Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival yang berlangsung pada 24 hingga 28 Oktober 2019 di daerah Besut dan Setiu, Terengganu. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.
Lokasi seterusnya yang pada hari kedua ini ialah kembali semula mengunjungi Kampung Homestay Kubang Debu untuk mencuba, menjamah, menikmati dan melantak sepuas hati makanan-makanan tradisional masyarakat Terengganu yang disediakan sendiri oleh penduduk kampung disini. Hans sendiri sebenarnya sangat teruja kerana ada beberapa menu yang baru pertama kali Hans dengar dan tahu tentang kewujudannya.
Jadi, memandangkan Hans bukan orang Terengganu dan semestinya bukannya mudah untuk Hans datang selalu berkunjung ke negeri ini maka Hans tidak melepaskan peluang untuk mencuba dan menjamah semua hidangan yang disediakan oleh orang-orang Kampung Homestay Kubang Depu yang menampilkan penyediaan dan persembahan yang cukup menarik. Hans ibarat juri pula masa tu sebab pergi dari meja ke meja untuk menikmati kesemua hidangan yang ada. Terasa seperti dunia ini Hans yang punya bila semua yang disuap dan semuanya sedap. Hahaha! Menu-menu yang Hans makan pada kali ini ialah:
Cara Penyediaan Locong
1) LOCONG
Ini adalah antara minuman atau pencuci mulut yang baru pertama kali Hans tahu kewujudannya. Minuman locong ini sememangnya popular di kalangan penduduk Terengganu dan Kelantan tetapi kelakarnya ada juga rakan-rakan Hans dari Terengganu yang tidak pernah mendengar tentang minuman Locong ini. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Locong ini boleh kita ibaratkan sebagai cendol penduduk tempatan disini. Tetapi, rupa serta rasanya sangat berlainan dengan cendol walaupun dimakan bersama santan juga. Selain keunikan cili yang direndam di dalam kuah santan, isi locong juga unik kerana dihasilkan daripada tepung ubi. Namun, ianya sangat lembut dan tidak liat. Niat dihati hanya ingin mencuba secawan tetapi tanpa sedar hampir lima cawan Hans kerjakan tanpa rasa bersalah. Hahaha! Serius rasanya memang sedap dan Hans boleh katakan minuman locong ini telah mengalahkan cendol serta Boba dan berada di tahap teratas kesukaan Hans untuk minuman pencuci mulut sebegini.
2) BUBUR LAMBUK VERSI TERENGGANU
Bubur lambuk versi Terengganu ini pula disediakan oleh penduduk Homestay Felcra Keruak, Besut, Terengganu. Berbeza dengan bubur lambuk di Kuala Lumpur, hidangan ini banyak menggunakan ulam-ulaman di dalam penyediaan kuah bubur lambuknya. Tetapi, percayalah rasanya memang unik dimana setiap suapan di mulut akan membuatkan anda merasai segala jenis rasa yang ada di dunia ini. Seperti biasa, makanan kalau dah sedap memang rugi lah kalau hangpa buat-buat malu-malu alah depan orang kan. Jadi, contohi lah diri Hans yang tanpa segan silu menambah berulang kali sehingga bubur lambuk ini habis. Hahahah!
3) KUIH CEK MEK MOLEK
Kuih Cek Mek Molek yang disediakan oleh penduduk kampung Homestay Felda Selasih, Besut, Terengganu ini rasanya tidak asing di kalangan penduduk Malaysia. Tetapi, inilah pertama kali Hans mencuba kuih ini dan rasanya sangat sedap. Manisnya juga kena citarasa Hans. Terima kasih sangat-sangat kepada penduduk kampung yang memberitahu Hans satu tips penting. Mungkin mereka nampak Hans ini jenis pelahap, gelojoh atau makan terlalu cepat kut sebab sebelum Hans makan, penduduk kampung bagitahu kena makan perlahan-lahan dan jangan terus gigit sebab inti manis di dalam kuih cek mek molek ini masih panas. Alhamdulillah, selamat Hans diberitahu! Kalau tidak mahu melecur lidah dibuatnya sebab memang inti manis di dalam kuih ini masih panas walaupun luarannya sudah sejuk. Apa-apapun, memang kuih Cek Mek Molek ini sedap sangat!
4) LEMPENG NYIOR
Hidangan Lempeng Nyior ini pula disediakan oleh penduduk Homestay Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu. Hans sememangnya suka makan lempeng nyior. Kalau di Kedah, Hans panggil hidangan ini sebagai Pek Nga. Kombinasi lempeng dan kari atau gulai ini sememangnya tidak asing pada Hans. Sedap makan lempeng yang dimasukkan isi kelapa ini. Wajib cuba kalau anda jumpa hidangan ini nanti. Sedap sokmo!
5) KUIH TEPUNG BUNGA
Kuih Tepung Bunga ini pula disediakan oleh penduduk Homestay Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu. Ini juga adalah pertama kali Hans menikmati kuih ini. Kuihnya sangat lembut dan ia digaul dengan gula sebelum dijamah. Jadi, terpulang kepada anda sama ada ingin menikmatinya dengan gula atau tidak kerana ia bergantung kepada anda sendiri untuk menggaul dengan gula atau sebaliknya. Pada Hans, kuih ini memang sesuai dimakan dengan gula dan rasanya sedap. Hehehe!
6) LAKSA GANDUM
Hidangan laksa gandum ini disediakan oleh penduduk kampung Homestay Rhu 10, Setiu, Terengganu. Walaupun Hans ini boleh dikategorikan sebagai hantu laksa tetapi Hans agak kurang menggemari laksa gandum kerana rasanya yang terlalu padat. Namun, menariknya tentang hidangan ini ialah kuah laksanya yang sedap membuatkan Hans mampu menikmati laksa gandum ini dengan cukup gembira. Memang tidak rugi Hans mencuba.
Kepada sesiapa yang berkunjung ke negeri Terengganu terutamanya di Kampung Homestay Kubang Debu, jangan lepaskan peluang untuk bertemu orang kampung dan mencuba hidangan-hidangan tradisional masyarakat Terengganu. Serius memang sedap dan rugi kalau anda tidak mencuba terutamanya minuman Locong yang memang boleh tapau kelazatan minuman boba yang kini menjadi tular di kalangan masyarakat Malaysia. Selamat menikmati semua hidangan ini di Terengganu nanti.
P/S : Antara Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Dibaca Sepanjang Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival Adalah Seperti Dibawah:
maigod.. sedapnya.. rindunya bubur lambuk trggnu T.T
BalasPadamSalam perantauan drpd anak jati terengganu :D
hehehehe
Padammemang sedap gila
Meriah bahan dalam bubur lambuk tu
BalasPadamyes
Padammeriah gila
tapi serius memang sedap
Sedap semua makanan ni memang teringin giler nak makan yang mee gandum dan juga kuih cik mek molek nak hans belanja kita ok..
BalasPadamhahahaha
Padamsila jemput tengok Hans makan
hehehe
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com