Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang Hans memang nanti-nantikan setiap tahun iaitu berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur. Untuk tahun 2021 ini, mereka menampilkan tema bufet Ramadan yang diberi nama Citarasa Nusantara Ramadan Buffet.
ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR
RM98 (Warga Emas)
Bee Hoon Sup Utara Mai adalah menu yang menjadi tumpuan dan kegemaran ramai buat mereka yang menjadi pelanggan setia atau pernah berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur. Jadi, Hans semestinya tidak melepaskan peluang untuk mengimbau kembali kenangan tahun-tahun sebelum ini dengan menikmati semangkuk bihun sup ini. Apa yang Hans boleh katanya rasanya tetap sama seperti sebelumnya dimana rasa sup yang disediakan sememangnya mempunyai kelas yang tersendiri. Jadi, pastikan anda mencuba hidangan ini nanti apabila berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur. Rugi sangat kalau tak cuba! Antara menu lain yang menjadi kegemaran para pelanggan setia disini ialah Royale Bubur Lambuk, Nasi Lemak, Kambing Golek, Lontong Samudera dan banyak lagi.
Selain itu, menu baru yang diperkenalkan ialah Pulut Mangga yang sangat menarik perhatian Hans. Memang sedap betul! Puas makan pulut dengan mangga yang dipotong dadu ini. Menarik perhatian Hans juga ialah hidangan Mee Kolok yang sememangnya membuatkan peminatnya kecur air liur melihat wajah mee kolok yang tersusun kemas di dalam mangkuk. Selain itu, menu dim sum turut diperkenalkan untuk menggantikan hidangan sushi. Sebagai peminat dim sum, Hans meraikan menu baru ini dengan penuh gembira. Dibawah antara menu-menu yang Hans sempat ambil gambar untuk tatapan para pembaca sekalian,
Terdapat begitu banyak menu daripada makanan Melayu, Barat dan macam-macam lagi sehingga Hans tak sempat nak ambil semua gambar menu. Hans juga cukup menyukai pencuci-pencuci mulut yang ditawarkan sempena Citarasa Nusantara Ramadan Buffet ini dimana bukan sekadar banyak pilihan untuk dicuba tetapi juga menawarkan keenakan rasa yang cukup untuk membuatkan anda akan jatuh cinta dengan setiap pencuci mulutnya.
Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur pada bulan Ramadan 2021 ini, silalah membuat tempahan dengan segera untuk berpeluang menikmati pelbagai hidangan yang lazat. Hans yakin apa sahaja makanan yang anda makan pasti akan sedap di mulut. Paling penting ianya pasti berbaloi dengan wang yang anda laburkan untuk menikmati juadah-juadah disini bersama dengan orang yang tersayang. Selamat berbuka di Royale Chulan Kuala Lumpur!
Boleh tahan menu-menu yang ada tu
BalasPadambanyak lagi menu dia.
Padamada beratus.
sempat ambil yang nih jer sebab lapar sangat dah waktu tu.
hahaha
wow terbaik semua mmenyelerakan
BalasPadambetul tu
Padamrambang mata dibuatnya
hahaha
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com