Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang teruja nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu rendang yang terlazat di Malaysia iaitu Rendang Maman. Untuk makluman semua, Rendang Maman ini sangat terkenal terutamanya di Gemencheh dan Kuala Pilah dimana pokok Maman ini mudah dijumpai di sekitar kawasan tersebut. Disebabkan itulah masyarakat Negeri Sembilan sangat mahir untuk memasak daun maman ini dimana Hans dikhabarkan bahawa jika salah cara masaknya maka daun maman ini akan berasa pahit.
Sebelum ini Hans pernah sekali dapat mencuba rendang maman ini di sebuah sekolah kawasan Gemencheh. Itu pun sudah hampir enam atau tujuh tahun yang lepas. Jadi, rasa rindu nak makan rendang maman ini memang membuak-buak lah sehingga Hans ternampak sebuah iklan di garisan masa Instagram Hans yang menunjukkan Rendang Maman Mokde. Fuh! Hans memang teruja dan tak tunggu lama untuk mencuba.
Rendang Maman Mokde yang menampilkan SEKALI GHASO PASTI NAK LAIE sebagai slogan atau tagline mereka ini menjual dua jenis rendang maman untuk anda cuba iaitu:
1) Rendang Maman Ayam Telur (230 Gram)
2) Rendang Maman Daging (200 Gram)
Memang tepat betul slogan Rendang Maman Mokde ini. Sekali rasa pasti nak lagi! Selepas Hans menikmati Rendang Maman Ayam Telur yang sangat sedap, keesokannya Hans menikmati pula Rendang Maman Daging. Kedua-dua rendang maman ini memang buat Hans masak lebih nasi dan semestinya periuk nasi licin dikerjakan Hans seorang sahaja gara-gara penangan Rendang Maman Mokde ini. Sumpah sedap weh!
Dibawah Hans senaraikan 5 Sebab Anda Wajib Beli Rendang Maman Mokde ini iaitu:
1) Rasa Rendang Maman Mokde ini betul-betul padu. Maklum sahaja lah dihasilkan daripada air tangan orang Negeri Sembilan. Memang rasa pedas, masin, lemak dan segala rasa yang patut ada dalam rendang maman sejati ini boleh dijumpai di dalam Rendang Maman Mokde yang cukup lazat. Sumpah memang Hans puas hati makan Rendang Maman Mokde ini. Terbaik!
2) Hans baru dapat tahu bahawa ada cara untuk memasak daun maman ini. Kalau orang yang tak pandai masak daun maman maka nanti bila makan kita akan terasa sangat pahit. Tetapi, menariknya disini ialah Hans langsung tak rasa sebarang kepahitan apabila makan daun maman di dalam Rendang Maman Mokde ini. Jadi, terbukti Rendang Maman Mokde ini dimasak dengan cara yang betul dan menghasilkan rasa yang sangat sedap!
3) Kuantiti Rendang Maman Mokde di dalam setiap pek juga sangat bersesuaian dengan harga jualannya. Serius berbaloi anda beli!
4) Rendang Maman Mokde ini tahan lama. Anda boleh letak Rendang Maman Mokde ini di luar dalam satu hingga dua minggu lamanya. Kalau rasa lambat lagi nak makan, anda boleh simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku dan Rendang Maman ini boleh tahan sehingga enam bulan lamanya. Memang seronok buat stok makanan sebab tahan lama!
5) Kualiti pembungkusan pek Rendang Maman Mokde yang bagus serta cara penyediaan yang cukup mudah membuatkan ianya sangat berbaloi untuk anda beli. Cuma perlu direndam atau dimasak di dalam air yang panas dalam beberapa minit. Kemudian sudah boleh dihidang dan dijamah beramai-ramai.
Video Rendang Maman Mokde Sedang Dimasak
Jadi, kepada anda semua yang rindu nak makan Rendang Maman Mokde yang sedap ini atau buat anda yang teringin untuk mencuba, Hans kongsikan info laman sosial dibawah untuk memudahkan anda semua menghubungi pihak mereka. SEKALI GHASO PASTI NAK LAIEEE!!
❤️PRODUK:
Rendang Maman Mokde
🛣️ALAMAT:
Gemencheh, Negeri Sembilan.
PRODUK & HARGA:
Rendang Maman Ayam Telur (230 Gram) : RM15
Rendang Maman Daging (200 Gram) : RM18
🛵PENGHANTARAN:
Seluruh Malaysia
.
📞WHATSAPPS:
Instagram:
Facebook:
Menariks
BalasPadammemang menarik
Padamnanti nak order untuk 2nd time...kawan Hans pun join order sekali..hehe
Nampak sedap, nanti nak try their rendang ayam telur.
BalasPadamtry jangan tak try
Padamsebab serius sedap gila
bg satu sebab pun aku dah cukup weh...sbb dia RENDANG MAMAN!!
BalasPadamhahahaha
PadamRendang Maman yang memang superb!!
Aku nak order for 2nd round nanti
Tak pernah makan rendang maman ni. Tp ramai kata sedap. Leh cuba nanti.
BalasPadamuishhh kena makan
Padamrugi kalau tak makan rendang maman
sedap ohhh
apa lagi sis? order jer!
Seluruh maalysia dia hantar :)
rendang mamam ?? Selalu dengar jeruk mamam je.
BalasPadamjeruk maman lain
Padamrendang maman lain..hehehe
rendang maman nih sedap
rendang maman femes kat nismilan
BalasPadambetul tu
Padamheheheh
sedap masalahnya
ini pun Hans nak repeat order before raya haji
Rendang maman ni mmg cml reti buat. Super easy and sedap sgt.. nk2 mkn dgn nasi putih.. omggg n utk elak kurang kolestrol aci x klu cml suka buat guna pengaga tp xletak ayam or daging
BalasPadamentah...cuba lah try buat tengok
Padamlepas tu delivery dekat rumah Hans
hahahaha
Nampak sedapla hans . Nanti boleh try beli kat sini
BalasPadambeli jangan tak beli
Padambukan setakat nampak jer..hakikatnya memang sedap
Nampakkk sedapppp dan menyelerakan!
BalasPadammemang sedap
Padamwajib beli dan cuba
confirm order lagi macam Hans :)
Wow masak lemal tu sedapnya hehehe kita suka makan maman ni...
BalasPadambeli lah Maha
Padamekau kan kayo
hehehehe
Maman ni memang feveret uncle!
BalasPadamsebab sedap kan Uncle?
Padamhehehe
Wah. Macam menarik untuk dicuba.. Tengok komen pun ramai cakap sedap.
BalasPadamyes kena cuba
Padamsedap
rasa dia unik :)
lama betul la tak makan rendang
BalasPadamhehehe
Padamkena cepat-cepat makan
nanti mengidam
Rendang maman ni memang popular betul kat Gemencheh. Kat Pilah pun ada nampak orang tanam maman secara komersial. Laku keras rendang maman ni.
BalasPadamyes
Padamsebab sedap kan
Saya baru tahu tentang rendang maman dan segera browsing daun maman, wah ternyata ini daun herba?
BalasPadamdan ulam-ulaman rasanya
Padamwowww nampak sedapppp. dengan ulam ulaman nya tu. confirm sedappp nii
BalasPadamyes
Padammemang sedap
Hans dah order 2nd time untuk raya haji
hehehe
alahaii..nampak sedap lah rendang tu...tiba-tiba teringin pulak nak makan
BalasPadamhehehe
Padamorder jer
rendang maman nih tahan lama :)
Jom la sama - sama support product NS ni..sedap ni...akak nak try
BalasPadamtry lah
Padamserius tak menyesal
sedap gila
sedapnya. naklah try nanti ..
BalasPadamtry lah
PadamHans dah 2 kali beli
buat nak makan raya haji ni pula
sedap gila
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com