Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini, Hans berkesempatan hadir ke majlis pelancaran Taman Tema Angry Birds Splash Water World yang bakal berlangsung di SP Setia, Setia Ecohill, Semenyih sepanjang musim cuti persekolahan 2019 yang bakal tiba tidak lama lagi.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun Angry Birds ke-10, pihak Rovio Entertainment telah mengumumkan kerjasama dengan penganjur One Universal Production Sdn Bhd (OUP) untuk membawa rakyat Malaysia mengalami satu pengembaraan yang penuh keseronokan melalui Angry Birds Splash Water World yang pertama di dunia selama dua bulan di Setia Eco Hill. Pengumuman itu dibuat sempena majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua syarikat yang secara tidak langsung merupakan satu inisiatif yang sangat baik dan tepat pada masanya sebagai sebahagian daripada kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020.
Seperti yang anda semua sedia maklum, bermula dengan permainan video Angry Birds yang tular di seluruh sebelum mengecapi kejayaan lebih besar melalui filem Angry Birds dan Angry Birds yang membawa fenomena terutama buat kanak-kanak maka mereka pasti akan gembira datang ke Angry Birds Splash Water World untuk bertemu dengan watak-watak utama Angry Birds seperti Red, Chuck, Bom, Terence, Eagle Mighty dan Hatchlings sempena sambutan hari Krismas dan Tahun Baru 2020 nanti.
Angry Birds Splash Water World akan bermula dari 22 November 2019 ini dan berakhir pada 5 Januari 2020 dimana 2000 tiket akan dijual setiap hari kepada pengunjung bagi memastikan operasi berjalan lancar dan pihak penganjur mampu untuk memberikan pengalaman yang hebat buat semua pengunjung yang hadir.
Keistimewaan Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World ini semestinya adalah permainan gelongsor air Angry Birds dan halangan yang memaparkan Red, Chuck, Bom, Mighty Eagle dan Terence. Antara gelongsor yang tertinggi adalah gelongsor berketinggian 12 meter yang pasti memberikan keseronokan berganda kepada para pengunjung.
Terdapat juga perarakan watak-watak utama Angry Birds, sesi ramah mesra bersama peminat dan aktiviti menari untuk menghiburkan orang ramai. Akhir sekali, kedai mudah alih Angry Birds akan menjual pelbagai jenis barangan eksklusif Angry Birds dengan harga yang berpatutan. Ini adalah satu lokasi yang sempurna untuk para pengunjung bagi membeli hadiah dan barangan untuk perayaan Krismas dan Tahun Baru.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai pembelian tiket, sila kunjungi ke laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/15739 atau mengimbas kod QR di bawah:
Kod QR Angry Birds Splash
Anak-anak suka angry bird ni..mesti seronok habis kalau depa boleh pi
BalasPadamhah
Padamtunggu lagi?
cuti sekolah bawa depa pi sana noh
hehehe
Cuti sekolah boleh la bawak anak- anak buah akak ke sini....
BalasPadamsila bawa
Padammesti depa suka
Cute pulak tengok Angry Bird nih
BalasPadamhahaha
Padammemang cute
pandai betul management lancarkan dekat2 nak cuti sekolah ni..hehe
BalasPadamboleh laa jadi salah satu lokasi wajib singgah nanti..
hehehe tu lah kan
Padamdia nak tarik keluarga dan kanak-kanak
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com