Kedai Makan Fei & Ali : Tempat Makan Menarik Di Shah Alam Selangor

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah berkesempatan untuk menjamu selera di Kedai Makan Fie & Ali yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam , Selangor. 



Untuk pengetahuan semua, Kedai Makan Fie & Ali ini telah mula beroperasi sejak bulan April 2017 lagi dan masih bertahan serta mendapat permintaan daripada para pelanggan serta peminat setia hidangan-hidangan tempatan serta barat yang disediakan disini.. 


KEDAI MAKAN FEI & ALI

Alamat:
No.22,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, 
Seksyen 9,
40100 Shah Alam.
Selangor.

Hari & Waktu:
Selasa - Khamis (12.00 P.M - 10.30 P.M)
Jumaat (12.00 P.M - 11.00 P.M)
Sabtu - Ahad (12.30 P.M - 11.00 P.M)
Isnin (Tutup)

Whatsapps:
+601110538061

Facebook:
Kedai Makan Fei & Ali

Instagram:


Hans sendiri mengambil peluang ini untuk mencuba beberapa menu menarik yang ditawarkan disini. Antara makanan dan minuman yang Hans telah berjaya cuba dan nikmati dengan sepenuh jiwa di Kedai Makan Fie & Ali ialah:

1) SET AYAM GORENG KUNYIT SAMBAL TERANGKAT
Harga:
RM10.00

Pandangan Hans:
Jika dilihat dari sudut ayam kunyit yang digoreng bersama sayur kacang panjang, lobak merah dan bawang ini yang disertakan bersama nasi putih, telur mata dan kicap maka ia dilihat sama sahaja seperti diluar. Tetapi, apa yang membuatkan hidangan ini lain daripada tempat lain ialah sambal yang disediakan. Memang kena pada namanya dimana sambal ini pasti akan membuatkan anda terangkat sama ada kerana gembira dengan rasanya atau pun terangkat disebabkan menahan pedas. Untuk Hans yang merupakan spesis manusia yang suka makan pedas maka sambal terangkat ini tidak lah pedas mana tetapi sedap untuk dimakan.

2) WESTERN PLATTER
Harga:
RM57.80

Pandangan Hans:
Set hidangan yang sesuai dimakan untuk 2 hingga 3 orang yang kuat makan ini sememangnya adalah menu yang sangat tepat untuk anda cuba apabila berkunjung ke sini. Bukan sahaja pasti mengenyangkan perut anda tetapi juga menawarkan pelbagai jenis rasa hanya dengan menikmati set ini. Antara hidangan yang terdapat di dalam set istimewa ini ialah:
- Beef Teriyaki Slices
- 2 cucuk Lamb Skewer
- 3 ketul kepak ayam pedas
- 5 ekor udang Garlic Herbs  
- Salad brokoli cendawan
- 8 gegelung bawang (Onion Rings)
- 1 mangkuk nasi mentega (Butter Rice)
- 1 mangkuk Gamberoni Pasta
- 1 mangkuk Aglio Olio

Menariknya tentang set ini ialah hampir semua bahan yang ada di dalam Western Planner ini amat disukai oleh Hans. Rasa Lamb Skewer memang sedap dimana perapannya dapat dirasai di dalam isi daging itu sendiri yang sangat lembut dan langsung tidak liat. Rasa kepak ayam yang manis pedas disebabkan sambal cili hijau yang diletakkan pada ayam juga membuatkan Hans sangat gembira dapat menikmati kepak ayam disini. Rasa udang yang dimasak bersama herba bawang putih juga bagi Hans memberikan satu rasa yang baru kepada udang di dalam set ini. Belum lagi dengan rasa pasta yang penuh dengan keju serta rasa pedas-pedas manjanya yang membuatkan Hans sangat menyarankan anda untuk mencuba hidangan ini jika berkunjung ke Kedai Makan Fei & Ali ini nanti.

3) TEH TARIK SEMANIS CINTA KU PADA MU
Harga:
RM8.80

Pandangan Hans:
Persembahan minuman ini memang menarik dimana air teh tarik disertakan dengan aiskrim dan juga popcorn pada bahagian atasnya. Seperti mana nama yang diberi maka semestinya anda sendiri dapat meneka bahawa air teh tarik ini sememangnya manis dan sesuai dengan mereka yang sukakan variasi teh tarik gaya hipster sebegini.

4) HOUSE SPECIAL HONEY LEMON COOLER
Harga:
RM5.40

Pandangan Hans:
Hans sukakan minuman ini kerana rasa manisnya yang sederhana tetapi sangat sedap dan begitu menyegarkan selepas selesai Hans menghabiskan minuman ini. Buat anda yang lebih suka terhadap minuman yang sihat maka boleh mencuba minuman ini nanti.


Walaupun ruang tempat makan di dalam Kedai Makan Fie & Ali ini tidak terlalu besar tetapi Hans tetap selesa menikmati makanan dan minuman disini sambil melihat dekorasi minima yang cantik ditambah dengan suhu dalam kedai yang sejuk. Ditambah layanan para pekerja disini yang bagus maka Hans sangat gembira dapat menjamah makanan disini untuk pengalaman pertama kali Hans berada di dalam Kedai Makan Fie & Ali. In Sha Allah pada waktu akan datang Hans akan kembali kesini untuk mencuba hidangan yang lain pula sebab Hans dikhabarkan memang ada banyak lagi hidangan yang sedap-sedap disini yang sentiasa mendapat permintaan oleh pelanggan setia mereka.


Jadi, buat anda yang masih tidak tahu hendak makan dimana atau anda berminat untuk mencuba hidangan yang Hans kongsikan pada artikel kali ini, silalah berkunjung ke Kedai Makan Fie & Ali dan Hans yakin anda pasti akan berpuas hati dengan setiap jenis sajian yang disediakan sewaktu kunjungan anda disini nantiSelamat menjamu selera!

7 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Balasan
    1. banyak lagi menu dia yang sedap-sedap
      cuma dah kenyang makan menu nih
      kalau tidak nak order lagi yang lain
      hahaha

      Padam
  2. ya Allah. sangatlah menggoda makanan tu semua >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      yang dah makan nih pun bila tengok balik terus rasa lapar
      hehehe

      Padam
  3. Assalamualaikum Tuan Hans, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. so far memang sedap dan puas hati
      sila cuba nanti :)

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama