Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, syarikat pengedaran minuman tenaga M-150 iaitu Infra Bunga Sdn Bhd melancarkan wajah baru minuman itu menggantikan botol bersegi yang digunakan sejak 20 tahun lalu.
Infra Bunga yakin ia dapat menarik lebih ramai peminat M-150 dan dapat bersaing dalam pasaran minuman tenaga di Malaysia.
Minuman M-150 yang berasal dari Thailand ini telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2016 dan merupakan pilihan terbaik untuk mengembalikan kesegaran tubuh.
Dengan hanya 155 kalori dalam setiap botol 150ml, minuman tenaga M-150 berkafein dan tidak berkarbonat ini membekalkan tenaga kepada seluruh tubuh dan menyegarkan minda.
M-150 adalah minuman gaya hidup yang sesuai untuk mereka yang berusia 18 hingga 40 tahun dan datangkan dalam perasa sitrus dan manis yang sangat enak. Minuman ini juga turut meningkatkan kewaspadaan dan berfungsi untuk melegakan keletihan. Paling menarik kerana ianya mudah dibawa kemana-mana.
Majlis pelancaran turut menampilkan Tiktoker terkenal Malaysia yang mempunyai 2.6 juta pengikut iaitu Muhamad Hasif Sharaudin yang dipilih sebagai duta minuman M-150. Bakal muncul dengan single terbaru berjudul 'Dilema' ciptaan sepenuhnya pencipta lagu terkenal iaitu Ezra Kong dan A.Ramlee, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini sememangnya merupakan pilihan tepat diangkat sebagai duta kerana beliau melambangkan imej minuman tenaga ini yang sememangnya sesuai untuk mereka yang menjalani kehidupan yang aktif dan sentiasa positif dalam kehidupan.
Untuk makluman semua, produk minuman M-150 yang berkualiti ini boleh didapati di lebih 14,000 titik sentuh yang merangkumi laman beli-belah dalam talian, mesin layan diri, kedai runcit dan kedai serbaneka di seluruh negara dengan harga RM2.00 hingga RM2.50 untuk 150ml dan RM3.00 hingga RM3.50 untuk 250ml.
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com