Bad Lab Dan Watsons Malaysia : Jom Sertai E-Sukan THE BAD DUEL

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sebagai salah seorang pengguna produk Bad Lab serta peminat e-sukan yang semakin mendapat tempat di kalangan anak muda, Hans sememangnya sangat teruja apabila mengetahui bahawa jenama penjagaan diri Bad Lab serta Watsons Malaysia telah mengumumkan kerjasama mereka untuk penganjuran satu kejohanan e-sukan pada majlis pelancarannya di Sunway Velocity Vanity Atrium baru-baru ini.


Kejohanan e-sukan yang digelar sebagai The Bad Duel ini akan membabitkan beberapa permainan popular pilihan ramai seperti Dota 2 dan TekkenPertandingan ini juga bakal menyaksikan peserta-peserta yang dikenali ramai di arena gaming dari seluruh Asia untuk merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan.


Kejohanan The Bad Duel ini akan dibahagikan kepada dua fasa dimana fasa awal memerlukan peserta untuk mendaftar dan bermain secara dalam talian terlebih dahulu untuk melayakkan mereka ke peringkat seterusnya. Kini, fasa pemilihan masih berlangsung dimana para peminat e-sukan sekarang yang masih belum mengetahui tentang kejohanan boleh segera menyertainya.


Fasa terakhir The Bad Duel pula akan berlangsung dalam waktu terdekat di mana para peserta yang layak akan dijemput hadir ke lokasi acara yang bakal berlangsung di Sunway Velocity Vanity Atrium dimana para peserta ini akan bertarung untuk peringkat separuh akhir serta merebut slot ke pertandingan akhir THE BAD DUEL


Kepada yang berminat untuk menyaksikan perlawanan akhir e-sukan THE BAD DUEL yang penuh debaran ini di skrin besar sambil mendengar ulasan komentar daripada pengulas esukan yang hebat, anda boleh hadir ke Sunway Velocity Vanity Atrium untuk memeriahkan lagi suasana pertandingan akhir tersebut.


Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke Sunway Velocity Vanity Atrium bermula 14 November 2019 hingga 16 November 2019 kerana pihak Watsons Malaysia serta Bad Lab telah mengadakan promosi menarik untuk setiap produk Bad Lab dimana terdapat beberapa produk yang menawarkan harga yang cukup murah sehingga RM0.10 untuk belian kedua.


Hans melihat kejohanan  e-sukan THE BAD DUEL ini merupakan satu usaha yang bagus dimana ia secara tidak langsung telah menyokong industri sukan negara yang semakin pesat berkembang dan berpotensi untuk mengharumkan lagi nama negara di persada dunia memandangan esukan telah diiktiraf sebagai acara sukan berpingat di Sukan SEA ke-30 yang bakal diadakan di Filipina tidak lama lagi.


Untuk pengetahuan anda semua, ini juga adalah kali pertama berlaku di Malaysia apabila jenama penjagaan diri dan jenama kesihatan dan kecantikan telah bekerjasama untuk mengangkat segmen esukan di Malaysia dengan berkolaborasi untuk menghangatkan lagi pasaran esukan yang semakin berkembang pesat ini. 


Menurut Lum Chong Heng, Pengarah Komersil Jenama Bad Lab, pertandingan The BAD Duel ini telah direka dan dianjurkan sebagai pendahuluan bagi acara-acara yang lebih menarik di masa akan datang. Beliau turut berkongsi data berkenaan bilangan pemain dan peminat esukan di Asia Tenggara yang bakal meningkat dua kali ganda ke 19.8 juta tahun ini berbanding 9.5 juta pada tahun 2016 dimana ia menjadikan rantau ini sebagai kawasan dengan peningkatan tertinggi bagi pasaran gaming. 


Statistik juga menunjukkan bahawa lebih 62 peratus dari keseluruhan jumlah pemain dan peminat adalah dari lingkungan umur 16 tahun hingga 45 tahun yang mana ia turut menepati lingkungan umur sasaran pelanggan jenama Bad Lab sendiri. 


Kenyataan Lum Chong Heng turut disokong oleh Pengarah Pemasaran Jenama Watsons Malaysia iaitu Caryn Loh. Beliau menyatakan Watsons adalah jenama kesihatan dan kecantikan yang pertama di Malaysia yang telah mengambil langkah berani dengan melabur untuk pembangunan segmen esukan di negara ini melalui kejohanan e-sukan The Bad Duel ini. Watsons melihat kemajuan industri esukan dan gaming dan status pemain-pemain yang bergiat di dalam bidang ini turut meningkat daripada amatur kepada semi-professional dan juga professional. Jadi, pihak Watsons Malaysia ingin turut menyumbang di dalam pembangunan e-sukan ini untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu kuasa di dalam arena esukan di Asia. 


Majlis pelancaran kejohanan e-sukan THE BAD DUEL ini diakhiri dengan perlawanan persahabatan antara pasukan CS: GO BOYS dari BAD LAB dan Synx Mamba dari Media Prima Esports Club yang memilih permainan Counter-Strike untuk dimainkan.


Hans sendiri melihat kejohanan THE BAD DUEL ini bukan sahaja berpotensi untuk diperkembang lagi tetapi secara tidak langsung telah memberikan satu platform yang khas untuk pemain-pemain e-sukan tempatan kita untuk berinteraksi, belajar dan meningkatkan lagi kemahiran mereka untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi. 


Jadi, buat anda yang sememangnya meminati serta berbakat di dalam e-sukan, ini adalah peluang anda untuk menunjukkan bakat bermain permainan atas talian seperti Dota 2 dan Tekken dengan menyertai pertandingan e-sukan THE BAD DUEL ini.


Kepada yang berminat, anda boleh mendaftar untuk menyertai pertangdingan The BAD Duel ini dengan melayari laman sesawang dibawah untuk maklumat lanjut. Semoga berjaya!

Laman Sesawang Bad Lad:

Laman Sesawang Watsons Malaysia


2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Packaging BAD LAB ni nampak exclusive..sesuai untuk lelaki yang pentingkan personaliti la ni kan..bau best tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      packaging dia lawa
      iklan dia pun unik dan lucu
      bau produk dia pun wangi
      itu Hans suka produk Bad Lab nih

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama