Ayam Brand™ Melancarkan Santan Super Light 75% Kurang Lemak

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini, Hans berkesempatan hadir ke majlis pelancaran Ayam Brand™ Santan Super Light baharu yang didatangkan dengan 75% kurang lemak berbanding santan segar tanpa berkompromi dari segi rasa dan aroma. Malah produk ini dinyatakan tetap padat dengan keenakan serta kebaikan berkrim santan asli. 

Dibuat Mengikut Citarasa Malaysia – Ringan dan Bebas Kolesterol

Apa yang lebih penting, Ayam Brand™ Santan Super Light adalah sebuah produk yang bebas daripada kolesterol berbanding dengan penggantinya yang lain seperti yogurt dan susu biasa. Secara tidak langsung, produk ini menjadi penyelesaian masalah buat majoriti akyat Malaysia yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi iaitu sebanyak 47.7% daripada populasi golongan dewasa. Kepada yang mementingkan kesihatan memang amat digalakkan untuk menggunakan produk terbaharu daripada Ayam Brand™ ini.


Menurut Nathan Deverre yang merupakan Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, pihak mereka mengambil inisiatif untuk menghasilkan santan yang lebih ringan memandangkan santan ialah salah satu bahan utama yang sangat penting dalam hidangan rakyat Malaysia sementelah rakyat Malaysia sememangnya sangat sukakan makanan yang enak-enak.  Akhirnya terciptalah Ayam Brand™ Santan Super Light yang mengandungi 75% kurang lemak berbanding santan segar serta masih mengekalkan rasa dan aroma yang sama tanpa kolesterol untuk membantu lebih ramai orang untuk menikmati pelbagai makanan menggunakan bahan yang lebih sihat.


Beliau turut menjelaskan bahawa jenama ini mengutamakan kesihatan dan makanan yang baik dengan menawarkan ramuan lebih sihat, mudah serta enak tanpa bahan pengawet dan MSG. Pihak Ayam Brand™ juga sangat komited untuk mengekalkan warisan makanan dan menggalakkan penghasilan menu kulinari yang baru mana di sinilah Ayam Brand™ Santan Super Light boleh membantu dalam menjadikan resepi tradisional lebih sihat selain menambah citarasa tempatan terhadap trend global.

Menghargai Kelapa, Makanan Superfood

Sementara itu, Pakar Nutrisi, Shermin Low dari MyKenZen yang merupakan sebuah syarikat perunding nutrisi turut sama hadir untuk membantu membetulkan stigma masyarakat terhadap hubungan di antara lemak kelapa dan kesihatan. Menurut beliau, lemak kelapa adalah antara jenis lemak yang sihat dan mengikut kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa ia mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCTs) yang digunakan secara langsung di dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme, memberikan lebih tenaga dan menambah baik imunisasi kerana ia memiliki kandungan anti bakteria dan anti virus.


Selain itu, santan juga mempunyai banyak manfaat lain selain daripada bebas kolesterol iaitu ianya tinggi dengan serat serta mengandungi aneka vitamin C, E, B1, B3, B5 dan B6. Di samping mineral seperti besi, selenium, natrium, kalsium, magnesium dan fosforus, ianya juga bebas laktosa yang menjadikannya ideal untuk golongan yang tidak boleh mengambil laktosa dan vegan.


Menurut pakar nutrisi ini lagi, beliau turut menyarankan pada pengguna untuk memilih dan mengambil ramuan yang betul secara sederhana sebagai kunci utama dalam memastikan kolesterol berada pada tahap sewajarnya dan pada masa yang sama dapat menikmati hidangan enak. Melalui produk seperti Ayam Brand™ Santan Super Light inilah yang dapat memberi manfaat kepada pengguna yang mahu mengekalkan tahap kesihatan dan gaya hidup tanpa perlu berkompromi dengan keenakan hidangan mereka.


Aroma dan Rasa Asli, Kini Lebih Ringan

Pada majlis yang sama, Hans turut berasa bertuah kerana pihak Ayam Brand telah memanfaatkan bakat ahli akademik kulinari dan pengkaji makanan iaitu Chef Syafiq Othman dengan menjemput beliau untuk hadir berkongsi dan menunjukkan rasa serta aroma Ayam Brand™ Santan Super Light menerusi satu demonstrasi masakan dan merasa makanan melibatkan media serta influencer di Giant Bandar Kinrara, Puchong.


Pada majlis tersebut, Chef Syafiq telah menghasilkan pilihan hidangan warisan antaranya Gulai Mackerel, Bingka Labu, Lawa Terung serta makanan yang sedang tular pada ketika ini iaitu Matcha Santan Boba Tea dan Seafood Laksa Spaghetti. Semua resepi ini boleh dimasak kurang daripada 30 minit menggunakan bahan yang senang didapati serta peralatan dapur asas seperti dapur gas dan pengisar. Kesemua hidangan ini menggunakan Ayam Brand™ Santan Super Light dan membantu ‘meringankan’ hidangan anda tanpa mengorbankan aspek rasa, tekstur dan aromanya. Alhamdulillah, Hans berkesempatan merasa air tangan Chef Syafiq dan Hans secara jujurnya sangat terkejut dengan hasil Ayam Brand™ Santan Super Light ini terutama pada hidangan gulai Mackerel yang sangat sedap serta memikat citarasa Hans untuk menghabiskan gulai tersebut dalam waktu yang singkat sahaja.


Menurut  Chef Syafiq, inovasi seperti Santan Super Light ini dilihat mampu membantu mengekalkan hidangan tradisional rakyat Malaysia agar tidak ditelan zaman dan relevan buat rakyat Malaysia yang semakin mengutamakan kesihatan tubuh badan masing-masing. Secara tidak langsung, ia juga menggalakkan generasi baru untuk meneroka dan bereksprementasi dengan warisan citarasa tempatan. Buat anda yang ingin mendapatkan resepi Chef Syafiq yang menggunakan Ayam Brand™ Santan Super Light maka anda boleh melayari laman sesawang www.ayambrand.com.my ini untuk maklumat lanjut.

Penutup Lebih Bersih, Tidak Perlu Gunting atau Koyak

Untuk info tambahan para pembaca, Ayam Brand™ Santan Super Light didatangkan dalam kotak Tetra Pak 330ml yang lebih bersih dan mudah. Hanya perlu pusingkan penutup dan tuang, tidak perlu gunting atau koyak. Anda boleh tutup semula dan masukkan ke dalam peti sejuk serta habiskan dalam tempoh tiga hari selepas dibuka.


Harga runcit untuk sepeket Ayam Brand™ Santan Super Light (330ml) adalah RM3.10 sahaja dan produk ini sudah boleh didapati pada harga promosi RM2.95 sepeket di cawangan pasaraya Giant sehingga 31 Oktober 2019. Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di pasaraya di seluruh negara. Selamat mencuba Ayam Brand™ Santan Super Light (330ml) di dalam masakan anda untuk hidangan yang enak serta demi kesihatan tubuh badan anda selepas ini. 

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama