Bufet Ramadan 2022 : Citarasa Zaman Berzaman Di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur yang menampilkan tema Citarasa Zaman Berzaman.

CITARASA ZAMAN BERZAMAN 
SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

Alamat:
Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
4 April 2022 - 1 Mei 2022

Harga:
RM150

Early Bird Promo (8 Mac 2022 - 31 Mac 2022):
RM120 (Dewasa)
RM60 (Kanak-Kanak 6 Tahun - 12 Tahun)
RM60 (Warga Emas 55 Tahun Dan Ke Atas)

Telefon:
+60340425555

Facebook:
seripacificofficial

Instagram:
seripacifichotelkl



Untuk makluman para pembaca, barisan chef yang bertanggungjawab menyiapkan dan menyediakan juadah-juadah berbuka puasa di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur ini diketuai oleh Chef Hj Mohd Saad Bin Othman yang cukup berpengalaman.

Rendang Udang Daun Kunyit
Masak Lemak Pucuk Manis Keledek

Selain itu, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur juga menawarkan lebih 300 juadah yang berbeza setiap hari. Jangan lupa untuk mencuba menu masakan kampung disini seperti Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Ikan Merah Panggang ala Portugis, Rendang Udang Harimau Daun Kunyit, Perut Lembu masak Lemak Rebung dan banyak lagi. Memang ramai betul tetamu yang hadir memuji rasa menu-menu utama yang ada disini. 

Kari Kepala Ikan
Kambing Panggang

Selain itu, memang rugi jika anda tidak menikmati hidangan pilihan pelanggan hotel ini seperti Kambing Panggang, Sup Gear Box Power, Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan dan Satay. Buat mereka yang menggemari ulam-ulaman kampung, disini adalah syurga anda kerana terdapat pelbagai ulam disediakan. 

Tiram Bakar Berkeju

Hans secara jujurnya sangat terkejut sebab Hans tak jangka banyak betul menu yang dihidangkan disini yang sedap dan kena dengan selera Hans. Memang Hans rasa puas betul bila dapat menikmati juadah-juadah seperti:


1) Tiram Bakar Berkeju - Secara jujurnya Hans selalu lihat orang makan tiram atau oyster ini secara mentah dengan perahan limau. Tetapi, kali ini Hans tertarik betul dengan rupa tiram bakar yang diletak keju ini. Cuma Hans hanya ambil dua sahaja sebab takut kalau tiba-tiba tak kena selera membazir pula. Alih-alih sedap bak hang! Rasa lemak masin keju memang masuk dengan rasa tiram. Cadangnya lepas dah habis cuba semua makanan nak ulang makan tetapi dah habis. Serius menyesal tak ambil lebih! 

2) Kari Kepala Ikan - Hans sebenarnya agak susah nak menyukai kari kepala ikan melainkan kalau mak Hans yang masak. Cuma tadi cuba rasa sikit daripada pinggan kawan Hans sebab nak tahu apa rasanya. Bila dah masuk dalam mulut....fuhhhh!!! Terus teringat Penang bhaiiii!! Wah! Padu betul kari kepala ikan sini. Kuah dia sedap sangat. Kalau kata boleh tapau bawa balik memang Hans bawa balik rumah dah. Cicah dengan roti! Fuhhh!!! Syahdu Surrr!!

3) Sup Gear Box Power - Seronok makan panas-panas tadi. Isi pun lembut. Sesuai makan dengan nasi putih, makan sup sahaja atau cicah dengan roti. Not bad! 

4) Serawa Durian - Ini memang dua kali Hans makan. Makan dengan pulut. Sebab lama tak makan. Sekali dah terlajak jumpa dan termakan ini tiba-tiba rasa sedap pula dekat tekak Hans. Terus lah Hans tertambah dua kali. Hahahah!

5) Satay - Memang terbaik! Perapan satay dekat sini sedap. Kuah kacang pun sedap. Gabungan kedua-duanya memang meletup di mulut Hans. Padu!

Sup Gear Box Power

Serius sangat berbaloi untuk anda berbuka puasa Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Asal suap makanan dekat sini jer sedap. Memang susah nak berhenti bila dah makan. Bahaya betul! Hahaha! Menariknya anda dapat berbuka sambil dihiburkan dengan persembahan ghazal dan tradisional secara langsung oleh Kumpulan Orkes Sri Johor pada setiap hari Jumaat hingga Ahad. Bukan sekadar ada kemudahan surau yang cukup selesa untuk anda menunaikan solat tetapi pihak hotel turut menyediakan kaunter zakat di aras 2 hotel ini untuk memudahkan anda membayar zakat pada tahun ini.

Ayam Gesek
Daging Tetel Asam Pedas

Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada bulan Ramadan 2022 ini, silalah membuat tempahan dengan segera kerana anda bakal menikmati pelbagai hidangan dengan orang yang tersayang dengan harga yang berpatutan. 

1 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ha'ah memang sedap tiram berkeju tu. sebelum ni makan dekat kedai biasa tapi macam takut2 nak cuba rupanya sedappppp

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama