Promosi Marrybrown Jimat Jumaat Tawarkan Harga Sangat Murah Untuk Peminat Ayam Goreng

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa dikalangan para pembaca disini yang merupakan peminat ayam goreng? Sebenarnya Hans mahu berkongsi satu berita baik buat anda yang sememangnya sangat gemar makan ayam goreng dimana Restoran Marrybrown sedang menjalankan promosi tawaran istimewa yang diberi nama Jimat Jumaat. Promosi ini membolehkan anda untuk menikmati 10 ketul ayam iaitu 5 ketul ayam goreng rangup dan 5 ketul nugget ayam yang sangat lazat bermula dari hanya RM19.90 sahaja.


Tawaran Jimat Jumaat yang sangat istimewa ini berlangsung pada hari Jumaat sahaja selama 7 minggu bermula pada hari Jumaat, 20 September 2019 dan bakal berakhir pada hari Jumaat, 1 November 2019 ini. Hans pun sebenarnya kebetulan berada di pusat membeli-belah Citta Mall pada 20 September yang lepas selepas solat Jumaat. Jadi, sewaktu tengah runsing memikirkan nak makan tengahari dekat mana sambil berjalan-jalan mencari tempat makan dan akhirnya Hans ternampak Restoran Marrybrown mengadakan promosi Jimat Jumaat ini. Memandangkan Hans memang peminat ayam goreng dan sukakan ayam goreng maka Hans pun memang tak melepaskan peluang lah kan. Murah lah beb sebab 5 ketul ayam goreng ditambah dengan 5 ketul nugget ayam, Hans hanya perlu bayar RM21.10 (harga termasuk cukai SST) sahaja. Kalau dekat restoran makanan segera yang lain mahu pun kalau harga asal ayam goreng yang dijual di Marrybrown tanpa promosi istimewa ini, serius memang anda tak akan dapat atau jumpa harga yang sangat murah yang hanya boleh didapati sempena promosi Jimaat Jumaat ini.


Tambahan pula sekarang ini, kerajaan Malaysia sendiri pun menggalakkan kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyokong syarikat mahupun produk keluaran dan buatan masyarakat Malaysia sendiri. Jadi, inilah masanya untuk anda mencuba 10 ketul ayam istimewa sempena promosi Jimat Jumaat di Marrybrown yang merupakan jenama Malaysia yang bermula di sebuah kawasan kedai Jalan Wong Ah Fook di Johor Bahru sejak tahun 1981 lagi dan sehingga kini masih bertahan dengan gahnya. Itu tandanya jenama Marrybrown sememangnya kuat dan diterima bukan sahaja oleh penduduk Malaysia bahkan pelancong luar negara sendiri yang juga menyukai hidangan disini.


Berbalik semula kepada promosi Jimat Jumaat Marrybrown ini, Hans ingin maklumkan kepada para peminat ayam goreng sekalian bahawa anda hanya boleh menikmati promosi ini hanya dengan makan di restoran Marrybrown sahaja. Tidak boleh tapau atau bungkus untuk dimakan di rumah yer. Hans sendiri menyukai perkara ini dimana inilah masanya untuk anda hadir ke cawangan Marrybrown berdekatan rumah anda bersama keluarga tersayang mahu pun rakan-rakan rapat untuk sama-sama berkongsi dan menikmatinya secara beramai-ramai. Semestinya lebih meriah dan mengeratkan silaturahim sesama sendiri. Hans juga ingin mengingatkan para pembaca sekali bahawa promosi Jimat Jumaat ini hanya didatangkan dengan 10 ketul ayam iaitu 5 ketul ayam goreng rangup dan 5 ketul nugget ayam tanpa minuman dan anda sebagai pelanggan boleh memilih untuk menikmati ayam goreng original atau spicy.


Untuk maklumat para pembaca sekalian, tawaran promosi Jimat Jumaat ini sah di semua cawangan Marrybrown yang wujud dekat Malaysia ini kecuali di cawangan Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon dan semua cawangan yang berada di kawasan lapangan terbang. Anda boleh menikmati 5 ketul ayam goreng rangup dan 5 ketul nuget ayam dari harga RM19.90 dimana harga tertakluk pada 6% Cukai Perkhidmatan (jika berkenaan). Jadi, selepas cukai maka harga keseluruhan cuma RM21.10 dan anda bukan sahaja dapat menikmati ayam goreng sepuas hati tetapi juga masih dapat menjimatkan wang anda dengan banyaknya berbanding membelinya pada harga bukan promosi Jimat Jumaat. Jadi, pastikan anda tetapkan hari Jumaat anda pada minggu akan datang dengan menyerbu cawangan Marrybrown untuk menikmati tawaran istimewa ini sementara stok masih ada.


Kalau tadi Hans ada nyatakan yang promosi Jimat Jumaat ini hanya boleh dinikmati di restoran Marrybrown sahaja. Jadi, Hans tersangat lah gembira memandangkan perut Hans pun memang lapar sangat-sangat. Jadi, setakat 5 ketul ayam yang rangup dan lazat serta 5 nugget ayam yang sedap itu langsung tidak menjadi masalah buat Hans untuk menghabiskannya dengan begitu berselera sekali. Tetapi, Hans memang puas hati sebab ayam goreng di Marrybrown yang Hans makan semalam memang saiznya boleh tahan besar tidak kira bahagian mana sekali pun sama ada kepak ayam, paha ayam mahu pun bahagian dada ayam. Serius Hans memang puas hati sangat-sangat lah. Berbaloi betul beli sebab harga murah tapi saiz dan kuantiti besar serta banyak. Hans juga tertarik dengan rasa ayam goreng rangup Marrybrown ini sama ada yang asli mahu pun yang pedas kerana kedua-duanya memang sedap dimakan tambah-tambah sewaktu ayam sedang panas. Nugget ayam Marrybrown pun memang lazat dan disebabkan sedap sangat maka sedar-sedar dah kosong bekas berisi nugget ayam itu. Hans pun tak sedar bila Hans habiskan. Hahahaha! 


TERMA DAN SYARAT PROMOSI JIMAT JUMAAT:

1. Promosi ini hanya sah pada hari Jumaat sahaja - 20/9, 27/9, 4/10, 11/10, 18/10, 25/10 dan 1/11. 

2. Makan di restoran sahaja. 

3. Tawaran ini sah di semua cawangan Marrybrown kecuali di cawangan Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon dan semua lapangan terbang. 

4. 5 ketul ayam goreng rangup & 5 ketul nuget ayam dari harga RM19.90. 

5. Harga tertakluk pada 6% Cukai Perkhidmatan (jika berkenaan). 

6. Sementara stok masih ada.


Jadi, anda tunggu apa lagi? Silalah berkunjung segera ke cawangan Marrybrown berdekatan anda pada hari Jumaat ini untuk menikmati sendiri promosi Jimat Jumaat yang disediakan untuk para peminat ayam goreng rangup Marrybrown. Hans yakin anda bukan sahaja akan menyukai keunikan rasa ayam goreng dan nugget ayam disini tetapi juga akan berpuas hati dengan tawaran harga yang sangat murah dan cukup berbaloi. Selamat menjamu selera di Marrybrown pada hari Jumaat akan datang dan pastikan hari Jumaat anda berakhir dengan pengalaman yang indah apabila dapat menikmati 10 ketul ayam yang lazat dan rangup di Marrybrown ini nanti!

83 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Balasan
    1. terjah jangan tak terjah
      bawa keluarga makan
      heheh

      Padam
  2. Wow.... Macam best jer. Lambat pulak nak hari jumaat. He He He

    BalasPadam
  3. Boleh la Zumal beli hari Jumaat nanti 🤭

    BalasPadam
  4. Wow best! Boleh try nanti..tak penah lgi mkn ayam marrybrown ni

    BalasPadam
  5. Wow best! Boleh try nanti..tak penah lgi mkn ayam marrybrown ni

    BalasPadam
  6. kira macam kfc promo selasa set pun 19.90,
    tergoda akak tgk ayam goreng MB tuh, nnti nk ajak edy ngn aiyan la try

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      yups
      tapi yang 5 ketul ayam + 5 ketul nugget

      Padam
  7. mugrahhh sbb byk..berbaloi kalau makan dengan family nih. tapi tak boleh bawak balik jela..ni kalau makan sorang kne time lapa betoi nI haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      kena makan ramai-ramai
      kalau selera macam Hans bolehlah habiskan semua seorang
      hahahahaha

      Padam
  8. Kena pergi macam Nie mmg berbaloi sgt2 rasa mcm rugi plak jika tak pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      yes
      sementara diorang tengah buat promo jumaat sebulan nih
      baik terjah secepat mungkin :)

      Padam
  9. Nanti nak cuba lah..tak pernah lagi mkn dekat Marrybrown..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      yer ker?
      hah pergi lah cuba sementara harga murah nih

      Padam
  10. Balasan
    1. jangan lupa ajak Hans sekali
      belanja Hans yer
      hahaha

      Padam
  11. Suka ayam goreng MB..memang sedap! Jumaat ni kena pergi lah, berbaloi dah harga tu.

    BalasPadam
  12. Yummehh.. boleh laa pergi Jumaat ni, berbaloi2 dahtu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      pergi seorang ker?
      larat ker habiskan tu?
      hahaha

      Padam
  13. Yummehh.. bolehla pergi Jumaat ni. Sementara masih ada promo. Ayuhh beramai-ramai!!

    BalasPadam
  14. Memang feveret ayam marry brown ni... Kena ajak suami g MB nampaknya Jumaat ni.. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      ajak lah suami
      karang jenuh sis nak habiskan 5 ketul ayam tu
      hahaha

      Padam
  15. Marybrown fried chicken is one of my choice meal anytime! Crispy and best gila....

    BalasPadam
  16. Will go eat during the weekend with family 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh
      terbaik
      semoga gembira menjamu selera di Marrybrown jumaat nanti

      Padam
  17. Wow. Cool post thanks for sharing ❤️

    BalasPadam
  18. Wow cool post thanks for sharing ❤️

    BalasPadam
  19. Terus rasa nak makan kat sini..balik seremban nanti la

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      sila-sila
      jumaat nih pergi Marrybrown okay

      Padam
  20. Wow...macam best deal..min boleh makan all 5 ketul sekali, sure kenyang sampai susah Jalan..

    BalasPadam
  21. Hehe haven't had marrybrown for a while

    BalasPadam
  22. aoh my oh my oh my....i is memang suka ayam Marybrown lagi² dia punya nasi lemak...fuhh junaat ni nak pg terjah MB lah...baloi² sangat tu... Awesome

    BalasPadam
  23. Oh my memang suka mkn ayam marrybrown.. Sedappp

    BalasPadam
    Balasan
    1. so ini lah masanya untuk makan ayam dia puas-puas
      pergi hari jumaat tau

      Padam
  24. Wah berbaloi2 ni. Nk g lah Jumaat minggu ni

    BalasPadam
  25. Sumpah sedap ayam dia. Dah lama tak makan marrybrown sebenarnya. Dah banyak improve dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      dulu-dulu awal-awal Hans tak suka
      tapi sejak makan burger korea dkt sini terus suka
      rasa ayam dia pun sedap

      Padam
  26. Nanti bolehlah pergi mb makan ayam goreng ni.. Fav suami dgn anak sy suka makan bubur pedas

    BalasPadam
    Balasan
    1. kali nih makan ayam goreng puas-puas pula
      hehehe

      Padam
  27. Murahhh.. Jumaat nanti nak pergi marry brown laam

    BalasPadam
  28. Lama tak makan dekat Marry Brown. Boleh lah ke sana nanti mkn ayam puas2.

    BalasPadam
  29. Wahhh.. Murah murah. Lama gila x gi makan MB.

    BalasPadam
  30. tak sabar nak tunggu Jumaat sebab set promo ni. Dah la ayam sedap, murah pulak tu!

    BalasPadam
  31. Bestnye ade promosi jimat jumaat nie..ayam pun besaq2..berbaloi nie bawak ank2 makan kt marrybrown msti dpa suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. berbaloi sangat-sangat
      mesti depa gembira dapat makan ayam puas-puas

      Padam
  32. Murahnya. Berbaloi baloi sangat kalau dapat beli ni. Makan pun kenyang

    BalasPadam
  33. Jarang betul la masuk Marrybrown. Pernah masuk sekali je masa duduk Mersing ni. Tu pun sebab anak anak nak..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama