Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 22 hingga 24 November 2019 yang lepas, Hans telah berkesempatan menyertai satu program menarik anjuran Tourism Malaysia Sentral dengan kerjasama Malaysia Airlines dan Sarawak Tourism Board dengan melawat daerah Kuching, Sarawak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Sarawak ini sememangnya menawarkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang cukup menakjubkan. Tambahan pula ini adalah kunjungan kali pertama Hans ke negeri Sarawak. Jadi, sememangnya Hans betul-betul teruja untuk mengetahui apakah lokasi pelancongan menarik yang menanti Hans di sekitar Kuching ini.
Jadi, selepas penat berjalan di Rumah Panjang Annah Rais yang sememangnya panjang maka tibalah waktunya untuk menikmati hidangan tengahari. Jadi, Hans dibawa semula ke kawasan Waterfront Sarawak untuk mencuba hidangan tengahari yang disediakan di Restoran Budaya Sarawak.
RESTORAN BUDAYA SARAWAK
Alamat:
Alamat:
No.52,
Jalan Main Baazar,
93700 Kuching,
Sarawak.
Hari Operasi:
Sarawak.
Hari Operasi:
Isnin - Ahad
Waktu Operasi:
Waktu Operasi:
3.00 P.M - 11.00 P.M
Ruang Makan Di Dalam Restoran Budaya Sarawak
Ruang Makan Di Atas Restoran Budaya Sarawak
Sudut-Sudut Yang Memaparkan Info Sejarah Negeri Sarawak
Antara Hiasan Yang Terdapat Di Dalam Restoran Budaya Sarawak
Jadi, apakah menu tengahari pilihan Hans di Restoran Budaya Sarawak ini? Sebenarnya terdapat pelbagai jenis menu tidak kira menu tempatan mahu pun menu barat disediakan di sini. Tetapi, kalau dah namanya datang melancong ke Sarawak mestilah Hans nak makan hidangan-hidangan tempatan. Jadi, menu pilihan yang Hans cuba di sini ialah Sarawak Local Combo yang mengandungi pelbagai hidangan masyarakat Sarawak seperti nasi bario, umai, daging masak lada hitam, sayur midin, sup terung asam dan manuk pansuh(ayam buluh). Dihidangkan dengan persembahan makanan yang cukup unik dimana setiap penu ini diisi di dalam bekas buluh, tempurung kelapa dan juga bekas anyaman yang cantik dan bersih. Memang makin berseleralah Hans dibuatnya.
NASI BARIO
UMAI IKAN
DAGING MASAK LADA HITAM
SAYUR MIDIN
SUP TELUR ASAM
MANUK PANSUH (AYAM BULUH)
Set Sarawak Local Combo ini berharga RM35 dimana Hans merasakan ianya sangat berbaloi kerana Hans dapat menikmati pelbagai jenis hidangan Sarawak pada satu masa. Walaupun Hans telah menikmati menu-menu ini pada hari pertama tetapi rasa hidangan yang dihidangkan di Restoran Budaya Sarawak ini juga berlainan dengan yang Hans telah cuba di restoran lain pada hari pertama berada di Kuching, Sarawak. Namun, Hans boleh nyatakan ada beberapa hidangan disini yang menarik perhatian Hans seperti Daging Masak Lada Hitam, Sayur Midin dan Manuk Pansuh yang kena dengan citarasa Hans. Ditambah dengan iringan lagu yang merdu serta kesejukan penghawa dingin saat menikmati juadah ini di dalam Restoran Budaya Sarawak, Hans yakin anda pasti akan turut sama berpuas hati apabila menikmati sendiri hidangan yang disediakan di Restoran Budaya Sarawak ini.
Jadi, kepada sesiapa yang berkunjung ke Kuching,Sarawak maka sudi-sudikan lah diri anda untuk mencuba hidangan-hidangan yang menyelerakan yang disediakan di Restoran Budaya Sarawak ini. Jangan lepaskan peluang kerana memang banyak perkara menarik yang ditawarkan di sini. Jom ke Kuching,Sarawak!
P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Lawatan Di Kuching, Sawarak Boleh Dilihat Pada Pautan Artikel Ini :
midin tu paling akak suka, masak la simple macamne tetap sedap
BalasPadamyups
Padamsedap midin tu
jujurnya.. saya sendiri asal sana pun tak pernah makan kat situ.. kena try juga kalau ada balik kampung ni.. good artikel..
BalasPadamhehehe
Padamtry lah makan
mana tahu suka juga
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com