Kempen JACK ‘n JILL Cream-O Selangkah Jalan, Sedetik O-some

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans ingin mengajak para pembaca semua untuk sama-sama berjalan dan anda berpeluang memenangi hadiah O-some yang lumayan. Pada masa sama, anda juga dapat membantu kanak-kanak kurang bernasib baik menerusi kempen JACK ‘n JILL Cream-O ‘SELANGKAH JALAN SEDETIK O-SOME’ yang akan diadakan dari 1 Mac hingga 30 April 2022.


Lebih menarik jika anda kumpulkan ahli keluarga dan rakan-rakan untuk meluangkan masa dan bergembira bersama anda. Anda hanya perlu berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja. Mudah, bukan? Menerusi jumlah langkah itu, anda akan mampu meningkatkan jumlah langkah harian dan turut berpeluang memenangi hadiah yang O-some! Hanya Berjalan, WhatsApp dan Menang!


Cara-cara untuk menyertai kempen ini dan menang hadiah lumayan sangat mudah. Anda hanya perlu:

1) Beli produk JACK ‘n JILL Cream-O bernilai RM5. Simpan resit pembelian anda!

2) Berjalan 10,000 langkah dan tangkap layar (screenshot) langkah anda yang direkodkan menerusi app kiraan langkah yang anda gunakan.

3) WhatsApp ke +6011 5500 1878 butiran diri, tangkap layar paparan app kiraan langkah, resit pembelian dan jawab satu soalan mengenai kempen ini.

4) Anda kini berpeluang untuk menjadi pemenang kempen ini!


Pemenang Hadiah Utama:
Satu Kad Hadiah Apple Store bernilai RM5,000

Pemenang Hadiah Pertama:
Kad Hadiah Apple Store bernilai RM1,500

5 Pemenang Tempat Kedua:
Kad Hadiah JD Sports bernilai RM500

40 Pemenang Hadiah Saguhati:
Kad Hadiah JD Sports bernilai RM200


Setiap 10,000 langkah anda akan menyumbang 10 mata ke Dana JACK ‘n JILL Cream-O. Berdasarkan mata kumulatif pada akhir kempen, JACK ‘n JILL Cream-O akan menyumbang sehingga RM15,000 ke Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia). Sumbangan yang diberikan akan memberi manfaat kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini bagi memenuhi keperluan Kembali ke Sekolah mereka tidak lama lagi.

Mari kongsikan kempen ini agar lebih ramai berjalan demi kesejahteran kanak-kanak kurang bernasib baik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.urc.com.my.

#CreamOMY   #CreamOMYSelangkahJalanSedetikOsome

5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama