Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang tidak sabar ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan produk-produk Pes Masakan Aida's Kitchen daripada Dapur Kak Aisya yang berjaya membuatkan Hans berasa cukup berpuas hati dengan kelazatan makanan yang terhasil setelah menggunakan Pes Masakan Aida's Kitchen ini. Untuk makluman semua, terdapat lebih daripada 50 Jenis Pes Masakan Aida's Kitchen yang boleh anda dapatkan dan cuba di dapur rumah anda. Banyak kan?
Hans berpeluang untuk menggunakan Pes Masak Merah serta Pes Kari Ayam Dan Daging Mamak di dalam masakan sewaktu menyediakan hidangan tengahari Hans pada bulan Nobember ini. Hans pada mulanya agak skeptikal juga kerana risau takut hidangan Hans menjadi terlampau manis atau masin berdasarkan pengalaman menggunakan pes-pes yang dibeli di pasaraya sebelum ini. Tetapi, Alhamdulillah Hans memang terkejut kerana Pes Masakan Aida's Kitchen ini berjaya membuatkan rasa makanan yang Hans masak seimbang. Tidak perlu tambah garam atau gula lagi. Setiap rasanya adalah seimbang bergantung kepada pes masakan yang digunakan.
Secara jujurnya, Hans akui rasa hidangan menggunakan Pes Masakan Aida's Kitchen sangat menarik. Hans gunakan Pes Masak Merah untuk menyediakan menu Ayam Masak Merah dan hasilnya memang mengagumkan. Rasa seperti makan makanan yang disediakan oleh kaum ibu di rumah. Selain itu, Hans menggunakan juga Pes Kari Ayam Dan Daging untuk menyediakan hidangan kari daging kesukaan Hans. Fuhhh!! Memang terangkat beb! Hans cuma tambah ubi kentang sahaja dan hasilnya memang menambah nasi lah selalu. Hahaha!
Jadi, Hans memang tak rasa risau langsung untuk war-warkan kehebatan Pes Masakan Aida's Kitchen yang terbukti telah berjaya menjadikan makanan yang dimasak bertambah lazat dan memberi pengalaman makan yang menakjubkan. Buat anda yang teringin untuk mencuba, Hans kongsikan info laman sosial dibawah untuk memudahkan anda semua menghubungi pihak mereka bagi urusan pembelian:
#AidaKitchenKL #AidaKitchengCookingPaste #DapurKakAisya #PesMasakanSegera
PES PELBAGAI MASAKAN MUDAHKAN KERJA MEMASAK DGN RASA BERBEZA
ردحذفbetul tu
حذفmudah dan rasa pun sedap
senang kerja
hehehe
Wah nampak sedap, nanti sis nak try their pes masakan
ردحذفmemang sedap
حذفHans dah try
puas hati
Sedapnyaaa semua menu, boleh cuba nanti mudah nak masak kan
ردحذفmudah nak masak
حذفjimat masa dan tenaga
rasa pun sedap :)
INI SERUS BEST, KADANG MMG ADA MASA TAK TAU NAK MASAK APA!!
ردحذفhehehe betul tu sally
حذفada nih senang
masuk dalam kuali tau2 siap jer
hehehe
wah ...ada pes begini...kerja lebih mudah dan masakan pula lebih sedap
ردحذفbetul tu
حذفmemang mudah dan masakan jadi sedap
macam pro masak jer bila makan
hehehe
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com