Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans teruja nak berkongsi dengan anda semua berkenaan sebuah produk kambing perap yang cukup menarik dan lazat di pasaran dimana bukan Hans sahaja menyukai kambing perap ini tetapi juga ahli keluarga Hans sendiri iaitu Kambing Perap Mr Pepper.
Hans sebenarnya diperkenalkan dengan Kambing Perap Mr Pepper ini melalui seorang rakan. Pada mulanya Hans tidak menaruh harapan yang tinggi disebabkan terdapat banyak produk Kambing Perap di pasaran. Namun jangkaan Hans sangat meleset kerana Kambing Perap Mr Pepper ini memang menawarkan rasa yang sangat lazat, unik dan tidak berbau hamis kambing. Ini yang penting!
Produk Kambing Perap Mr Pepper ini didatangkan di dalam dua jenis pek yang berbeza beratnya dengan harga jualan yang sangat murah. Bayangkan kalau kita makan dekat kedai, satu pinggan lamb chop sahaja sudah berapa ringgit yang kita perlu bayar kan? Kalau beli Kambing Perap Mr Pepper ini serius memang sangat menjimatkan!
Apa yang paling penting bagi Hans ialah produk Kambing Perap Mr Pepper ini dihasilkan di kilang mereka sendiri dimana produk ini diiktiraf dan mempunyai pensijilan HALAL daripada JAKIM. Setiap proses penghasilan produk ini mengikut spesifikasi HALAL daripada JAKIM dan Mesti (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) daripada KKM. Jadi, Hans memang sudah tidak perlu risau lagi dari segi kebersihan kerana dari sekecil-kecil bahan mentah yang digunakan telah melalui pemeriksaan yang berkualiti daripada pihak JAKIM.
Terdapat enam keistimewaan produk Kambing Perap Mr Pepper ini yang berjaya menawan hati Hans iaitu:
1) Sos perapan Kambing Perap Mr Pepper memang lain berbanding produk Kambing Perap yang sedia ada di luar sana. Selain rasanya yang sedap, sos perapan ini memang bersifat serbaguna dan Hans boleh gunakan sebagai pencicah tambahan untuk perapan bahan lain pula. Memang terbaik!
Jadi, Hans memang seronok untuk war-warkan kelazatan Kambing Perap Mr Pepper ini kepada anda semua kerana rasanya yang memang sedap dan cuma perlu masak selama 10 minit sahaja. Buat anda yang teringin untuk mencuba atau berminat untuk menjadi ejen Kambing Perak Mr Pepper, anda boleh terus hubungi HQ Mr Pepper melalui info yang Hans kongsikan dibawah. Hans yakin jualan anda mesti laku keras nanti bila anda sudah menjual kepada rakan-rakan dan para pelanggan nanti. Selamat mencuba dan menjamu selera!
“Mr Pepper, Kambing Perap SEDAP, LEMBUT, CEPAT DIMASAK Sepantas 10 minit!”
tengok pun dah terliur.. sure sedap nih
BalasPadammemang sedap
Padamwajib cuba
mesti repeat order :)
Memang sedap saya master stokis mr pepper ni dn alahamdulillah ramai yg repeat oder 0148995782
PadamWow... it looks sedap and easy to prepare
BalasPadamyes
Padammudah sangat nak masak
sedap pula rasanya
sedapnya kambing segera
BalasPadamyes
Padammudah nak masak
10 minit jer dah siap :)
Sedapnya han oiii… mudah nk sedia plak tu
BalasPadamtau tak apa
Padampuas Hans makan sorang-sorang dekat rumah :)
Uiii berbaloi tuu 800g RM49 lepas sale. Nak beli la. Nak join lucky draw gak hahaha
BalasPadamyes
Padammurah weh...kalau produk lain 850gram mau lah harga lagi mahal dari tu
Wah bagus ni! i pun suka makan lamb chop nanti nak check out
BalasPadamyes
PadamU kena order dan cuba
confirm suka punya
sos dia sedap
Hantu kambing wajib cuba ni. Harga sangat berpatutan. Isi pun banyak.
BalasPadamyes betul tu
Padamhantu kambing kalau tak cuba nanti menyesal
ahahahaha
Wah... Paling penting ada halal jakim Dan rasa dia... Thanks Hans sharing
BalasPadamyes
Padamjadi memang tak was-was nak makan dah
Sekarang ini macam-macam jenama untuk kambing perap. Menarik ada pertandingan.
BalasPadambetul tu
Padamboleh cuba macam-macam...hehehe
wahh, sedapnyaa. mengancam betul tengok.
BalasPadamhehehe
Padamtengok lah sapa yang masak
hahahaha
Sedapnya.Lama tak makan kambing.Nak beli ada orang dekat rumah dilarang makan kambing.Hu3.
BalasPadambeli yang pek kecik tu
Padamhehehehe
Sedapnya
BalasPadamsedap
Padamkena beli dan cuba sendiri
confirm puas hati
perghhhh this looks so good
BalasPadamyes looks good and amazing taste :)
PadamBoleh la order ni. Anak-anak Kak feni memang suka kambing perap. Harga pun berpatutan. Macam yang selalu kami beli.
BalasPadamBtw Kak Feni datang sini. Lama tak singgah dan bw. Huhu
hehehe cuba lah order
PadamIn Sha Allah pasti puas hati
sedapnya tngok.. tp sygnya busyra x mkn kambing. hehe
BalasPadamlaaaa
Padamkenapa tak makan?
sayangnya
hehehe
wah menarik, rasanya mudah untuk dimasak..
BalasPadammemang mudah sangat
PadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com