Majlis Iftar Supercube Raikan 200 Orang Anak Yatim Dan Asnaf

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 23 April 2022 yang lepas, Hans telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Iftar Supercube Bersama Anak Yatim Dan Asnaf yang berlangsung dengan cukup meriah di Grand Oasis Hall, Seri Kembangan, Selangor


Pada majlis tersebut, pihak Supercube telah meraikan 200 orang anak yatim dan asnaf daripada Rumah Anak Yatim Baitul Ulfah, Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa dan Rumah Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia dengan juadah berbuka puasa yang pelbagai dan cukup enak. 


Lebih menarik kerana pihak Supercube turut menggembirakan anak-anak syurga ini dengan pemberian duit raya buat mereka semua. Memang Hans lihat gembira sungguh muka masing-masing bila dapat duit raya. Mestilah seronok dapat duit kan? Hehehe!


Majlis Iftar Supercube ini turut diserikan dengan persembahan daripada UNIC dengan persembahan nyanyian nasyid dan zikir sebelum waktu berbuka. 


Hans secara peribadi sangat kagum dengan pihak Supercube yang kini bukan sekadar dikenali dengan produk Supercube yang cukup berkhasiat tetapi turut menjadi satu platform yang memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk menjadi usahawan. Menariknya disini pihak Supercuba bukan sahaja ingin mendidik cara perniagaan tetapi turut membantu menunjukkan jalan kepada usahawan mereka tentang cara-cara yang boleh diamalkan untuk berkongsi kembali kepada masyarakat. Jadi, Majlis Iftar Supercube ini adalah salah satu asbab yang bertujuan memberi peluang kepada usahawan Supercube untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim dan asnaf ini.


Pada majlis tersebut, Hans turut berpeluang bertemu dan menemuramah Puan Hayfa Amira Binti Ahmad Kamal yang merupakan Pengasas Supercube. Baru berusia 35 tahun, beliau yang merupakan graduan dari Universiti Petronas sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam dunia perniagaan. Bermula dengan hanya berniaga di universiti sebelum meneruskan aktiviti tersebut sambil bekerja, Puan Hayfa akhirnya tekad untuk berhenti bekerja dan fokus kepada bidang perniagaan. Akhirnya, perniagaan Supercube ini bukan sekadar berjaya membantu Puan Hayfa Amira di dalam kehidupannya tetapi turut membantu ramai lagi usahawan kecil diluar sana yang menjadi ejen dan penjual Supercube.


Untuk makluman semua, produk Supercube Molasses Herbs ini didatangkan dengan pelbagai jenis seperti:

1) Supercube Molasses Herbs Ginger & Lavender
2) Supercube Molasses Herbs Red Dates & Goji Berry
3) Supercube Molasses Osmanthus & Roses

Menariknya produk Supercube ini bukan sahaja sedap tetapi penuh dengan pelbaga khasiat seperti zat besi, kalsium, magnesium, mineral dan vitamin. Jadi sangat sesuai buat sesiapa yang inginkan badan lebih segar dan dapat hilangkan tekanan. Selain itu, Supercube juga sesuai diamalkan untuk membuang detox, angin, migrain, masalah pencernaan dan membantu menyelesaikan masalah tidur anda.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan Supercube Molasses Herbs Drink ini? Anda boleh layari laman sesawang dan media sosial Supercube untuk maklumat lanjut.

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 

1 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama