Cowboys Food Truck: Smoked Brisket Dan Lamb Paling Tersedap Di Kuala Lumpur
Hans Hanis115
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Jika anda pembaca setia blog ini pasti anda menyedari bahawa Hans pernah berkongsi dengan anda semua berkenaan Cowboys Food Truck sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan November 2020. Itulah kali pertama Hans mencuba menu Smoked Brisket yang sangat sedap daripada Cowboys Food Truck di rumah. Maklumlah waktu tersebut tidak boleh makan di luar kan! Sedar tak sedar ini merupakan kali ketiga Hans menikmakti hidangan mereka tetapi bezanya pada kali ini ialah Hans menikmatinya di tempat mereka bertapak dan menjalankan operasi iaitu di hadapan Shell TTDI.
Sepanjang dua tahun Hans mengetahui kewujudanCowboys Food Truck ini memang Hans tak nafikan pihak mereka sangat menjaga kualiti makanan yang dihasilkan. Rasanya bukan sekadar tidak berubah tetapi makin banyak kali dimakan makin bertambah sedap pula rasanya bagi Hans. Hans memang kagum dengan pemilik merangkap chef di Cowboys Food Truck ini iaitu Encik Nizar yang berjaya menghasilkan menu-menu disini dengan cukup hebat. Tak risau nak makan kerana status makanan disini sememangnya halal. Serius memang mana-mana rakan yang Hans belanja makan Smoked Brisket mahu pun daging kambing di sini pasti akan gembira dan teruja makan sehingga licin. Kuantiti makanan sangat banyak dan sangat berbaloi untuk menghadiahkan diri sendiri atau mereka yang tersayang dengan makanan yang cukup menyelerakan sebegini. Hans rasa kalau di tempat lain dengan kuantiti makanan yang sama pasti harganya lebih daripada RM200 tetapi disini harganya memang berpatutan.
Gunakan kod HANS10 untuk dapatkan diskaun 10% OFF (Minimum RM50 order).
Kalau sebelum ini Hans menikmati Smoked Brisket dan Lamb di rumah dan menu ini berjaya buat Hans berasa sangat teruja dengan rupa serta cara pembungkusannya dan berjaya buat Hans makan dengan berselera sampai licin. Jadi, bayangkan apa yang terjadi bila Hans dapat menjamah hidangan ini usai ianya siap dimasak dan panas berasap-asap. Fuhhhh!! Nikmat dunia yang tidak terkata! Kalau anda memang tinggal berdekatan dengan kawasan TTDI, One Utama, Damansara atau sekitar Kuala Lumpur dan Selangor maka datang sendiri untuk cuba menu Smoked Brisket dan Lamb yang terdapat di Cowboys Food Truck ini. Jangan lah jadi INSAN PALING RUGI gara-gara terlepas KENIKMATAN DAN KELAZATAN daging yang sangat empuk, lembut dan segar ini.
Terdapat pelbagai menu yang boleh anda cuba di Cowboys Food Truck ini. Untuk kali ketiga ini, Hans mengambil keputusan untuk mencuba menu Sharing Platters iaitu Set Roundhouse serta Brisket Quesadillas. Seperti biasa keputusan Hans sememangnya sangat tepat kerana kedua-dua menu pilihan ini bukan sahaja langsung tidak mengecewakan malah kedua-duanya sangat lazat sehingga buat Hans dan rakan tersandar kekenyangan. Rasa semangat betul menulis ulasan tentang menu disini sebab memang rasa sedap dia lain macam. Menu kayangan tetapi harga pertengahan. Susah nak jumpa tau!
Hans serta sebuah video perkongsian untuk tatapan anda semua berkenaan suasana dan wajah Hans sewaktu menikmati Set Roundhouse serta Brisket Quesadillas di Cowboys Food Truck ini. Jangan cemburu tau! Hehehe!
Memandangkan Hans datang dengan seorang sahabat maka Hans memilih untuk mencuba salah satu menu Sharing Platters iaitu set Roundhouse Platter yang sebenarnya sesuai dimakan sehingga 4 orang. Jadi, bayangkan hanya kami berdua sahaja makan set ini dan licin dimakan. Itu tandanya apa? Mestilah sedap gila! Hahaha!
Jadi, untuk set Roundhouse Platter ini terdapat pelbagai jenis menu yang semuanya sedap-sedap belaka dan anda mesti cuba iaitu:
1) 400gm Smoked Brisket
2) 200gm Pulled Lamb
3) 2 x Fried Chicken
4) 6pcs Wings
5) Nachos
6) 6 x Sides (Baked Beans, Potato Salad, Coleslaw)
7) BBQ Sauce
Selain itu, Hans juga turut memesan menu tambahan yang Hans teringin nak cuba iaitu Brisket Quesadillas yang sebenarnya sangat sesuai dijadikan sebagai menu pembuka selera. Buat sesiapa yang mungkin mempunyai baget yang terhad tetapi sangat teringin nak menikmati Smoked Brisket maka ini adalah menu yang Hans syorkan untuk anda. Serius sangat sedap kerana Brisket ini disaluti dengan keju mozarella dan cheddar. Sumpah puas hati betul makan. Untuk makluman semua, set Brisket Quesadillas ini mengandungi:
1) Brisket
2) Mozarella
3) Cheddar
4) Nachos
5) BBQ
Pada pandangan peribadi Hans, kedua-dua Set Roundhouse serta Brisket Quesadillas ini adalah seratus peratus berbaloi untuk dibeli dan dinikmati kerana:
1. Kuantiti makanan yang sangat banyak dan boleh dimakan sehingga 4 orang. Begitu berbaloi dengan harganya. Jika anda datang berempat dan bersama-sama membayar untuk menu ini, ianya menjadi sangat murah untuk setiap orang dan bertambah berbaloi buat anda..
2. Smoked brisket memang lembut, padu dan juicy. Makan pula dengan sos bbq yang disediakan. Ya Allah! Memang susah nak berhenti makan!
3. Brisket Quesadillas memang terbaik. Saat pertama gigitan Hans memang terbeliak anak mata! Sedap gila! Gabungan keju mozarella dan cheddar memang kena dengan smoked brisket tu. Kalau dah makan memang boleh terlupa orang depan tau. Hahaha!
4. Daging kambing juga sangat sedap. Lembut satu hal! Tak berbau hamis! Cicah pula dengan sos bbq atau buat tortila melalui wrap yang diberi...fuhhhhh! Syahdu beb!
5. Makanan sampingan lain yang tidak mengecewakan seperti coleslaw dan kentang putar yang cukup menggiurkan. Hans secara jujur jatuh cinta dengan rasa coleslaw dia! Awesome! Daebak!
Buat anda yang sememangnya gemar dengan kelazatan rasa Smoked Brisket atau daging kambing, Hans memang wajibkan anda semua untuk datang sendiri mencuba menu-menu yang ada dijual di Cowboys Food Truck ini. Serius dari segala sudut sama ada rasa makanan, kuantiti makanan, persembahan makanan serta harga makanan memang semuanya terbaik dan berbaloi. Paling penting menu disini sememangnya HALAL. Hans yakin anda pasti senyum lebar saat menjamu selera disini atau makan di rumah bersama keluarga serta mereka yang tersayang. Jadi, selamat mencuba dan menjamu selera di Cowboys Food Truck!
Wowww... Meriahnya. Nampak so sedap!
BalasPadamwajib cuba tau!
Padambukan setakat nampak...memang sedap!
Sedapnyaa semua menu thanks sharing
BalasPadamsedap-sedap belaka semua menunya
Padamjangan lupa cuba nanti.
serius sedap gila!
Aduhaii nampak sedap sungguh..nanti pergi kl nak cuba
BalasPadamwajib cuba tau!
Padamserius sedap!
makan satu family mesti puas hati punya lah.
Fuhhhh meleleh tengok ni
BalasPadamlain macam
Padamhahahaha
nanti pergi lah try
dekat jer kan dengan rumah
Sedap betul menu dia. Terus rasa nak p sana makan
BalasPadammemang sedap
PadamHans pun dah 3 kali makan
nanti nak gi makan lagi
tak puas makan. sedap!
mcm2 ada sedap
BalasPadamjangan lupa bawa satu family gi makan
Padammesti seronok diorang nanti
Aduhh sedapnya
BalasPadamhehehe
Padammemang sedap sangat
selamat mencuba yer
Best gila wehhh... Aku dah la mmg peminat daging... Smoked beef, pulled lamb lg... Mmg kena cuba ni... Selalu ada kat restoran je
BalasPadamyes
Padamkali ini boleh cuba dekat foodtruck
yang penting 100 kali lagi sedap daripada di restoran
harga pun murah :)
First time dengar Foodtruck ni . But when look at the menu semua mmg mantap . Ada rezeki leh try ni .
BalasPadamwajib try
Padammenyesal tau kalau tak cuba Smoked Brisket dia
padu pergi owhhhh!
First time dengar Foodtruck ni . But when look at the menu mmg mantap . Boleh try anytime soon . Thank you for sharing
BalasPadamwah sampai dua kali komen
Padammemang tak sabar nak try lah nih
hehehehe
selamat mencuba tau :)
YaAllah Han ni saja je org dahla tgh diet huhu.. cmni kena g pekena gak ni klu x menyesal lak. Dah kata sedap kena g try ni
BalasPadamhehehehe
Padamserius sedap
boleh pakai code promo Hans tu untuk dapat diskaun :)
Banyaknya pilihan makan..mesti sedap kan..
BalasPadammemang sedap
Padamitu yang licin semua dimakan semalam
hahaha
Terbaik
BalasPadamwajib cuba tau :)
PadamNampak sedapnya 😋
BalasPadambukan nampak jer
Padamrasa dia pun sedap tau
hehehe
Wow set untuk 4 orang dia makan 2 orang je.. 😋
BalasPadamhahahaha
Padamserius sedap
kita pula kaki makan
4 orang punya portion pun boleh terus bedal sampai licin...hehehe
Brisket Quesadillas tu kena cuba jugalah. Tq sharing has
BalasPadamyes...sedap sangat Brisket Quesadillas tu...
Padamsyahdu bila brisket bergabung dengan cheese
hehe
menunya mengancam....
BalasPadammemang mengancam habis
Padamhehehe
mengancam selera ni
BalasPadamhehehe
Padamwajib cuba tau
sedap sangat brisket dengan lamb diorang
wah best boleh try nnti
BalasPadamwajib try
Padamsangat disyorkan 100%
Ohhh... uncle tau sangat tempat ni... Sebab Hans rekomen uncle boleh singgah lah... Dia punya image brading pun not bad juga kan?
BalasPadamyes
Padamimage branding dia sangat baik :)
uihhh.. quesadilla tu mengancamm terukk.. kena terjah cuba ni..
BalasPadamwajib cuba
Padamsedap gila quesadilla tu
cuba tau
BalasPadamserius sangat berbaloi
portion banyak dan sedap gila
harga pun murah
Kalau pergi KL kena cari ni. Telan ayaq liur tgk
BalasPadamwajib kena singgah sini kalau mai KL
Padamhehehehe
Wah! Terus terliur.
BalasPadamDahsyatnya menu.... nampak sangat sedap!
menu dia memang semua sedap-sedap
Padam3 kali Hans makan macam-macam menu dia tetapi semua tak pernah mengecewakan
lazat dan puas hati!
Wah meriahnya Hans.. nampak sedap semuanya..
BalasPadammemang meriah
Padamkalau makan ramai-ramai lagi meriah
hehehe
weh tergoda betul tengok menuny tu
BalasPadamdah tergoda tu kena datang sendiri lah cuba
Padamhehehe
menarik betul nampak menunya tu
BalasPadamnanti cuba lah menu-menu yang Hans makan nih
Padamserius puas hati :)
Menyesal tengok posting ni... Tengah lapo ni... 🤣
BalasPadamhahahaha
Padamjangan lupa cuba nanti
mesti puas hati
Ini sangat menduga ni.. suka sgt menu² daging mcm ni.. beli satu boleh share 3,4 org
BalasPadamyes
Padamberbaloi beli dan makan beramai-ramai
kalau share bayar bertambah rasa murah
portion banyak ohhhh
Boleh cuba ni kalau ke kl
BalasPadamwajib cuba
Padamkalau tidak nanti termimpi-mimpi smoked brisket lak..haha
Padu terukkk ni. Dah lama xmai TTDI. Kena datang dan harus cuba mcm ni
BalasPadamyes.
Padamwajib datang dan cuba
mesti nanti jadi tempat makan favorite
oh gosh...mouth watering la tgok entry ni..dah la fav akak plak tu...aduyaiiii...sila belanja akak!!!!!!
BalasPadamhehehehe
Padamsila menjamu selera
rugi kalau tak cuba
sedap owhhhh
Ya ampunnn malam-malam tengok ni, terus terliur. Sharing platters tu menggoda sungguh.
BalasPadamhehehehe
Padammenu utama tu.
wajib cuba dan makan berjemaah
hehehehe
Menarik! Mmg nmpk sedap!
BalasPadamJangan lupa cuba yer
Padamserius sedap :)
Brisket tu boleh hancur diet dibuatnya haha. Nantila jalan TTDI nnti boleh cuba
BalasPadamheheheh itulah kan
Padamtime nak makan ni kena waktu cheat day lah
hahaha
Fuhh puas hati makan kalau mcm ni. Boleh cuba nanti.
BalasPadamwajib cuba tau sis
Padamserius mesti repeat lagi
sedap gila
Memang nampak sedap 😋
BalasPadamrasa pun sedap tau
Padamterbaik :)
Wah the sharing platter macam best giller, semua ada dan lengkap.
BalasPadamyes
Padamjangan lupa cuba Kelly
serius tak menyesal
sedap sangat!
Wahh nampak sedap n mewah walaupun di food truck sahaja
BalasPadamnama jer menu food truck tapi rasa dan presentation memang 5 star
PadamSatu truck tp mcm2 ada.. Bestnya mcm ni👍😊
BalasPadamjangan lupa cuba tau
PadamSatu truck mcm2 ada.. Best la gni👍😊
BalasPadamyes...serius menu-menu dia semua best gila
PadamNampak sedap... Kalau dekat mmg wajib cuba ni.
BalasPadambukan setakat nampak tetapi memang sedap
Padamyer! wajib cuba :)
ya Allah. menarik sangat menu nya tu ^_^
BalasPadammemang menarik
Padamkenyang dan sedap :)
wahhh semua nampak sedap2 tambah lagi saya memang peminat daging. if dekat, cfrm terus serbu ni.
BalasPadamitulah
Padamkalau ada rezeki ke area TTDI...sila cuba tau :)
Jauh nak ke sana.Tapi platter dia nampak sedap.
BalasPadammemang sedap platter dia
Padamnanti ada rezeki datang sini jangan lupa cuba
Serius cakap bila tgk mknn dia tu..adoii terliur rasa..
BalasPadamwajib cuba tau
Padamharga pun murah nak banding yang dijual di restoran
Rupa dia pun dah nmpak sedap. Buat org terliur laaaa.
BalasPadamwajib cuba yer
Padamconfirm repeat
hehehe
Semua nampak sedap
BalasPadambetul tu
Padamsemua sedap-sedap belaka
Semua nampak sedap lah
BalasPadamjangan lupa cuba yer
PadamWahh semua nampak sedap sedap . Kena cuba nie sebelum puasa 😄
BalasPadambetul tu
Padamsebelum puasa kena cuba
baru bertambah nikmat
hehehe
bestnya konsep food truck, makanan semua nampak sedap. wajib cuba ni :)
BalasPadamtapi yang bestnya makanan dia memang sedap
Padamhehehe
Gila-gila nampak sedap makanan dia! Ingatkan kat oversea sebab nampak harga dia tulis $ bukan RM tadi haha
BalasPadamhehehehe sebab makanan dia nih kan konsep ala-ala American
Padamhehehe
dah lah PALING, TERSEDAP lagi plak tu.. hee~ wajib singgah ni nanti..
BalasPadamwalaupun tatabahasa salah tapi anggap jer lah nak menzahirkan betapa sedapnya makanan dekat sini
Padamhahaha
Fuyooo makanan dia...memang wajib cuba ni kalau tak rugi...pegi sini orang yang badmood boleh jadi happymood nie😂
BalasPadamhahaha tahu tak apa
Padambetul lah tu
makanan sedap automatik mood happy
wow..nmpk menyelerakan lps nie la try pergi situ..😋😋
BalasPadamwajib cuba
Padamserius sedap
why la..why bukak page ni time lapar..kejam! hahahah oke nak guna code tu la..untung klo dapat free ahhahaha
BalasPadamhehehe guna lah code tu
Padamdapat diskaun
Portion banyak berbaloi dan puas hati kalau makan. Tengok harga pun berpatutan.
BalasPadamyes berbaloi sangat makan dekat sini
PadamWah, menarik betul menu yang disediakan.. nanti boleh la akak pegi sini...
BalasPadamdah sampai wajib cuba tau
Padamkalau tak cuba nanti menyesal
sebab sedap
serius sedap!
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com