Pengalaman Hans Terima Suntikan Dos Kedua Vaksin Sinovac

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan pengalaman Hans menerima suntikan dos kedua vaksin Sinovac pada 23 Julai 2021 yang lepas bertempat di KLCC Convention Centre.



Alhamdulillah segalanya berjalan sangat lancar cuma Hans terlupa membawa satu benda sahaja iaitu Kad Peringatan Vaksinasi yang diberikan selepas selesai suntikan vaksin dos pertama yang lepas. Serius memang tak teringat langsung dan syukur sebab masih boleh menjalankan urusan menggunakan aplikasi MySejahtera. Jadi, Hans ingatkan semua bahawa barang-barang wajib yang anda perlu bawa ke lokasi untuk suntikan dos kedua vaksin anda ialah:


1) Kad Pengenalan

2) Kad Peringatan Vaksinasi

3) Telefon Yang Mempunyai Data Internet Yang Aktif

4) Pelitup Muka

5) Ubat-Ubatan (Jika Perlu) 


KAD PERINGATAN VAKSINASI


Hans tidak pasti bagaimana dengan lokasi suntikan vaksin lain tetapi proses Hans mengambil vaksin untuk dos kedua di KLCC Convention Centre ini teramat, teratur dan cukup efisyen. Sama ada orang sudah tidak ramai atau memang tidak terlalu banyak check point yang perlu dilalui membuatkan segala urusan berlangsung tidak sampai pun 20 minit. Paling seronok sebab kali ini Hans berpeluang untuk merakam sendiri proses suntikan vaksin Sinovac yang Hans terima ini dengan kerjasama yang cukup baik daripada para petugas yang terlibat.


Muka Ketat Pula Bila Jarum Masuk Dalam Lengan!


Hans sangat tertarik dengan prosedur suntikan kali ini dimana doktor yang terlibat memberi suntikan vaksin pada Hans bukan sahaja menunjukkan dan menerangkan tentang jenis vaksin serta jarum yang diisi vaksin berkuantiti 5ML sebelum disuntik tetapi juga menunjukkan jarum selepas disuntik. Jadi, secara tidak langsung ini membantu Hans untuk tidak bimbang tentang isu-isu yang sedang panas diperkatakan kini berkaitan vaksin angin yang diterima oleh beberapa individu yang tidak bernasib baik. Terima kasih kepada para petugas yang amanah dalam menjalankan tugas. Alhamdulillah!


VIDEO RINGKAS PENGALAMAN DISUNTIK DOS KEDUA VAKSIN SINOVAC DI SINI


Hans pasti mesti ramai yang teruja ingin tahu apa pula kesan sampingan yang Hans alami untuk suntikan dos kedua vaksin Sinovac ini. Apa yang pasti setiap individu mempunyai gejala yang berbeza tetapi apa yang Hans boleh kongsikan disini ialah Hans merasai beberapa gejala yang berlainan berbanding dos pertama sebelum ini iaitu:


1) Rasa lapar yang dialami berlaku dengan cukup cepat. Dalam beberapa minit sahaja disuntik terus membuatkan Hans rasa sangat lapar dan ianya berlarutan sepanjang malam. Macam-macam Hans makan tetapi tetap akan cepat berasa lapar. Hahahaha!


2) Rasa sakit cuma sedikit sahaja di tempat yang disuntik dan berbeza berbanding sebelum ini dimana Hans berasa kebas di seluruh bahagian tangan yang disuntik selama 30 minit.


3) Dalaman badan berasa panas bermula pukul 2 pagi sehingga Hans tertidur. Rasa panas ini bukannya seperti kita demam atau selepas makan durian. Hans sendiri susah nak cakap tetapi memang rasa panas di dalam badan dan Hans menganggap mungkin vaksin sedang berevolusi dengan apa-apa jenis antibodi yang ada di dalam badan. Rasa-rasanya lah. Hans bukan doktor! Hahaha!


4) Hari kedua vaksin pula Hans merasakan seperti sudah tiada apa-apa lagi gelaja yang Hans rasa semalam. Tiada lagi rasa lapar keterlaluan. Tiada rasa panas dalam badan. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin!



Jadi, Hans menasihatkan anda semua yang sudah lengkap divaksin sebanyak dua dos agar masih kekal mengamalkan SOP dimana sekarang ini sudah ada varian terbaru iaitu Delta yang sedang mengganas di seluruh dunia. Jadi, sentiasa kekal mengamalkan norma baharu! Buat anda yang baru sahaja mendapat panggilan untuk vaksin, Hans nasihatkan agar jangan takut untuk divaksin kerana secara tidak langsung anda membantu menyelamatkan orang-orang di sekeliling anda dan mewujudkan imuniti sihat selepas ini. Pastikan anda jangan mensia-siakan panggilan vaksin yang anda terima kerana ramai diluar sana yang mengharapkan mereka diberi vaksin secepat mungkin tetapi tidak berpeluang menerimanya lebih awal seperti anda. Selamat bervaksin! 


41 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. nasib baik perasaan kebulur aku dah surut back to normal setelah makan nasik hahaha

    BalasPadam
  2. Wah, tahniah. Lengkap dah dua dos. Akak tengah tunggu lagi.Tak tahulah bila nak kena cocok vaksin😂

    BalasPadam
  3. Lapar memang ya. Tapi alhamdulillah tak berlarutan nak makan selalu. Hahahha. Btw alhamdulillah dah lengkap 2 dos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah.yer..dalam sehari dua jer lapar teruk...hahaha

      Padam
  4. ALHAMDULILLAH KAK PUN VAKSIN DOS KEDUA LUPA BAWA SURAT HEH..HEH..KALUT SUNGGUH

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah...hehehe..saya langsung tak ingat pasal kad vaksinasi tu...hahaha

      Padam
  5. Wah, tahniah dah lengkap 2 dos.
    Eh, samalah kita. Lepas vaksin, cepat betul laparnya 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      yer..kesan awal vaksin kan...hahaha
      nasib sehari dua jer rasa lapar macam tu

      Padam
  6. wow congrats for completing your vaccination, i m stil waiting for my 1st dose appt.

    BalasPadam
  7. tahniah hans, dah complete dose. saya pun dah, yea kat tpt saya pun very transparent process vaksin, camna diorg cucuk kita, semua diberitahu. for 2nd dose saya rasa sgt malas nak bergerak, letih for 2 days. pastu semua back to normal

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, dah selamat 2 dos. Betul la, lain orang, lain gejala lepas vaksin yang dialami. Saya baru nak kena second dose bulan depan.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..Tahniah sudah lengkap dua dos

    BalasPadam
  10. yeay boleh geng la dah lengkap 2 dos, aku pun kali ni rasa panas gila badan wehhh...xtau sbb efek aku demam atau sbb cuaca ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      itulah kan
      harap semuanya berjalan lancar

      Padam
  11. Alhamdulillah..samalah kita, dah lengkap 2 dos vaksin Sinovac..efek sama, tapi ada tambahan - badan rasa letih sampai ke hari ke-3..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah second dose cepat juga prosesnya tu. Syukur juga kesan dia tak teruk sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas 4 hari Hans demam...hahaha
      tapi Alhamdulillah dah okay

      Padam
  13. wah dah lengkap 2 dos. tahniah hans

    BalasPadam
  14. alhamdulillah.. dah selesai dos ke2..

    BalasPadam
  15. alhamdulillah selesai sudah ya 2 dos vaksin. moga baik2 ajer. lain orang lain efek lepas cocok ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama