Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sesiapa disini penggemar laksa? Di Malaysia ini ada pelbagai jenis laksa dimana setiap negeri di Malaysia ini boleh dikatakan mempunyai laksa ikoniknya yang tersendiri. Salah satu laksa yang menjadi sebutan dan idaman penggemar laksa ialah Laksa Penang. Hans sendiri sebagai seorang penggemar laksa sangat teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang sebuah menu Laksa Penang atau asam laksa yang cukup sedap di lidah dan tekak Hans iaitu Laksa Ninja.
Hans sebenarnya secara kebetulan terjumpa instagram Laksa Ninja ini melalui seorang rakan Hans yang telah pun menikmati dan memberikan pujian menggunung kepada keenakan rasa Laksa Ninja ini. Memandangkan Hans merupakan seorang penggemar laksa yang tegar maka Hans memang tertanya-tanya betul atau tidak Laksa Ninja ini betul-betul sedap kerana Hans memang sangat cerewet tentang perihal rasa kelazatan laksa ini. Susah sebenarnya nak jumpa laksa yang betul-betul menepati citarasa Hans. Lagi menyakitkan hati kalau kuah laksa pula penuh dengan tulang ikan. Memang betul-betul buat Hans hilang rasa nak makan laksa.
Jadi, pada 4 Ogos 2021 yang lepas Hans mengambil keputusan untuk mencuba sendiri menu Laksa Ninja serta menu tambahan mereka iaitu Rojak Buah Ninja untuk menilai sendiri tahap kelazatan hidangan ini. Alhamdulillah! Rasa Laksa Ninja ini sangat mengejutkan Hans kerana ianya amat bertepatan dengan rasa, selera dan apa yang Hans impikan ada pada laksa penang. Maka Hans dengan gembiranya ingin berkongsi Empat Sebab Kenapa Laksa Ninja ini wajib dicuba oleh setiap penggemar laksa yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya:
TONTON VIDEO MUKBANG HANS MAKAN LAKSA NINJA DUA BEKAS DISINI!
1) Rasa kuah Laksa Ninja ini memang sedap, separa pekat dan penuh dengan isi ikan yang segar. Hans sebenarnya kurang menggemari kuah laksa yang terlampau pekat atau terlalu cair. Jadi, kriteria kuah Laksa Ninja ini memang betul-betul mencapai piawaian yang Hans tetapkan. Terbaik!
2) Kuantiti sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang banyak pada pandangan Hans. Selalunya Hans sangat susah nak jumpa peniaga atau penjual laksa yang sangat pemurah nak bagi banyak sayur seperti Laksa Ninja ini. Selalunya sayur diberi seurat dua sahaja. Memang tak puas lah sebab salah satu sebab Hans suka makan laksa juga kerana kemeriahan sayur dan ulam-ulaman juga. Jadi, Laksa Ninja berjaya membuatkan Hans puas dapat makan laksa beserta sayur dalam kuantitit yang banyak.
3) Hans sebenarnya cukup suka dan sangat tertarik dengan cara pembungkusan bahan-bahan dalam bekas Laksa Ninja ini. Setiap sayur dibungkus asing di dalam plastik dan ini sememangnya sangat memudahkan buat sesiapa yang nak simpan atau pun buat mereka yang tidak gemar makan sayur tertentu. Serius terbaik dan wajar dipuji usaha serta kerajinan pihak Laksa Ninja ini!
4) Harga satu bekas Laksa Ninja yang bagi Hans sangat berpatutan iaitu cuma RM7 sahaja. Hans betul-betul sangat berpuas hati dan rasa cukup erbaloi dengan kelazatan, kuantiti dan cara pembungkusan Laksa Ninja ini yang pada Hans sudah cukup terbaik!
Selain itu, Hans juga sangat seronok menikmati Rojak Buah Ninja yang cuma berharga RM6 sahaja. Hans suka dengan kuantiti buah serta timun yang seimbang. Kadang-kadang bila Hans beli rojak buah, Hans agak geram sebab yang banyaknya bukan buah tetapi timun. Jadi, Hans sangat gembira kerana Rojak Buah Ninja penuh dengan pelbagai jenis isi buah yang manis-manis belaka. Senang cerita memang berbaloi lah beli Rojak Buah Ninja ini.
Hans memang sarankan buat anda semua yang merupakan penggemar Laksa Penang untuk mencuba sendiri kehebatan rasa Laksa Ninja serta Rojak Buah Ninja ini. Hans yakin anda semua pasti berpuas hati dan secara tidak langsung berjaya menghilangkan rindu anda di luar sana yang mungkin teringin nak menikmati Laksa Penang sekarang. Jadi, buat anda yang teringin untuk mencuba sendiri Laksa Ninja dan Rojak Buah Ninja ini, anda boleh hubungi mereka melalui laman sosial yang Hans kongsikan dibawah. Selamat mencuba dan menjamu selera! TERBAIK BAK HANGGGGGGG!!!!
❤️SYARIKAT:
Ninja Food Trading
❤️Menu:
Laksa Ninja
Rojak Buah Ninja
Kuah Rojak Buah Ninja
🛵PENGHANTARAN:
Sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur & Putrajaya
.
📞WHATSAPPS UNTUK PEMBELIAN:
Instagram:
Facebook:
#SepekatKuahSepaduRasa #LaksaNinja #LaksaUtara #AsamLaksaUtara
Yaaa ampun kuah die tu nmpk sgt pekat nk order nt.. tringin trus tgk gmbr hans post ni
BalasPadamyes
Padamkuah dia bagi Hans separa pekat. so, Hans memang suka lah sebab tak kedekut isi ikan.
rasa kuah dia pun padu :)
Wah kuah laksa nampak sangat padu, sedap lah nanti sis nak try
BalasPadamsis kena try
Padamkuah laksa ninja ni memang padu sis
Dua2 ni favorite sis. Aishh terliur memalam tengok laksa dengan rojak ni haa.
BalasPadamapa lagi sis?
Padamorder cepat-cepat
berbaloi sangat makan
Wow! Terliur plak.
BalasPadamheheheh
Padamminat laksa juga ker?
try lah.
sedap oh
Wow!!
BalasPadamwow juga
Padamhehehe
Nampak sedap Hans... Sis memang peminat Laksa.. kalau di JB ni ada boleh cuba...
BalasPadamitulah kan
Padamkalau dekat sini confirm boleh cuba
SEDAPNYA LAKSA BANTING
BalasPadammemang sedap kak
PadamHans makan 2 bekas terus
hahahaha
Wahhhh siap ada rojak buah lagi, cantik packaginh dia buat asing2
BalasPadamyes
Padam1st time beli laksa dapat packaging macam tu
seronok gila nak makan pun
hehehe
Sedapnya laksa
BalasPadammemang sedap
Padamberbaloi beli
tengok kuah dia pun tau pekat. saya memang suka laksa!
BalasPadamkalau macam tu wajib order laksa ninja nih
Padamsedap makan owhhh
Teringin pula petang2 ni. Mana nak cari?
BalasPadamboleh order dengan Laksa Ninja
Padamada delivery :)
kecur tgk laksa
BalasPadamsedappp ni
betul tu
Padamsedap tau
Sedapnya nampak, esok saya nak beli laksa jugak lah. Nak buat tak reti pulak haha
BalasPadamdah beli belum?
Padamhehehe
Woahh tengok kuah nampak sedap sangat tu..
BalasPadamyes
Padamhans pun suka kuah laksa ninja nih
kena sangat dengan citarasa Hans
Pekat nampak kuahnya. Macam banyak belacan yang letak. Saya suka kalau macam tu! Yummmm!
BalasPadamsepara pekat
Padammemang puas makan
isi ikan pun padu
Wahh sedap nampaknye
BalasPadamalhamdulillah berbaloi sangat beli
Padamsedap dan kuantiti pun banyak
Berbaloi rojak buah banyak buah diletak macam tu... ena setuju, selalu ena beli rojak buah mesti timun yang banyak.. geram... nanti ena nak try yang ni lak
BalasPadamitulah kan
Padammacam yang nih sama banyak
jadi puas hati makan
Nampak sedap. Teringin pulak
BalasPadamjangan lupa order
Padamconfirm repeat order nanti
hehehe
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com