Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sangat teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang pencarian bakat baru iaitu pertandingan The Audition 2021 yang menampilkan 27 peserta berbakat besar yang berjuang untuk merebut gelaran juara pada peringkat akhir pertandingan ini yang diadakan di Atrium, The Strand Mall, Kota Damansara pada 19 Disember 2021 yang lepas.
SENARAI PEMENANG THE AUDITION 2021
Muhammad Shauqi Danial Ma’Amal Hajri
NAIB JOHAN
Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri
TEMPAT KETIGA
Wann Nashrinie Bin Zafri
Pertandingan The Audition 2021 peringkat akhir ini diadili oleh 4 juri ternama dan terkenal di dalam bidang masing-masing iaitu Cikgu Sarah Ismail, Amira Othman, Michael Ang dan Datuk KK Chua.
Untuk makluman semua, The Auditon 2021 adalah sebuah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG). Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak komedi.
Lebih menarik perhatian Hans ialah uji bakat The Audition ini adalah 100 peratus berdasarkan keputusan daripada pihak juri dimana para peserta hanya melalui beberapa fasa uji bakat sahaja. Pertama, peserta perlu memuat naik video berdurasi lebih 1 minit di Instagram masing-masing berserta tanda pagar wajib. Fasa kedua, mereka akan dipanggil ke sesi uji bakat bersama para juri mengikut lokasi berdekatan yang diadakan secara langsung bermula di Kuala Lumpur sebelum diikuti Kuantan (Pahang), Johor Bahru, Kota Kinabalu (Sabah), Kuala Terengganu dan berakhir di Pulau Pinang.
Komen Daripada Penerbit Dan Pengarah - Michael Ang
Saya terkejut apabila ada peserta daripada awal ujibakat sehingga ke final menunjukkan peningkatan ketara. Ini kerana mereka mendengar pendapat kami selaku juri ketika mereka beraksi pada ujibakat. Ramai yang menyanyikan lagu Anuar Zain tetapi mereka mengalunkannya mengikut lenggok mereka sendiri. Persembahan nyanyian dan lakonan mereka sangat bagus. Ada dua peserta yang saya lihat kualiti persembahan mereka banyak ‘improvement’ sehingga mereka layak terpilih untuk peringkat akhir The Audition 2021 dan tidak mustahil jika mereka terus berusaha dan bekerja keras, mereka bakal mencabar pelakon yang ada sekarang. Industri memang perlukan ramai bakat baru dalam bidang lakonan tetapi di Malaysia, orang suka yang tengok pelakon yang ‘elok-elok’ walaupun tidak berbakat. Hendak cari pakej lengkap yang cantik dan tampan serta berbakat, memang susah. Penonton ‘tengok’ ikut mata bukan ikut otak. Kalau ada rupa tetapi tak berbakat, hantarlah ke kelas lakonan Fauziah Nawi atau Ogy Ahmad Daud pun, mereka tak akan mengajar. Mereka yang cantik ini, ‘self- concious’. Apabila berlakon mahu nampak cantik saja. Pada pertandingan ini, sebenarnya ramai yang layak menang tetapi tempat untuk yang terbaik ada tiga saja. Jadi selepas berbincang dengan Datuk KK Chua, kemungkinan kami akan menyerapkan mereka yang berbakat ini untuk berada di bawah pengurusan AEG.
Komen Daripada Ketua Pegawai Eksekutif AEG - Datuk KK Chua
AEG dengan bantuan Michael Ang berjaya mencungkil ramai bakat baru. Mereka yang berjaya ke final semuanya ada kualiti. Saya lihat bakat muda ini boleh membawa kelainan kepada industri hiburan tempatan. AEG menyediakan platform untuk mereka mengembangkan bakat terutama pembangunan dan sahsiah diri untuk berhadapan cabaran termasuk kemahiran berkomunikasi dan berhadapan dengan media. Berikutan sambutan yang memberangsangkan daripada seluruh negara, kami akan terus mengadakan pertandingan ini setiap tahun.
Juara The Audition 2021 - Muhammad Shauqi Danial Ma’Amal Hajri
Saya tak sangka menang kerana saya rasa persiapan hari ini 60 peratus saja. Alhamdulillah, rezeki saya dan sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Saya memilih lagu nyanyian asal, Hafiz Suip berjudul Ku Akui dan masa agak suntuk untuk saya menggubah semula lagu itu tetapi saya nekad mempersembahkan yang terbaik pada peringkat akhir ini. Sebelum ini saya hanya pernah masuk pertandingan karaoke dan Battle of the Band. Untuk perancangan selepas ini, saya akan ikut apa yang diaturkan AEG dan kemenangan ini diharap dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi penyanyi terkenal.
Menggunakan tagline ‘Good Talent and Great Character’, dalam pencarian ‘bakal bintang’ ini, AEG bukan saja mencari peserta yang berbakat tetapi juga mempunyai karektor yang bagus. AEG akan menjadi platform untuk merealisasikan impian mereka menjadi anak seni yang berjaya asalkan mereka sanggup berusaha. Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik.
Pemenang The Audition 2021 akan menerima kontrak bernilai RM50,000 termasuk latihan dan pembangunan. Selain itu, penyanyi akan merakam single yang disusun oleh top-chart komposer lengkap bersama dengan video muzik. Manakala buat pelakon, pemenang akan mendapat peluang untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor iaitu Michael Ang dalam drama terbaru beliau.
tahniah pemenang yg berbakat tntunya
BalasPadammemang sedap suara pemenang
PadamNape tak tau ea ada pertandingan ni? Btw tahniah semua pemenang.
BalasPadamsebab pertandingan ni tak masuk tv kut
Padamhehehe
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com