Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di The RuMa Hotel & Residences yang menampilkan tema Hidangan Tradisi Edisi Nyonya.
HIDANGAN TRADISI EDISI NYONYA
THE RUMA HOTEL & RESIDENCES
Alamat:
No 7,
Jalan Kia Peng,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tarikh:
8 April 2022 - 30 April 2022
Harga:
RM218
Super Early Bird Promo:
RM152.60
(Bermula 15 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022)
Early Bird Promo:
RM174.40
(Bermula 1 April 2022 sehingga 10 April 2022)
Pemegang Kad Kredit CIMB:
Diskaun 30%
Pemegang Kad Kredit Maybank & American Express:
Diskaun 20%
Whatsapps:
+60327780735
Telefon:
+60327780888
Email:
atas@theruma.com
Laman Sesawang:
Untuk makluman para pembaca, barisan chef yang bertanggungjawab menyiapkan dan menyediakan juadah-juadah berbuka puasa di hotel mewah 5 bintang ini diketuai oleh Chef Tyson Gee yang berpengalaman di dalam dunia masakan selama puluhan tahun.
KAKI KAMBING PANGGANG DAN NASI BRIYANI
AYAM PONG TEH
Menariknya kebanyakan hidangan disini menggabungkan bahan-bahan khas yang tersendiri seperti cili, bunga kantan, asam jawab dan buah keluak untuk menghasilkan masakan asli Nyonya yang cukup menyelerakan.
KETAM MASAK CILI
LIDAH LEMBU MASAK ASAM PEDAS
KARI KEPALA IKAN
Untuk pengetahuan anda, ATAS @The RuMa Hotel & Residences menawarkan lebih 90 juadah setiap hari. Jangan lupa untuk mencuba menu-menu utama disini seperti Ketam Masak Cili, Daging Masak Lemak Cili Api, Lidah Lembu Masak Asam, Ayam Pong Teh, Kari Ayam Buah Keluak, Sambal Dakwat Sotong dan banyak lagi. Memang ramai betul rakan media yang memuji rasa menu-menu utama disini. Hans pun mengakui menu-menu utama ini memang wajib dimakan jika anda datang berbuka puasa disini.
KARI AYAM BUAH KELUAK
SATAY AYAM DAN DAGING
PULUT TAI TAI @ TETAL
Hans secara jujurnya sangat terkejut sebab Hans tak jangka banyak betul menu yang dihidangkan disini yang sedap dan kena dengan selera Hans. Memang Hans rasa puas betul bila dapat menikmati juadah-juadah ini:
1) Kari Ayam Buah Keluak - Memang sedap sangat kuah kari juadah ini. Rasa pun unik! Ditambah pula dengan isi ayam yang lembut serta buah keluak yang menambah rasa masam membuatkan Hans memang cukup suka dengan menu ini.
2) Daging Masak Lemak Cili Api - Hans memang suka kalau masak lemak cili api ini kuahnya pekat. Memang seronok makan dengan nasi putih panas-panas. Kalau anda peminat daging masak lemak cili api memang wajib cuba tau!
3) Pulut Tai Tai - Hans mengenali pulut ini sebagai pulut tetal sebenarnya. Pulut disini kalau lagi lemak memang lagi puas. Cuma yang istimewanya bila dimakan dengan kuah kaya yang dibuat sendiri. Serius sedap! Manis berlemak kuah kayanya! Dua kali Hans makan! Hahaha!
4) Kaki Kambing Panggang Dan Nasi Briyani - Kalau anda peminat kambing memang wajib lah cuba juadah ini. Memang sedap!
5) Satay Ayam Dan Satay Daging - Hans cukup suka dengan satay dekat sini disebabkan tiga perkara iaitu isi ayam dan daging lembut, rasa perapan rempah pada satay memang ngam dan semestinya kuah kacang satay sedap sangat. Terbaik!
DAGING MASAK LEMAK CILI API
KARI TELUR IKAN KAPITAN
Serius sangat berbaloi untuk anda berbuka puasa disini. Berpadanan dengan harga bufet Ramadan yang ditawarkan kerana banyak betul juadah disini yang sedap untuk dimakan. Hans sendiri memang betul-betul rasa puas hati dapat makan disini sementelah ruang dalam hotel ini sangat cantik dan tampak ekslusif! Selain itu, kemudahan surau yang cukup selesa telah disediakan oleh pihak hotel di tingkat 6 dan dengan kemudahan lif untuk ke bahagian surau sangat memudahkan pelanggan untuk bersolat. Memang terbaik!
PENCUCI MULUT YANG DIBUAT SENDIRI DAN SEDAP-SEDAP BELAKA!
Jadi, jangan lupa untuk menempah bufet ramadan di The RuMa Hotel & Residences sekarang. Pasti puas hati! Selamat berbuka dan menjamu selera di sini pada bulan Ramadan nanti.
Wkmussalam
BalasPadammeriahnya menu
hehehe meriah
Padamsedap-sedap pula tu
terliur mandang
BalasPadamhehehe
Padamhans yang dah makan pun bila tengok balik gambar terus rasa terliur
meriahnya menu padan dengan harga dia tu Hans oi...
BalasPadamberbaloi lah sebab sedap-sedap makanan dekat sini :)
PadamSedapnya, banyak pilihan makanan kat Ruma ni
BalasPadamterliur tengok ketam masak cili tu! apa agaknya rasa lidah lembu masak asam pedas tu. Menarik!
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com