Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di kalangan anda yang sukakan barangan daripada Jepun yang asli dan di dalam keadaan yang baik dan sempurna? Hans sebenarnya nak kongsikan satu lokasi menarik yang menawarkan serta menjual empat jenis pilihan barangan dari Jepun yang boleh anda beli iaitu barangan pre-loved, barangan baru yang berjenama, barangan premium serta barangan istimewa untuk kolektor.
Semua ini boleh anda peroleh di J-Hunt The Mottainai Store yang secara rasminya akan membuka cawangan sulungnya di AEON Big Subang Jaya pada 25 Oktober 2019 ini. Apa yang menariknya tentang J-Hunt The Mottainai Store ialah maksud Mottainai itu sendiri yang bererti "Untuk menghormati sumber, tidak membuang atau membazirkannya, dan menggunakannya dengan rasa penuh syukur".
Konsep ini bertepatan dengan usaha mereka di dalam melindungi alam sekitar melalui konsep 3R's yang mereka amalkan iaitu Reduce, Reuse, Recycle (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula) dan tambahan satu perkara penting iaitu Respect (Hormat).
Alhamdulillah Hans berkesempatan terpilih untuk menjadi antara pelanggan terawal untuk membeli pelbagai barangan yang ditawarkan disini dimana ia dibahagikan kepada 10 kategori iaitu:
1) Pakaian
2) Beg
3) Hobi
4) Bayi
5) Alat Muzik
6) Kasut
7) Sukan
8) Barangan Meja
9) Alat Mainan
10 Jam Tangan
Antara keistimewaan J-Hunt The Mottainai Store ini ialah ia membawa pelbagai barangan vintage dari Jepun yang cukup menarik dimana Hans lihat barangan-barangan ini memberi makna sejarah, budaya serta seni tradisional Jepun melalui ukiran, corak serta seni penghasilannya. Semua barangan ini adalah asli dan berasal dari Tokugawa Shogunate pada era Edo (1600-1868). Jadi, Hans memang kagum melihat barang-barang vintage ini yang masih dalam keadaan baik serta sempurna seperti baru dihasilkan yang terdiri daripada topi samurai, kucing kekayaan, hiasan porcelain, kotak kayu tradisional, patung kayu dan pelbagai lagi barangan tradisi lain yang masih boleh dilihat di dalam rumah-rumah rakyat Jepun pada hari ini.
Selain itu, J-Hunt The Mottainai Store juga menampilkan perbezaan yang sangat unik pada anda yang berkunjung ke sana kerana selain menjadi pihak yang pertama membawakan barangan premium dan ekslusif dari Jepun, setiap barang yang dijual oleh mereka sudah melalui pemeriksaan dan produk yang mengandungi kulit khinzir langsung tidak dijual disini. Ini sememangnya satu perkara yang baik buat pelanggan Muslim yang tidak perlu berasa risau untuk membeli mana-mana barangan yang dijual disini.
Apa yang menarik perhatian Hans juga apabila dimaklumkan bahawa setiap hari pihak J-Hunt The Mottainai Store akan menukarkan barangan di setiap 10 kategori barangan yang terdapat disini dengan barangan yang berbeza. Jadi, setiap kali anda datang ke sini maka anda akan dapat melihat pelbagai barangan baru yang dijual dan semestinya akan membuatkan anda rambang mata dan tidak sabar untuk mendapatkan barangan pilihan hati anda.
J-Hunt The Mottainai Store nampaknya sangat mementingkan keselesaan para pelanggan mereka di dalam membeli-belah di sini maka mereka turut menyediakan pelbagai jenis transaksi bayaran untuk memudahkan anda berbelanja disini. Selain penggunaan wang tunai, kredit kad dan debit kad, anda juga boleh berbelanja disini menggunakan E-wallets yang terdiri daripada:
1) GrabPay
2) Boost
3) ALIPAY
4) WeChat Pay
5) ipay88
6) Touch 'n GO eWallet
7) M Cash
8) Union Pay
Hans juga turut berbangga dengan usaha J-Hunt The Mottainai Store dimana pihak mereka turut tidak ketinggalan di dalam membantu insan-insan yang memerlukan melalui program amal (CSR) dimana pihak syarikat telah melatih komuniti Orang Asli untuk persediaan pekerjaan. Selain itu, pihak J-Hunt The Mottainai Store juga turut akan melatih orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah bisu dan pekak pada masa akan datang.
Jadi, berbalik semula kepada pengalaman Hans sewaktu berbelanja di J-Hunt The Mottainai Store ini. Pada mulanya memang Hans sedikit blur sebab rambang mata tengok pelbagai barangan yang menarik minat Hans seperti jam tangan, beg serta figura sampaikan tiga empat kali asyik pusing dekat bahagian yang sama. Tiba-tiba sewaktu Hans melalui bahagian pakaian, Hans perasan ada pelbagai jenis baju serta seluar lelaki turut dijual disini.
Hans ingat ada pakaian perempuan sahaja ada. Saja lah Hans belek-belek tengok tanda harga. Memang terjojol kejap biji mata Hans bila tengok label tanda harga baju bermula serendah RM1. Kesimpulannya, memang Hans tak fikir panjang lagi dah. Tiba-tiba dapat semangat dan kekuatan untuk terus memilih baju yang berkenan dihati. Sedar-sedar sudah 10 helai baju yang Hans capai dan masukkan dalam troli.
Walaupun banyak baju yang Hans ambil berharga RM1 tetapi kualiti pakaian yang Hans ambil memang bagus. Macam baju yang harga berpuluh-puluh ringgit untuk sehelai. Memang Hans rasa gembira betul dapat borong sakan macam nih.
Selepas itu, Hans terpandang pula bahagian alat mainan dimana terdapat pelbagai mainan menarik yang turut dijual disini. Tiba-tiba Hans terpandang anak patung Shin Chan dan kemudian teringat pula dekat seorang rakan Hans ini yang gila Shin Chan. Hans pun tanya lah pekerja J-Hunt The Mottainai Store tentang ada berapa banyak patung Shin Chan yang dijual. Rupa-rupanya hanya ada satu ini sahaja dan sememangnya ianya adalah asli daripada Jepun tetapi dijual dengan harga yang sangat murah walaupun kualitinya bagus dan dalam keadaan yang baik. Tunggu lagi? Hans sauk lah masuk dalam troli. Hahahaha!
Lepas itu, Hans ingatkan macam nak juga lah capai beg serta jam tetapi memikirkan Hans cuma naik motosikal sahaja pada waktu tersebut dan barang pun dah terlampau banyak maka Hans terpaksa menahan nafsu buat seketika. Memang selepas ini Hans akan datang lagi ke J-Hunt The Mottainai Store sebab nak membeli-belah lagi baju-baju dekat sini serta barangan lain yang Hans tidak dapat untuk beli pada kali ini disebabkan kekangan ruang kenderaan. Hahaha!
Hans yakin jika anda datang ke sini terutama kaum hawa maka anda pasti rambang mata dan sakan berbelanja kerana terdapat pelbagai barangan yang pasti menarik perhatian dan citarasa anda di J-Hunt The Mottainai Store. Jangan risau untuk berbelanja sakan disini kerana walaupun barang penuh troli tetapi anda hanya perlu membayar dengan nilai yang sangat murah dan berpatutan. Pasti puas hati! Selamat berbelanja di J-Hunt The Mottainai Store!
J-HUNT MONTTAINAI STORE
Alamat:
AEON Big Subang Jaya,
Jalan Kemajuan Subang,
Ss 16,
47500 Subang Jaya,
Selangor.
Telefon:
0102026273
Jalan Kemajuan Subang,
Ss 16,
47500 Subang Jaya,
Selangor.
Telefon:
0102026273
Tempat shopping yang menarik ni 👍
BalasPadammemang menarik
Padamminggu nih cadang nak pergi lagi
hehehe
kalau abe kie masuk ke sini mesti penuh 1 troli dibeli!
BalasPadamhahaahaha
Padamdasyat nih Abe Kie
kalah orang perempuan nih
hahaha
wow! semua macam cantik dan menarik. harga juga menarik kan :)
BalasPadamyes
Padamharga pun menarik
tu penuh satu troli
hahaha
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com