Kafe Palmierra 28 Di Petaling Street : Wajib Pergi Dan Cuba Semua Hidangan Melayu Asli Disini

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan ke Petaling Street untuk mencuba sendiri pelbagai hidangan asli Melayu yang cukup lazat dan mengasyikkan di Palmierra 28 yang boleh dilihat daripada jauh kerana bangunannya berwarna hijau yang cukup menceriakan.

PALMIERRA 28

Alamat:
154, Jalan Petaling,
City Centre,
50000 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Hari & Waktu Operasi:
Ahad - Rabu : 12.00 P.M - 10.00 P.M
Khamis - Sabtu : 12.00 P.M - 11.00 P.M

Waktu Operasi:
11.00 Pagi - 11.00 Malam

Untuk Tempahan:
 0182450807

Penghantaran Ke Rumah:
GrabFood / Food Panda

Instagram:

Buka Sahaja Pintu Dan Anda Pasti Akan Terpesona Dengan Dekorasi Kafe Ini!
Hans Memang Suka Sangat Sebab Setiap Sudut Sangat Cantik Dan Sesuai Untuk Bergambar :)
Kafe Ini Ada Dua Tingkat Dan Anda Perlu Menaiki Tangga Berwarna Warni Ini Untuk Ke Atas.
Dekat Tingkas Atas Memang Cantik Sangat! Sesuai Untuk Anda Yang Nak Bergambar Atau OOTD. Hehehe!
Setiap Tempat Makan Memang Akan Memberikan Anda Satu Pengalaman Yang Berbeza! Terbaik!

Walaupun baru sahaja sebulan beroperasi di kawasan Petaling Street namun kafe Palmierra 28 sudah berjaya menarik perhatian ramai orang terutamanya pelancong untuk mencuba pelbagai makanan tradisi Melayu disini. Rata-rata pelanggan sangat gembira dan memuji juadah yang disediakan disini kerana kelazatan dan keaslian setiap hidangan mengekalkan keunikan rasa sajian Melayunya. Selain itu, kelebihan kafe ini yang sememangnya kaya dengan pelbagai keunikan seni dan dekorasi yang cantik di setiap sudut membuatkan mereka yang suka bergambar pastinya gembira apabila menjamu hidangan disini. 

ULASAN HANS UNTUK MENU-MENU YANG TERDAPAT DI PALMEIRRA 28

1) DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API
Penilaian:
5/5

Ulasan:
Hans memang penggemar hidangan daging salai masak lemak cili api. Apabila Hanas tahu menu ini ditawarkan di kafe ini, Hans terus bertanyakan pekerja tentang Chef yang menyediakan hidangan ini berasal dari mana. Apabila dapat tahu Chef berasal dari Negeri Sembilan, Hans memang sangat teruja menantikan hidangan ini tiba di atas meja. Seperti jangkaan Hans, menu ini cukup lazat dan mantap. Kuahnya yang pekat! Rasa pedas dan 'smoky' yang ada pada kuah dan dagingnya yang lembut berjaya membuatkan Hans menambah nasi dan menikmatinya dengan cukup gembira. Terbaik! Wajib cuba!

2) TERUNG GORENG BELACAN
Penilaian:
4/5

Ulasan:
Hans dalam setahun dua ini sahaja baru berminat dengan sayuran bernama terung. Tidak dinafikan hidangan terung goreng belacan ini berjaya membangkitkan selera Hans. Kombinasi terung dan belacan memang berjaya digabungkan dengan cukup baik untuk membuatkan hidangan nasi menjadi lengkap dengan sayur yang lazat ini. Rugi sangat kalau anda tak cuba hidangan ini. Lazat! 

3) UDANG MASAK SAMBAL PETAI
Penilaian:
4/5

Ulasan:
Kalau dah namanya ada petai dan ditambah dengan sambal, tiada apa lagi yang mampu dipersoalkan. Sebagai penggemar petai, Hans memang berulang kali mencedok hidangan ini ke atas nasi. Padu bak hang! Kalau anda memang suka makan sambal petai udang maka memang tak rugi kalau anda pesan menu ini sewaktu berkunjung kesini nanti. Sedap sangat!

4) PAIS IKAN PATIN
Penilaian:
3/5

Ulasan:
Tengok penilaian Hans mesti anda terfikir hidangan ini tidak sedap. Sebenarnya tekaan anda salah! Secara jujurnya Hans memang tidak suka makan tempoyak walaupun Hans hantu durian. Tetapi, menu Pais Ikan Patin ini berjaya buatkan Hans makan hidangan ini bersama nasi putih sehingga habis. Jadi, kalau Hans yang memang tak makan tempoyak mampu makan hidangan ini maka semestinya sedap lah jawabnya. Ada rakan Hans yang memang gemar makan tempoyak memuji sakan rasa hidangan ini sampai licin diratahnya. Jadi, kalau anda penggemar tempoyak, jangan lupa untuk memesan dan mencuba hidangan ini nanti.

5) OPOR DAGING PEKAN
Penilaian:
4/5

Ulasan:
Daging opor ini memang lembut dan sedap. Sewaktu Hans menikmati hidangan ini memang Hans terasa seperti sedang makan kenduri. Fuh! Syahdu betul! Memang sedap lah senang cerita! Tak rugi kalau makan hidangan ini!

6) NASI LEMAK
Penilaian:
4/5

Ulasan:
Apa yang menariknya tentang menu nasi lemak disini ialah rasa sambalnya yang sedap serta kebersihan ikan bilisnya yang memang betul-betul dibersihkan. Ditambah pula dengan tidak kedekut kacangnya membuatkan peminat nasi lemak wajib mencuba hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang popular di kalangan pelancong asing ini.

7) LAKSA PAHANG
Penilaian:
3/5

Ulasan:
Hans sememangnya salah seorang yang cukup suka dengan hidangan laksa. Tetapi, ini adalah kali pertama Hans menikmati laksa Pahang yang sebenarnya agak berlainan berbanding laksa Kedah dan laksa Penang. Masih sedap untuk dimakan tetapi disebabkan rasanya agak asing pada Hans jadi inilah penilaian Hans untuk menu ini.

8) MAGGIE SEAFOOD PALMEIRRA
Penilaian:
4/5

Ulasan:
Walaupun namanya cuma Maggie Seafood tetapi rasanya memang kayangan. Hans sendiri pun terkejut sewaktu menikmati hidangan ini. Bayangkan sewaktu menu ini tiba di atas meja, Hans sememangnya sudah kenyang. Niat dihati cuma ingin merasa sesudu sahaja tetapi akhirnya menjadi semangkuk. Hahahah! Sedap! Kena cuba dulu baru anda tahu rasanya yang memang layan habis!

9) STARTER KUIH MUIH
Penilaian:
3/5

Ulasan:
Disini sebenarnya ada pelbagai kuih muih yang anda boleh pilih dimana setiap set terdapat 6 kuih muih pilihan anda. Hans menyukai rasa popia disini kerana kerangupan dan kemanisan sira yang kena dengan selera Hans. Karipapnya juga sedap cuma disebabkan Hans kurang menggemari inti ikan jadi Hans lebih memilih popia sebagai juara untuk kuih-muih yang Hans ambil pada hari kedatangan Hans tempoh hari.

10) PUDING RAJA
Penilaian:
5/5

Ulasan:
Pertama kali Hans mencuba pencuci mulut Puding Raja ini. Serius sedap gila! Memang tak boleh nak cakap apa lagi dah! Dengan rasa lemaknya, manisnya dan keunikan gabungan setiap bahan dalam mangkuk tersebut, Hans memang wajibkan anda untuk cuba pencuci mulut ini sewaktu datang ke kafe ini nanti. Wajib cuba!

11) SAGU GULA MELAKA
Penilaian:
4/5

Ulasan:
Ini juga antara pencuci mulut yang anda wajib cuba. Rasa menu ini sebenarmnya berada pada paras pertengahan tetapi menu ini berjaya buat Hans tak berhenti makan sehingga mangkuk tersebut licin. Antara yang Hans syorkan untuk anda semua cuba juga.

12) MINUMAN PELANGI UNGU
Penilaian:
5/5

Ulasan:
Minuman Pelangi Ungu ini adalah gelas yang paling kanan sekali. Memang tepat pilihan Hans kerana minuman ini sangat sedap. Menampilkan gabungan laici, soda dan ribena, setiap sedutan berjaya membuatkan Hans merasai ketiga-tiga rasa bahan tersebut dan kemanisannya juga sekata. Serius memang gembira sangat sebab Hans buat pilihan tepat untuk memesan minuman Pelangi Ungu ini. Layan!


Jadi, selepas ini kalau anda teringin makan makanan tradisi Melayu yang lazat terutamanya hidangan dari Pahang, Negeri Sembilan dan Johor, anda cuma perlu datang ke Palmierra 28 yang terletak di Petaling Street dan nikmati sepuas-puasnya semua hidangan disini dengan perasaan gembira. Bukan sahaja makanan dan minuman disini sedap tetapi kegembiraan anda menikmati hidangan disini pasti akan bertambah lagi dengan dekorasi kafe yang cukup cantik dan sesuai buat anda mengabadikan kenangan indah disini dengan bergambar sakan di setiap sudut kafe yang dihasilkan dengan cukup kreatif dan unik. Selamat mencuba dan menjamu selera disini!

34 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. TEMPAT SANTAPAN SELESA DGN MENU MENYELERAKAN

    BalasPadam
  2. cantik dan nampak sedap semuanyaa

    BalasPadam
  3. Dah la kafe cantik, pastu bukan jual tipikal kopi pasta etc. Mmg wajib terjah nehhh

    BalasPadam
  4. Wow best nyer tempat makan ni, i like their decor too.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes...decor dia cantik....makanan dia sedap-sedap tau :)

      Padam
  5. Sedapnye lauk dia. Teringin nak makan pais ikan patin tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah...siapa yang suka tempoyak semua cakap sedap hari tu Pais Ikan Patin tu

      Padam
  6. Cantiknya kafe ni, makan pun mesti bertambah selera ni

    BalasPadam
  7. Nampak sedap semua makanan ala-ala kampung 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes...makanan pahang, negeri sembilan dan johor memang padu

      Padam
  8. Wah... Nampak cozy lah tempat ni.. 👍 boleh try ni...

    BalasPadam
  9. Cantiknya cafe dia. Tapi manarik juga cafe sediakan makanan yg berat juga. Iza bygkan cafe sediakan coffee and cake je.

    BalasPadam
  10. Sejujurnya sy suka id restoran ni.. instagramable sgt n klu i akn focus utk berhmbr je kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe...memang puas hati bergambar dekat sini...dari depan sampai belakang semua sudut cantik

      Padam
  11. Wahhhhh . Paling menarik maggi tu hahaha . mengiurkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap weh...mula-mula tengok macam ingat maggi biasa jer..sekali makan..sedap betullll!!!

      Padam
  12. Masukan dari saya Bang, di bagian akhir tulisan dimasukkan Google Maps dari lokasinya. Jadi nanti setiap orang yang membaca dan ingin langsung ke lokasi bisa mengikuti arah melalui Google Maps. Btw, salam kenal ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah akan diusahakan. terima kasih atas cadangan. salam kenal yer :)

      Padam
  13. Cantik kedai ni. Makanan pun nampak best

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..puas bergambar...puas makan...complete :)

      Padam
  14. Makanan nampak sedapnya 😋 nak try

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap tau. rasa asli makanan dia..puas makan :)

      Padam
  15. Banyaknyaa..boleh pilih yang mana kita nak makan

    BalasPadam
  16. Ada surau ke? Kalau ada ingat nak try buka puasa kat situ, nampak sedap 😋

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama