Bufet Ramadan 2022 : Selera Yeob Di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur yang mengadakan bufet Ramadan bertemakan Selera Yeob dan menawarkan pelbagai hidangan tradisi Melayu yang cukup lazat.

SELERA YEOB
OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR 

Alamat:
No 222,
Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
8 April 2022 - 29 April 2022

Waktu:
7.00 P.M - 10.00 P.M

Harga:
RM88 (Dewasa)
RM44 (Kanak-Kanak 6 Tahun - 12 Tahun)
Diskaun 20% (Warga Emas 55 Tahun Dan Ke Atas)

Early Bird Promo:
Diskaun 10% (Bermula 12 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022)

Untuk Tempahan:
+60109015783

Email:
events.hotel-residence-kualalumpur@oakwood.com

SUP GEARBOX
KARI KEPALA IKAN

Untuk makluman semua, barisan chef yang menyediakan menu-menu disini diketuai oleh Chef Joe yang merupakan Sous Chef Restoran TrEat di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai hidangan menarik yang wajib anda cuba jika berbuka puasa disini nanti. Antara hidangan tradisi masyarakat Melayu yang disyorkan untuk anda cuba ialah Ikan Tiga Rasa, Masak Lemak Udang Nenas, Rendang Daging Minang, Daging Kambing Kuzi, Ayam Masak Itam dan banyak lagi.

MASAK LEMAK UDANG PEDAS DENGAN NANAS
KARI AYAM BERKENTANG

Untuk makluman semua, Hans sebenarnya pertama kali mencuba Bufet Ramadan di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur dan apa yang mengejutkan Hans ialah begitu banyak hidangan di sini yang kena dengan citarasa Hans. Hans senaraikan tiga menu yang cukup untuk membuatkan Hans berasa gembira dalam kekenyangan iaitu:

1) NASI BRIYANI
Menu pertama yang berjaya menarik perhatian Hans dari awal ialah Nasi Briyani ini. Warnanya yang membangkitkan selera serta hirisan daging yang disusun menarik di atas nasi ibarat memanggil-manggil Hans untuk menjamah semua ini dengan secepat mungkin. Serius Hans cukup suka dengan hirisan daging yang lazat dan sangat kena dimakan dengan nasi briyani ini. Serius sedap sangat sehinggakan dua kali Hans makan yer. Hahaha!!!

2) GULAI DAGING NANGKA
Sebenarnya susah nak jumpa menu gulai daging nangka di kebanyakan bufet Ramadan. Seingat Hans, bufet-bufet Ramadan sebelum ini yang pernah Hans pergi memang belum pernah menyediakan menu gulai daging yang dimasak dengan nangka sebegini. Selalunya gulai daging mereka dimasak bersama dengan ubi kentang. Jadi, bila sudah bertemu menu terbaik sebegini depan mata maka rugi lah kalau Hans tak cuba kan? Ya Allah! Serius sedap! Anda wajib cuba menu ini kalau berbuka disini. Kalau tidak anda rugi besar!

3) MASAK LEMAK PUCUK PAKU
Menu Masak Lemak Pucuk Paku ini sebenarnya adalah antara hidangan kegemaran Hans. Kalau jumpa di mana-mana tempat memang wajib Hans makan. Memang tak menyesal Hans ambil banyak sebab rasa hidangan ini memang padu. Cukup lemak dan rasa pedasnya juga sekata. Senang cakap memang terbaik!

RENDANG TOK
ANEKA ULAM
BUBUR LAMBOK

Selain itu, bufet Ramadan di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur turut menyediakan beberapa gerai dimana anda boleh mencuba pelbagai jenis pencuci mulut, aiskrim, buah-buahan, satay, kambing bakar, abc dan bubur lambuk yang penuh dengan aroma. Secara jujurnya, Hans berpendapat berbuka puasa di sini sememangnya sangat berbaloi kerana bukan sahaja banyak sajian Melayu yang sedap-sedap dihidangkan buat anda tetapi juga disebabkan harganya yang sangat berpatutan

KEROPOK LEKOR
STESEN ABC & CENDOL

Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur yang bertemakan Selera Yeob pada bulan Ramadan 2022 ini, silalah membuat tempahan dengan segera kerana anda bakal menikmati pelbagai hidangan yang cukup menyelerakan sambil memperoleh diskaun yang dapat menjimatkan wang anda. Selamat menjamu selera. Memang surrrrr!

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. best best best...semua sedap dan harga dia pun berpatutan

    BalasPadam
  2. menu menu masakan Kampung ni...betul punya meriah kalau dapat makan! dekat je lokasi dgn rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah dekat nanti datang lah masa bulan puasa
      sedap-sedap makanan dekat sini
      berbaloi lah ambil pakej berbuka tu :)

      Padam
  3. Silap la tgok entry ni malam ni...lapar teruk dibuatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tengok siang pun sama jer
      jadi lapar juga :)

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama