Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans yakin anda semua bukan sahaja sedang berasa teruja sekarang melihat tajuk artikel kali ini tetapi pastinya tertanya-tanya apa sebenarnya Ayam Goreng Mala dan kaitannya dengan perkataan Malatup?
Marrybrown yang kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna sama ada di kedai mahupun di rumah ini sememangnya tidak pernah mengecewakan Hans apabila mereka memperkenalkan menu baru mereka yang ternyata lazat dan berbaloi untuk dibeli dan dicuba berkali-kali.
Semestinya menu terbaru Ayam Goreng Mala Marrybrown ini telah memberikan satu kepuasan yang cukup jitu buat Hans yang sememangnya diketahui cukup menggemari rasa pedas. Hans cukup suka dengan menu terbaru ini disebabkan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas yang telah memberikan Hans satu pengalaman gastronomi yang sangat luar biasa. Memang tidak sia-sia Hans menikmati hidangan ini pada hari pertama ianya dijual di Marrybrown. Kehangatan yang cukup berbisa bermula pada saat gigitan pertama Hans terhadap ayam goreng MALA-tup ini sudah cukup untuk menjanjikan rasa pedas yang begitu memukau. Serius Hans memang rasa macam nak MALA-tup bila makan Ayam Goreng Mala ini. Pedas tetapi memang sedap!
Untuk pengetahuan semua, Hans telah dimaklumkan bahawa inspirasi utama Marrybrown di dalam menghasilkan menu terbaru Ayam Goreng Mala-tup ini sebenarnya datang daripada minat dan rasa cinta masyarakat Malaysia terhadap hidangan yang penuh rempah sambil mengikuti arus ledakan Mala yang digilai ramai. Jadi, Marrybrown telah berusaha untuk memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain untuk menghasilkan sebuah menu halal yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak terlalu kuat.
Jadi, memang Hans tekad untuk mencuba semua hidangan yang ditawarkan sempena pelancaran menu terbaru MB Mala Fried Chicken kali ini dimana Hans cukup tertarik dengan dua variasi hidangan kali ini iaitu Kentang Goreng Mala dan Bubur Ayam Mala-tup. Istimewanya tentang Kentang Goreng Mala ini ialah rasanya dimana kelazatan kentang ini datangnya daripada rempah-ratus Mala yang dapat dirasakan pada setiap hirisan kentang. Memang sedap sangat dan kepedasan Mala itu memang boleh tahan sehingga boleh buat sesiapa yang menikmatinya akan terasa macam nak Mala-tup menahan pedas. Hans yang makan pedas ini pun terasa pedasnya. Memang sekejap sahaja lah Hans habiskan sebab memang serius kena dengan anak tekak Hans.
Selain itu, variasi Bubur Ayam Mala-tup Marrybrown juga sememangnya wajib untuk anda cuba. Bayangkan bubur ayam Marrybrown yang biasa sebelum ini pun dah memang sedap. Kali ini pula Bubur Ayam ini dicampurkan pula dengan serbuk Mala dan memberikan satu kehangatan rasa yang sangat unik dan betul-betul sedap. Serius Hans memang suka betul menikmati Bubur Ayam Mala-tup ini sebab rasa pedas Mala itu bukan sahaja membangkitkan selera tetapi membuatkan Hans tidak henti-henti menyuap masuk ke dalam mulut. Sedar-sedar dah habis. Memang Hans nak beli lagi selepas ini sebab sangat sedap!
Aku paling suka yang buburnya memang sedap giler. Ayam tu sangat pedas yer hehehe keluar peluh jantan wakakaka
BalasPadamhahaha
Padamyes
bubur dia memang Mala-tup
nanti nak repeat lagi
YASSSSSSSS
BalasPadamyeahhhhh
PadamMala-tup!!!
Wahhhh ayam grg pds, nak kene torai ni... boleh kalahkan ayam spicy 3x mcd x
BalasPadampedas dia pedas Mala
Padamso unik sikit
memang sedap lain macam
hehehe
BANYAK JUGA AYAM MB YG DIBELI TU
BalasPadamsebab lapar
Padamhahahaha
merah dia lain macam, ada saing2 ayam mcd 3x spicy dok? xD
BalasPadamrasa pedas dia lain...tapi sedap lah
Padamkena try dan nilai sendiri
tapi confirm puas hati
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com