Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang mudahnya memasak dimasa kini dengan menggunakan produk Sambal Tumis Serbaguna dan Daging Asam daripada Bella Meals. Menariknya buat pertama kali di dalam hidup Hans memasak Sambal Sotong Petai menggunakan Sambal Tumis Serbaguna ini. Alhamdulillah hasilnya menjadi, lazat dan mendapat pujian rakan-rakan yang menikmatinya.
Kalau Hans yang setahun sekali masuk dapur pun berjaya memasak dan menyediakan sambal sotong petai dengan jayanya menggunakan produk Sambal Tumis Serbaguna ini, Hans yakin anda juga pasti mampu memasak dengan lebih sedap menggunakan produk daripada Bella Meals yang berkualiti ini. Paling penting produk-produk yang dijual oleh Bella Meals ini adalah halal.
Sekarang memang mudah nak memasak. Pilih sahaja nak memasak sambal sotong, sambal udang, sambal ikan bilis mahu pun sambal telur, semuanya mudah dengan adanya Sambal Tumis Serbaguna ini.
Cara nak memasak sambal sotong petai menggunakan sambal tumis serbaguna ini pun sangat mudah. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah dibawah:
1) Panaskan sambal tumis serbaguna ini di atas kuali sehingga sambal tumis pecah minyak.
2) Masukkan sotong, udang, telur atau ikan bilis ke dalam kualiti. Masak dalam 3 hingga 5 minit.
3) Kemudian masukkan biji petai ke dalam masakan. Kacau sehingga sebati. Masak dalam 3 hingga 5 minit lagi.
4) Sedia untuk dihidang di atas meja.
1) Nyahbeku (defrost) Daging Asam terlebih dahulu.
2) Panaskan daging asam di atas kuali dengan api yang sederhana.
3) Masak daging asam dalam 5 hingga 8 minit bergantung kepada citarasa tekstur daging anda.
4) Boleh juga dimasak bersama cendawan atau sayur hijau jika anda suka.
5) Sedia untuk dihidang di atas meja.
Serius anda semua yang sedang membaca sekarang wajib beli dan rasai sendiri keenakan Sambal Tumis Serbaguna dan Daging Asam daripada Bella Meals. Hans yakin anda pasti tidak akan akan menyesal kerana setiap produk mereka memang mudah digunakan dan menawarkan rasa yang tidak mengecewakan.
Dibawah Hans kongsikan info dan laman sosial sebagai rujukan anda untuk memudahkan urusan tempahan dan pembelian. Selamat menjamu selera!
senang nak masak kalau gini …pantas!!
BalasPadamyes
Padammudah sangat sekarang nak masak :)
sedap tu boleh mkn segera c8ma masak nasi ja kan
BalasPadamdaging asam tu memang masak terus jer
Padamthen makan dengan nasi
hehehe
Wah memasak menjadi mudah la sekarang
BalasPadammudah sangat
Padamsebab tu kalau sekarang ada yang malas masak lagi tak tahu lah nak kata apa
hehehe
Wajib simpan ni... Kadang dtg malas nak blend cili nak masak bg elok.
BalasPadamyes...buat simpan stok
Padamhehehee
Wow nampak sedap and cara nak masak pun senang, boleh lah try.
BalasPadambetul tu
Padammudah sangat
tak payah blender dah
Senang dan mudah. Memang sangat praktikal
BalasPadamyes
Padampraktikal betul sebab mudah
tak perlu blender dah
hehehe
wah senangnye... sngat praktikal ni.. mudah juga bawa kemana²...
BalasPadamsenang nak travel jauh2
Padamhehehe
Lepas ni boleh rasa air tangan Hans masak bila nak jemput ker rumah ni dekat jer kan hehehe
BalasPadamhahaha
Padamsetahun sekali je aku masak Maha
hahahaha
Senang kerja masak bila ada ready made pes sambal. Jadi rajin memasak pun ye jugak.
BalasPadamhahaha
Padamitulah pasal
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com