Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival yang berlangsung pada 24 hingga 28 Oktober 2019 di daerah Besut dan Setiu, Terengganu. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.
Jadi, hari kedua dimulakan dengan aktiviti yang cukup menyeronokkan buat spesis manusia seperti Hans yang sukakan air. Selalunya Hans hanya lakukan benda ini pada waktu malam sahaja tetapi kali ini rekod terbaru terhasil dimana Hans mandi air panas di kolam air panas yang terletak di Hulu Besut, Terengganu pada waktu pagi.
Kolam air panas yang yang maksudkan ini ialah La Hot Spring yang dibuka 24 jam setiap hari dimana anda boleh mandi-manda disini pada bila-bila pun yang anda inginkan. Untuk pengetahuan semua, La Hot Spring atau Kolam Air Panas Kampung La, Hulu Besut ini telah ditemui oleh Penghulu Ibrahim Bin Haji Mat ketika memburu sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi. Apa yang lebih menarik tentang kolam air panas disini ialah khasiat air kolam ini yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
LA HOT SPRING
Alamat:
Sungai Peng,
22010 Jerteh,
Terengganu.
Telefon:
0139765723
0139765723
Pada mulanya memang terasa sangat panas tetapi seperti biasa lah Hans ikut tips orang-orang tua yang menyatakan masukkan dahulu kaki secara perlahan-lahan. Apabila suhu panas sudah tidak terasa maka secara perlahan-lahan turun badan sedikit demi sedikit sehingga selesa. Alhamdulillah Hans mampu merendamkan badan selepas mencuba selama beberapa belas mint. Serius memang seronok sangat dapat mandi kolam air panas ini sebab terasa perjalanan darah dalam badan berjalan lancar dan badan pun rasa lebih ringan dan sihat.
La Hot Spring ini secara rasminya telah dibuka pada tahun 1994 dimana ianya telah dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu tersebut. Kawasan La Hot Spring juga turut menawarkan anda pelbagai aktiviti menarik seperti perkhemahan, jungle trekking dan macam-macam lagi.
Buat anda yang ingin bermalam disini, pihak La Hot Spring juga ada menyediakan pelbagai jenis chalet dimana harga semalam bermula sekitar RM90, RM150 dan RM250. Tetapi, anda digalakkan untuk menempah lebih awal disebabkan setiap chalet selalunya cepat ditempah oleh pengunjung-pengunjung luar.
Selain itu, kemudahan-kemudahan lain seperti surau, masjid, tandas, tempat makan dan pelbagai lagi juga turut disediakan dan mudah didapati di kawasan La Hot Spring ini. Hans secara peribadi sangat menyukai keadaan tandas yang disediakan disini. Walaupun perlu membayar 50 sen untuk masuk ke dalam tandas tetapi ianya sangat berbaloi kerana tahap kebersihan tandas memang setaraf hotel serta kemudahan dan peralatan yang disediakan juga semuanya berfungsi dengan baik. Tahniah kepada pihak pengurusan La Hot Spring yang berjaya memastikan tandas awam berada di dalam keadaan yang sangat bersih.
Kepada sesiapa yang teringin untuk mandi air panas di La Hot Spring ini maka anda wajib datang ke kawasan Jerteh, Terengganu untuk merasai sendiri keseronokan berendam di dalam kolam air panas yang terdapat disini. Hans yakin anda pasti tidak akan menyesal kerana suasana di La Hot Spring ini sangat indah dan persekitarannya juga bersih. Selamat berkunjung ke La Hot Spring nanti buat semua para pembaca sekalian.
P/S : Antara Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Dibaca Sepanjang Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival Adalah Seperti Dibawah:
Kak Feni pernah sampai sini sekali 2 tahun lepas rasanya. Pergi musim raya memang ramai orang masa tu.
BalasPadamyups
Padamwaktu saya pergi pun ramai juga
hehehe
tak pernah lagi jalan sampai ke area jerteh ni, menarik jugak tengok kolam air panas kat sini
BalasPadamhehehe
Padamcuba lah nanti ke sana
Belum pernah sampai lagi.
BalasPadamNak mandi air panas kenalah pergi pagi ataupun malam aje kan heheee...
yups
Padamtapi rasa2nya petang pun ada je yang pergi tu
Kat situ ada wifi tak?
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com