Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) kembali menggembirakan Hans dan anda semua dengan hidangan baharu yang lazat iaitu 'Ayam Sedap Baq Hang' yang hanya akan disajikan pada masa yang terhad iaitu bermula 9 April hingga 13 Jun 2021.
Hans sememangnya sangat menikmati hidangan 'Ayam Sedap Baq Hang' yang menampilkan dua ketul ayam yang diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik serta dipanggang dengan cukup sempurna sebelum disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering yang membuatkan Hans gembira berbuka puasa dengan menu terbaru yang menarik ini. Hans berpendapat menu terbaru ini menampilkan rasa yang unik serta sos pedas masin yang sangat sesuai dimakan bersama dengan nasi. Paling penting saiz ayamnya memang besar. Jadi, Hans memang sangat berpuas hati dan betul-betul kenyang menikmati hidangan terbaru The Chicken Rice Shop ini.
Kalau rasa-rasa buntu tak tahu nak berbuka dimana hari ini atau tak tahu nak makan apa maka Hans sarankan anda semua untuk cuba hidangan 'Ayam Sedap Baq Hang' yang lazat ini. Memandangkan menu ini dijual pada masa yang terhad maka anda kena cepat-cepat lah berkunjung ke cawangan The Chicken Rice Shop yang terdekat untuk menikmati menu yang lazat ini. Hans yakin anda pasti tidak akan menyesal sebab kuantiti yang banyak, servis yang mantap dan rasa yang lazat akan membuatkan wang yang anda laburkan untuk berbuka puasa bersama dengan keluarga atau orang tersayang akan terasa cukup berbaloi. Selamat menjamu selera dan ingat satu perkara penting ini - The Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam! Kok Kok Kok Kok!
rindu gila nak nak makan kat TCRS, lama betul tak singgah... lepas raya nanti kene jugak lah try bulan puasa memang payah nak buka kat luar
BalasPadamheheheh raya sempat lagi cuba tu
PadamKENYANG TU BESAR PORTION
BalasPadam2 ketul ayam...memang kenyang betul...hehe
PadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com