Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans yakin majoriti pembaca blog ini pasti suka bermain permainan video sama seperti Hans kan? Jadi, untuk kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua tentang satu lagi laman sesawang yang menawarkan permainan yang bukan sahaja mengimbau nostalgia tetapi juga cukup menggembirakan untuk dimainkan di telefon pintar mahu pun gadget anda yang lain iaitu di solitaire.org.
Laman sesawang ini menawarkan banyak versi permainan Solitaire yang cukup menarik. Sangat mencabar untuk menang tetapi itu yang membuatkan sesiapa yang sukakan cabaran tidak akan berhenti bermain sehingga berjaya bukan? Selain itu juga, terdapat beberapa permainan bersifat menguji minda yang sangat seronok untuk dimainkan. Jadi, Hans sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua beberapa permainan video yang menjadi pilihan Hans dilaman sesawang ini iaitu:
Siapa yang tidak kenal dengan permainan Solitaire ini kan? Rasa-rasanya satu dunia pasti tahu dan memang suka bermain permainan ini di waktu lapang. Cuma apa yang menarik dan berbezanya permainan solitaire ini berbanding yang lain ialah cabaran untuk memenanginya. Memang lain macam juga lah tahap kesukaran dia tetapi jangan risau kerana anda mempunyai peluang untuk mengundur kembali gerakan anda dan cuba untuk memenangi cabaran yang diberi.
Hans memang geram juga pada mulanya sebab memang agak sukar untuk menghabiskan cabaran. Akhirnya selepas mencuba beberapa kali maka rasa puas terpancar di wajah kerana berjaya juga memenangi permainan Solitaire ini. Memang serius puas hati. Hahaha!
Nampak tak statistik permainan Hans tu? Memang bila dah mula main susah nak berhenti sampai lah menang kan? Jadi, permainan solitaire ini memang anda wajib cuba main sampai menang. Memang kesukarannya lain dariapda biasa tetapi kalau dah menang memang rasa macam nak mendepa dada tanda bangga. Hahaha!
Permainan seterusnya yang cukup mengimbau nostalgia ialah Cookie Monster yang menggunakan konsep PacMan yang cukup menghiburkan apabila dimainkan. Hans yakin pasti ramai yang sudah mengertikan bagaimana permainan ini? Cookie Monster perlu memakan kesemua biskut sehingga habis sambil mengelak daripada dimakan oleh raksasa yang sedang mencari Cookie Monster dengan rakusnya.
Memang seronok main permainan ini sebab sudah lama tak rasa cemas nak kena kejar masa makan cepat-cepat biskut sambil elak daripada dimakan raksasa. Seperti biasa memang menarik dan menghiburkan. Bila bosan-bosan memang Hans main permainan ini. Hehehe!
Ini merupakan salah satu lagi permainan yang berkonsepkan Solitaire iaitu Klondike Solitaire. Memang sangat menarik untuk dimainkan tambah-tambah kerana grafik dan warnanya yang lawa. Susunan kad pun sangat kemas dan memang membantu sesiapa yang bermain permainan ini.
Walaupun nampak macam mudah tetapi sebenarnya agak mencabar juga. Lebih kurang macam permainan Solitaire pertama yang Hans kongsikan awal-awal tadi. Memang kalau tersilap langkah alamatnya tak bergerak lah sebab tak ada yang boleh dipadankan. Hahaha! Apa-apapun wajib main permainan ini. Memang layan!
Permainan seterusnya ini berkonsepkan strategi dan minda iaitu Sokoban Puzzle. Hans memang suka sangat main permainan Sokoban ini. Tugasan yang perlu dibuat ialah kita perlu mengalihkan kotak-kotak kayu masuk ke dalam petak X. Jadi, memang perlu gunakan strategi yang betul untuk pastikan semua kotak-kotak berjaya dialihkan ke petak X tu.
Hans pun masa mula-mula main ingatkan kacang jer nih. Sekali bila dua kotak dah berjaya diletakkan dalam petak X tu, nak masukkan kotak terakhir dah tak boleh. Memang geram kadang-kadang memikir strategi yang betul. Tetapi, bila dah jumpa caranya memang rasa puas hati sangat. Hahaha!
Sebenarnya ada banyak lagi permainan yang anda boleh pilih untuk dimainkan di laman sesawang ini mengikut kesukaan dan keselesaan anda sendiri seperti Mahjong, Tennis dan pelbagai lagi. Lebih menarik kerana anda boleh bermain tanpa sebarang gangguan iklan! Jadi, selamat bermain permainan video disini dan sila kongsikan dengan rakan-rakan yang sentiasa sunyi, bosan peminat permainan video untuk mencuba segala jenis permainan menarik di sini. Setiap permainan baru yang dimasukkan di dalam laman sesawang ini boleh dilihat di Solitaire.org ini. Semoga terhibur dan gembira seperti Hans!
main game mmg ralit masa pula terbatas
BalasPadamTak tau pulak ada game online mcm ni... Dah la xde iklan... Hahahaha... Semua game legend!
BalasPadamLama tak main solitaire ni hehehe best juga dulu main zaman tak ada game hebat2 mcm sekarang..
BalasPadamMenarik. Tp solitaire tu memang lejen lah masa zaman study dulu
BalasPadamaku sakit hati betul main sokoban tu...haha susah gila.. nampak tak aku tak reti main... main hidden treasure terer lahh
BalasPadamMenarik nie Hans.. baru tah ada game online macam nie..
BalasPadamAaaaaa abesslaaa Lepas cuba terus ketagiiih!!!🤣🤣 Abeh laaa hakak keje semua tergendalaa sebab ghalit main game weh!!! kompom tak bole stop sekali cubaaa!! Sebab dia takdak iklan weh!! Ok jap sambung main game baliiiik! ðŸ¤
BalasPadamNi game dulu2 ni bila pc xda org guna, game ni jela peneman
BalasPadamThis is my first time get to know about this website, tapi games ni dulu kita pernah main.
BalasPadamBestkan game ni. Klondike tu fav. Nampak senang. Tapi pecah otak juga nak siapkan.
BalasPadamFavourite game dulu-dulu ni.
BalasPadamwaahh bolehlah terjah website nie. Dulu2 suka main games nie
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com