Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di kalangan para pembaca yang pernah melakukan aktiviti di Skytrex Shah Alam sebelum ini? Hans sendiri pernah melakukan aktiviti di Skytrex Shah Alam sebanyak dua kali.
Jadi, apabila Hans dimaklumkan bahawa Skytrex Shah Alam telah ditutup akibat kerosakan teruk selepas dilanda ribut maka Hans sememangnya agak terkejut dan kecewa kerana Skytrex merupakan salah satu lokasi yang sangat menarik untuk menjalankan aktiviti riadah yang lasak tetapi menyihatkan tubuh badan.
Tetapi, buat para penggemar Skytrex seperti Hans yang sukakan aktiviti lasak seperti memanjat tangga, memanjat titi, meniti kayu, meniti tali serta melakukan flying fox dan tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor kini tidak perlu lagi risau kerana Skytrex kini mempunyai lokasi baru yang telah mulai beroperasi sekitar tahun lepas iaitu Skytrex Sungai Congkak yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
SKYTREX SUNGAI CONGKAK
Alamat:
Batu 20,
1/2, Jalan Sungai Congkak,
Kampung Padang,
43100 Hulu Langat,
Selangor.
Pakej Harga:
RM55 - RM125
(Bergantung Kepada Pakej Yang Diamil)
(Bergantung Kepada Pakej Yang Diamil)
Waktu:
9.00 A.M - 5.30 P.M
9.00 A.M - 5.30 P.M
Telefon (Pertanyaan & Tempahan):
0132769841
0132769841
Facebook:
Instagram:
Dikenali sebagai 'Malaysia First Flying Fox Park by Skytrex', Hans merasakan Skytrex Sungai Congkak ini sangat istimewa berbanding lokasi Skytrex yang terdapat di Pulau Langkawi dan Melaka disebabkan bilangan cabaran flying fox yang ditawarkan disini. Hans sangat teruja apabila mengetahui bahawa flying fox disini merupakan yang terpanjang antara semua lokasi iaitu sepanjang 110 meter.
Disebabkan Hans memang sejenis manusia yang sangat suka melakukan aktiviti flying fox maka memang ini adalah peluang keemasan yang Hans tidak akan lepaskan untuk menikmati keseronokan meluncur terbang ke udara ditemani suasana alam semula jadi yang menghijau dan penuh dengan ketenangan. Pada masa yang sama, segala tekanan yang berada di kepala dapat dilepaskan sewaktu melakukan aktiviti lasak yang menggembirakan ini.
Skytrex Sungai Congkak ini sebenarnya menampilkan keunikannya yang tersendiri dimana ia membawakan konsep 'bumi hijau' dan semestinya ia sangat menarik perhatian penggemar hutan semula jadi yang sangat sukakan keindahan dan bauan hutan yang terdapat di Hutan Lipur Sungai Congkak ini.
Selain itu, Hans turut rasa gembira dapat menyaksikan keindahan air jernih Sungai Congkak yang mengalir di bawah pandangan mata sewaktu Hans menyelesaikan halangan seperti flying fox dan meniti jambatan. Serius memang menyeronokkan!
Untuk maklumat tambahan anda, Skytrex Sungai Congkak menawarkan 3 jenis pakej yang boleh anda cuba saat berkunjung ke sini iaitu River Thrill, Rapid Extreme dan Double Dare dimana setiap pakej ini mempunyai 25 halangan atau 'check point' yang berbeza. Masa yang dianggarkan untuk anda menghabiskan semua halangan yang ada di dalam lingkungan satu jam setengah tetapi Hans dapat habiskan setiap halangan ini dengan jangka masa yang lebih cepat.
Hans juga turut dimaklumkan bahawa para pengunjung boleh memilih untuk melakukan dua pakej sekali gus iaitu River Thrill dan Rapid Extreme dimana anggaran masa untuk menghabiskan semua halangan yang ada ialah selama 2 jam 30 minit. Ini memang kena betul-betul ada stamina yang kuat. Jadi, mari Hans kongsikan serba sedikit pengalaman Hans sewaktu menyelesaikan 25 halangan yang disediakan oleh Skytrex Sungai Congkak ini.
Halangan pertama dan satu-satunya yang paling mencabar kesabaran dan stamina Hans ialah mendaki tangga yang menegak 90 darjah ini. Memandangkan Hans ini bersenam setahun hanya empat kali sahaja maka memang ini adalah cabaran yang paling sukar walaupun ianya adalah cabaran permulaan. Bayangkan Hans perlu menggunakan kekuatan tangan dan kaki untuk tiba di puncak dengan begitu bersusah payah. Mula-mula memang rasa macam biasa sahaja tetapi selepas selesai mendaki 3/4 keseluruhan tangga maka mulalah rasa penat sangat masa itu. Tetapi, Hans kuatkan semangat dan positifkan diri sehingga akhirnya berjaya tiba di atas. Memang puas hati dapat selesaikan cabaran tangga yang digelar 'Tangga Penyesalan' ini.
Halangan seterusnya yang saling silih berganti dengan halangan lain ialah flying fox. Bagi Hans ini bukannya halangan tetapi ini adalah nikmat yang paling indah memandangkan Hans memang sangat sukakan flying fox. Jadi, tiada langsung flying fox disini yang menyusahkan Hans tetapi sebaliknya memberikan Hans kegembiraan yang sangat sukar digambar dengan kata-kata. Mahunya tak gembira kalau badan besar macam ini boleh terbang macam burung. Hahaha!
Halangan jambatan atau bridge ini juga sebenarnya agak mencabar tetapi bagi Hans ia masih boleh diselesaikan dengan mudah walaupun pada penghujung jambatan agak semput juga. Tetapi, kesukaran halangan jambatan ini masih tidak dapat menandingi cabaran mendaki tangga penyesalan pada permulaan aktiviti. Hahaha!
Akhirnya, cabaran ke-25 iaitu menggelongsor ke bawah menandakan tamat sudah 25 halangan yang anda tempuh di Skytrex Sungai Congkak ini. Satu perkara yang Hans sangat suka dan kagum dengan pihak Skytrex ialah berkaitan dengan keselamatan para pengunjung yang melakukan aktiviti lasak disini. Bayangkan tahap keselamatan di Skytrex Shah Alam sebelum ini pun pada Hans sudah cukup selamat tetapi di Skytrex Sungai Congkak ini keselamatan anda dititikberatkan lebih dua kali ganda melalui peralatan-peralatan yang lebih moden, canggih dan terkini.
Hans Melakukan Salah Satu Flying Fox Yang Terdapat Di Sini
Jadi, Hans memang langsung tidak risau sewaktu melakukan halangan-halangan yang disediakan disini seperti Ladder up, Monkey Bar, Hug Pipe, Fish Bone dan Step Bridge.
Jadi, Hans amat menggalakkan anda semua untuk datang ke Skytrex Sungai Congkak bersama ahli keluarga atau rakan-rakan yang sukakan aktiviti riadah lasak sebegini untuk merasai sendiri pengalaman terbaru menyelesaikan halangan serta terbang di udara melalui aktiviti flying fox yang begitu banyak ditawarkan disini.
Hans pasti anda akan terhibur dan teruja saat berjaya menghabiskan semua halangan yang disediakan pada setiap pakej aktiviti yang disediakan. Jadi, selamat berkunjung ke Skytrex Sungai Congkak!
mana-mana yang sukakan cabaran mesti seronok ke sini, teringat dulu masa join BTN pernah buat flaying fox jauh jugak lah... hampir nk terberenti jantung, takut pun dah jurulatih tolak jugak kita pun dpt rasa melayang2... takut tp bila dh turun rasa seronok nk naik semula hehehhe
BalasPadamhehehe
Padamyes
siapa suka flying fox memang enjoy punya datang Skytrex Sungai Congkak nih
bestnya xtvt macam ni..lama tak join xtvt macam ni sejak bertambah muda ni..haha
BalasPadamhahahaha
Padamsila join lagi
Best nmpk tempat ni..boleh la nanti plan ke sini plak, tq hans share info klu dak mmg tak tau kat sg congkak ada extreme park mcm ni..
BalasPadamyups
Padambaru buka tahun lepas tapi ramai tak tahu lagi
hehehehe
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com