Makan Sedap Tanpa Rasa Berdosa Dengan Eatslim Lifestyle

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan untuk hadir ke Majlis Perasmian Cawangan Pertama EATSLIM LIFESTYLE yang terletak di Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang apa pula sebenarnya Eatslim Lifestyle ini kan? Hans pun memang teruja sebenarnya nak berkongsi dengan ada semua tentang keistimewaan yang ditawarkan oleh Eatslim Lifestyle ini.


Untuk makluman semua, EATSLIM LIFESTYLE merupakan pengeluar dan pengedar makanan diet tanpa tepung dan tanpa gula yang pertama di Malaysia. Dengan erti kata lain ialah visi mereka untuk menghasilkan dan menjual produk makanan yang rendah karbohidrat serta rendah kalori untuk membantu ramai orang diluar sana yang berniat untuk mengurangkan berat badan serta mengawal dan menghilangkan penyakit diabetes yang kini dialami oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.


Senang cerita buat anda yang sememangnya mengamalkan diet keto maka ini memang syurga buat anda kerana Eatslim Lifestyle menawarkan dan menjual pelbagai jenis bahan masakan dan makanan diet keto yang sangat memudahkan anda. Kenapa Hans kata memudahkan? Ini disebabkan setiap produk yang dikeluarkan pihak Eatlism Lifestyle telah menyatakan jumlah kalori dan pelbagai info lain di setiap produk makanan yang dijual mereka. Paling menggembirakan Hans yang kini sangat mengambil berat tentang makanan sihat semestinya kerana barang-barang yang dijual sini adalah halal. Jadi, Hans tak risau lah nak membeli sebarang produk yang dijual disini.


Hans juga turut tertarik dengan sebuah perkongsian daripada pemilik Eatslim Lifestyle sendiri iaitu Puan Adda Uwais yang mengamalkan diet keto sejak tahun 2012. Menariknya apabila Puan Adda berjaya mengurangkan beratnya sehingga 25 kilogram hanya dalam masa 3 bulan dengan mengamalkan diet keto ini dan ianya menjadi gaya pemakanan beliau sehingga sekarang. Untuk makluman semua, Puan Adda juga sudah membimbing lebih daripada 500 peserta untuk program kurangkan berat badan dibawah Projek K bersama kumpulan pembimbing beliau sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan kisah beliau yang cukup memberikan inspirasi ini, ada boleh klik link dibawah:

Instagram:

Laman Sesawang:


Produk pertama yang berjaya menarik perhatian Hans sewaktu pertama kali masuk ke dalam kedai Eatslim Lifestyle ialah produk Premix 7 Beradik dimana setiap paket sesuai dimasak untuk hidangan 4 hingga 5 orang. Menariknya produk keluaran Eastslim Lifestyle ini kerana ianya dibuat dengan bahan-bahan yang sangat sihat dan terdapat dalam 7 jenis pes iaitu:
1) Asam Pedas
2) BBQ Marinate
3) Black Pepper Marinate
4) Peri-Peri Marinate
5) Curry Maeun
6) Stew
7) Portugese 


Hans juga buat pertama kalinya mengetahui tentang kewujudan Konjac yang mananya ianya sangat bagus untuk mereka yang menghidap diabetes mahu pun yang sedang mengamalkan diet sihat untuk menurunkan berat badan. Kebetulan pihak Eatslim Lifestyle ada menyediakan hidangan Konjac Kuew Teow Goreng dan Hans berpeluang menikmati hidangan Konjac ini dengan perasaan yang ingin tahu membuak-buak. Wah! Memang sama seperti kuewteow goreng yang dibeli di kedai dari segi rasa mahu pun struktur kuewteow itu sendiri. Serius anda memang kena cuba sendiri beli dan masak di rumah. Pastinya berbaloi!


Selain daripada Konjac Kuey Teow Goreng, Hans juga berpeluang menikmati makanan Tauhu Begedil, Pavlova, Red Velvet Cake serta Teh O Limau yang menggunakan bahan-bahan masakan yang dihasilkan sendiri dan dijual oleh pihak EATSLIM LIFESTYLE seperti gambar di atas iaitu:
1) Stevia Drops
2) Erythritol
3) Organic Coconut Aminos
4) Etc.


Dekat sini pun ada dijual menu-menu penambah rasa makanan seperti sambal dan pencuci mulut seperti coklat, roti, kek dan juga biskut sihat yang menepati piawaian diet keto dimana ia menggunakan Erythritol dan Badam untuk menggantikan gula dan tepung gandum. Memang bersesuaian dengan tagline EATSLIM LIFESTYLE sendiri iaitu "Siapa Kata Nak Diet Tak Boleh Makan Sedap??" Eatslim kan ada!! Serius memang sangat sedap dan cepat mengenyangkan. Macam tahu-tahu jerans sekarang sedang menjaga pemakanan. Jadi, Hans memang sarankan sangat anda semua untuk datang dan membeli produk-produk sihat disini.


Buat anda yang memerlukan khidmat nasihat daripada Eatslim Lifestyle dari segi pemakanan, jangan risau kerana pihak mereka sudi membantu. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sosial mereka seperti yang Hans kongsikan dibawah:

Waze:
eatslimlifestyle

Alamat:
No. B-G-08,
P8 Avenue,
Jalan Sh 1/1,
Selayang Heights,
68100 Batu Caves,
Selangor.

 Hari Operasi:
Isnin - Sabtu 
Ahad (Cuti) 

Waktu Operasi:
9.00 pagi hingga 6.00 petang (Walk In) 

Nombor Telefon:
03-61278906
010-5524025
018-2909005

Email:
ketodietsifu@gmail.com 

Facebook:

Instagram:

Website: 


6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Pilihan tepat bagi orang yang mengamalkan diet pemakanan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul
      setuju sangat
      bagus untuk jaga pemakanan dan kawal diabetes

      Padam
  2. BANYAK PILIHAN PRODUK MAKANAN YG SEDAP TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      Hans terkejut betul masa makan makanan yang mereka masak guna produk-produk yang mereka jual.
      makanan sihat tapi lagi sedap daripada makanan yang Hans pernah makan sebelum nih.
      memang agak teruja lah masa makan tu.

      Padam
  3. Wah banyak pilihan makanan untuk yang nak diet..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul
      bukan untuk diet jer
      siapa yang ada penyakit diabetes pun bagus makan makanan yang dijual dekat sini :)

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama