Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
ANEKA SELERA DESA
WORLD TRADE CENTRE (WTC) KUALA LUMPUR
WORLD TRADE CENTRE (WTC) KUALA LUMPUR
Alamat:
Level 2,
Riverside Restaurant,
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL),
Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tarikh:
5 April 2022 - 29 April 2022
Harga:
RM128 (Dewasa)
RM75 (Kanak-Kanak & Warga Emas)
RM75 (Kanak-Kanak & Warga Emas)
Early Bird Promo:
RM108 per pax (Bermula 2 Mac 2022 - 4 April 2022)
Untuk Tempahan:
0326146701
0326146702
+60192678960 (Whatsapps)
Laman Sesawang:
Sebenarnya ini merupakan kali pertama Hans mencuba bufet Ramadan yang ditawarkan di sini. Apa yang Hans boleh katakan majoriti makanan disini bukan sekadar membuatkan Hans seolah-olah mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa dengan keluarga tercinta di kampung halaman tetapi juga berasa begitu bersemangat gara-gara kelazatan hidangan yang ditawarkan disini. Bayangkan sewaktu anda datang ke sini pada bulan Ramadan nanti dan perlu berhadapan dengan lebih 300 jenis juadah yang disediakan disini setiap hari. Mesti rambang mata bukan?
Untuk makluman semua, barisan chef di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) ini diketuai oleh Chef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih yang menyediakan pelbagai menu menarik yang wajib anda cuba. Antara hidangan tradisi kampung yang disyorkan untuk anda cuba nanti ialah Kambing Golek, Ikan Patin Goreng Sambal Hijau, Daging Rendang Minang, Ketam Goreng Cili Kering Bawang Putih, Sotong Masak Kari Nenas, Ayam Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh dan banyak lagi.
Berita baik buat penggemar nasi kandar, Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) telah bekerjasama dengan Nasi Kandar Saddam yang cukup terkenal di Kuala Lumpur untuk membawakan hidangan ini sebagai salah satu lagi tarikan buat para pelanggan yang bercadang untuk berbuka puasa disini nanti. Memang terbaik!
Hans pula secara peribadi sangat menyukai tiga jenis hidangan yang sempat Hans nikmati tadi serta satu minuman yang cukup unik rasanya buat Hans. Kalau orang utara cakap hidangan paling SURRRR pilihan Hans ialah:
1) Sambal Kupang Petai
2) Ayam Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh
3) Aneka Sup
4) Air Barli
Hans juga agak tertarik dengan konsep yang dibawakan oleh Restoran Riverside dimana setiap pelanggan boleh membawa pulang mana-mana makanan bufet ke rumah untuk dibuat sebagai menu sahur jika membeli mangkut tingkat edisi terhad yang dijual mereka di kaunter. Memang kreatif!
Jangan risau untuk menunaikan solat kerana anda boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan juga Tarawih secara berjemaah di Surau Ar-Rahman yang terletak di Aras 3 bangunan ini yang mampu memuatkan seramai 100 orang jemaah dengan penjarakan sosial. Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada bulan Ramadan 2022 ini, silalah membuat tempahan dengan segera kerana anda bakal menikmati pelbagai hidangan dengan orang yang tersayang. Memang terbaik baq hangggg!
biasa mk n sup ekor..ni asam pedas..meanrik nmpknya
BalasPadammenu-menu dekat sini memang menarik
Padammenggiurkan selera semua menunya
BalasPadamsedap-sedap kak
Padammemang puas hati makan dekat sini
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com