Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada Sony Pictures Entertainment untuk menghadiri tayangan media filem Jumanji: The Next Level bertempat di MBO Starling pada 4 Disember 2019 yang lepas. Jika sebelum ini, Hans terasa kurang nikmatnya menikmati filem Jumanji: Welcome To The Jungle kerana merasakan ianya kurang memberi impak berbanding filem asalnya iaitu Jumanji disebabkan daya penarik serta kejutan yang lemah telah dipaparkan melalui permainan video moden yang sepatutnya mampu memberikan sesuatu yang lebih kreatif. Namun, filem Jumanji: The Next Level memberikan satu kejutan yang Hans tidak sangka dimana ia adalah antara sekuel filem yang sangat melucukan yang pernah ditayangkan sepanjang tahun 2019 ini berbanding banyak sekuel filem lain yang kecundang di pertengahan jalan akibat jalan cerita yang lemah atau tidak menarik seperti mana filem pertamanya.
P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem Jumanji: The Next Level yang cukup menghiburkan ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem ini dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :)
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com