Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa disini yang gemar minum minuman Milo? Hans pasti majoriti pernah merasai hidangan ini dan ramai yang suka dengan rasanya yang sangat sedap. Macam Hans sendiri memang sejak kecil lagi sudah diperkenalkan dengan minuman Milo yang dinikmati bersama biskut atau pun roti. Paling seronok bila datangnya lori Milo ke sekolah sampaikan Hans sanggup beratur dua hingga tiga kali semata-mata nak minum Milo yang sedap ini.
Bila dah menginjak dewasa ini memang Milo digunakan di dalam pelbagai sajian mahu pun minuman. Macam Hans sendiri sukakan minuman milo tabur, kek batik milo, ais kepal milo dan ada sesetengah produk Milo itu yang Hans gunakan serbuknya untuk dimakan dengan roti. Nampak tak betapa sukanya Hans dengan produk Milo sebab Hans mengikut tagline Milo iaitu 'Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat'. Hehehe!
Tetapi, kali ini Hans nak berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan produk terbaru Milo yang cukup istimewa. Apa yang istimewa kali ini ialah ianya didatangkan dengan rekaan bentuk tin terbaru buat generasi BBNU seperti Hans dimana mereka kembali memperkenalkan edisi terhad rekaan Milo Vintage Tahun 1950 yang menampilkan logo jenama Milo pada zaman dahulu. Jika anda merupakan generasi yang lahir sekitar tahun 50-an atau 70-an pasti tidak asing lagi dengan rekaan ini yang sememangnya rekaan yang sama seperti dahulu. Rekaan logo Milo pada zaman tersebut memaparkan imej seorang lelaki yang gagah dimana lelaki tersebut sedang mengangkat seekor kerbau di atas bahunya.
Hans saja lah buat kajian tentang logo edisi terhad Milo Vintage ini dan rupa-rupanya nama Milo ini adalah nama seorang atlet gusti yang sangat terkenal pada zaman Yunani purba. Milo ini sememangnya telah menjuarai pelbagai kejohanan gusti Olimpik pada zaman tersebut dan dikatakan Milo ini mengangkat seekor anak lembu atau kerbau yang baru lahir di atas bahunya dan membawa anak haiwan tersebut ke merata tempat setiap hari selama 4 tahun. Jadi, Milo menjadi sangat gagah dan kuat sehingga ianya menjadi inspirasi kepada minuman Milo untuk mengabadikan logo tersebut pada produk Milo sewaktu era 1950-an. Menarik bukan? Jadi, macam mana Hans dapatkan edisi terhad Milo Vintage ini? Mana lagi kalau bukan di PG Mall.
Untuk makluman anda semua, PG MALL merupakan satu-satunya platform e-commerce serta pusat membeli-belah atas talian tempatan pertama di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. Platform yang mesra pengguna ini bukan sahaja ada banyak pilihan barangan bahkan lebih menarik terdapat begitu banyak promosi hebat yang ditawarkan. PG Mall juga telah disenaraikan sebagai platform e-dagang yang ketiga paling utama untuk rakyat Malaysia. Apa yang lebih menarik, PG Mall juga turut dikenali sebagai platform membeli-belah dalam talian nombor 1 buatan Malaysia yang kerap dikunjungi dan menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membeli-belah pelbagai barangan disini disebabkan tawaran harga yang sangat memikat serta pelbagai promosi yang cukup menarik buat pengguna.
minuman fevret kak milo je
BalasPadamhehehehe
Padamwah
mesti suka minum milo tabur nih
Len macam tin packaging dia kan.. len dari lain. Kreatif
BalasPadamMilo punya logo tahun 50an dulu memang lain dari yang lain kan? Catching sangat dia punya logo tu..
BalasPadamThat dah beli kat mesin gedegang and bila kuar milo tin ni . ingat salah tekan . rupanya edisi terhad . hahaha
BalasPadamMemang nampak lain sangat logo vintage dr produk milo nie.. klasik..
BalasPadamMy fav Milo. Lama dah tak minum milo
BalasPadamSangat informative. Baru aku tahu sejarah Milo. ������
BalasPadamUnik betul design
BalasPadamSuka jgk milo. Uniknya! Boleh la nnti beli dekat pgmall buat koleksi.
BalasPadamCntik packaging dia.. Lepas minum kene simpan ni
BalasPadamWow best niii
BalasPadamWow bes
BalasPadamTin dia menarik, nak g beli kat PG Mall jugak sbb nak jd top spender Nestle... Mihmihmih
BalasPadamWow i tak pernah nampak air milo dalam tin vintage ni, very special lah.
BalasPadamWowww menarik ni!
BalasPadamSuka tin dia cantekkk
BalasPadamnescafe orignal is my mostly favorite
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com