiri sememangnya dikenali oleh rakan-rakan rapat sebagai seorang manusia yang sememangnya suka melancong. Namun, disebabkan kesibukan bekerja pada waktu sekarang membuatkan perancangan Hans untuk pergi melancong bersama rakan-rakan sering kali tertangguh. Maklum sahaja lah kalau nak pergi bercuti ke luar negara ini mestilah nak kena merancang betul-betul percutian itu dengan bijak dan pastikan semuanya berbaloi.
Antara perkara yang Hans perlu berikan fokus utama semestinya dari segi kos kewangan, tiket penerbangan, tempat penginapan, pengangkutan dan paling penting tarikh untuk pergi bercuti. Jadi, apabila baru-baru ini ada rakan Hans yang mengajak Hans untuk pergi melancong ke Istanbul, Turki sememangnya membuatkan Hans berasa sangat teruja kerana Istanbul merupakan salah satu destinasi yang sememangnya menjadi pilihan teratas Hans buat masa ini. Tetapi, sayangnya dan geramnya pada rakan Hans ini sebab bagitahu Hans tentang percutian ini pada waktu yang terlalu dekat dengan tarikh penerbangan dia berlepas kesana. Maka Hans memang terpaksa tolak pelawaan tersebut kerana pertama agak sukar untuk memohon cuti pada waktu yang terlalu singkat. Kedua pula ialah berkaitan harga tiket, penginapan dan pengangkutan yang semestinya mahal jika dibeli secara tergesa-gesa. Jadi, saja lah hari tu Hans layari beberapa laman web nak cari promosi percutian ke sana. Mana tahu kalau jumpa harga tiket murah kan?
Tiba-tiba wajah Hans bersinar-sinar keceriaan apabila melihat laman sesawang Traveloka sedang giat mempromosikan Traveloka Sale-abration yang sudah bermula sejak 26 Ogos sehingga 27 September 2019 ini. Mestilah wajah Hans gembira sebab lokasi impian Hans iaitu Istanbul terdapat di dalam promosi negara-negara Eropah untuk Traveloka Sale-abration ini. Daripada dulu Hans memang teringin sangat nak melawat Hagia Sophia, Masjid Biru, Grand Baazar dan banyak lagi lah lokasi-lokasi menarik di sana. Memang melompat keriangan lah Hans sebab rasa teruja gila tengok promosi harganya yang sangat murah.
Syukur sangat sebab Hans sedar tentang kempen besar-besaran Traveloka Sale-abration yang berlangsung selama sebulan ini kerana menariknya ialah terdapat pelbagai promosi diskaun dan tawaran menarik yang diberikan kepada sesiapa yang memilih pakej promosi ini dimana ianya meliputi penerbangan, penginapan, pengangkutan dari lapangan terbang dan ke lapangan terbang (airport transfer) dan senarai aktiviti menarik (xperience) di setiap lokasi pelancongan pilihan anda. Jadi, memang tidak perlu risau lah untuk kemana-mana destinasi luar negara sekali pun kerana semuanya telah tersedia di dalam promosi ini.
Apa yang menarik tentang Traveloka Sale-Abration ini ialah walaupun anda perlu memanfaatkan promosi ini dengan pembelian tiket pada waktu promosi yang berlangsung sahaja namun istimewanya anda boleh merancang perjalanan anda ke destinasi pilihan mengikut tarikh pilihan anda sepanjang tahun ini iaitu sehingga 31 Disember 2019. Jadi, pada Hans yang bekerja tanpa ada waktu kerja atau cuti yang tetap maka ini adalah satu peluang yang sangat menarik dan semestinya dapat mengelakkan tiket penerbangan daripada terbazir begitu sahaja gara-gara tidak dapat pergi melancong pada waktu yang telah ditetapkan kerana tidak diberikan pelepasan oleh majikan untuk bercuti.
Hans yakin ramai yang sebenarnya sudah merancang untuk melihat promosi serta tawaran yang ada di Matta Fair Promos tetapi jika anda merupakan seseorang yang kerjayanya sibuk seperti Hans maka bolehlah mengikut jejak langkah Hans dengan memanfaatkan tawaran hebat daripada Traveloka Sale-abration 2019 kali ini. Tak susah pun sebab semuanya boleh dilakukan di hadapan komputer mahu pun telefon anda. Paling penting ianya sangat membantu anda untuk mencari airline promotion dan membuat tempahan tiket untuk lokasi pilihan dengan harga promosi yang sangat menakjubkan. Jadi, tunggu apa lagi? Jom pergi melancong dengan Traveloka Sale-abration dan nikmati percutian anda dengan gembira.
Jom Jimat Besar Dengan Promosi Traveloka Sale-Abration
Hans Hanis
6
best ni, yg kaki jalan2 mesti melonjak gembira :D
BalasPadamtahu x apa
Padamsebab murah gila kan
Jgn lupa ke Muzium.
BalasPadamowh best kan?
Padammenarik..rasa macam nak bercuti pula
BalasPadamsila-sila
Padamtengah promosi tu
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com