Kekal Aktif Bersama Anlene Sempena Kempen #PergerakanTanpaBatasan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Tahukah anda bahawa 7 daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai risiko tulang lemah tidak kira umur atau jantina? Hal ini berpunya daripada persepsi umum yang menyatakan semakin berusia kita maka kita menjadi semakin lemah, mudah sakit, kurang bergerak dan kerap tertekan. Kitaran stereotaip yang skeptikal ini juga menjadi lebih teruk disebabkan oleh pemikiran lama yang menyatakan orang tua tidak mampu mencapai sebarang matlamat hidup disebabkan oleh idea-idea penuaan yang telah tersemai sebelumnya. 


Jadi, Hans sangat berbangga dengan usaha Anlene yang tampil ke hadapan untuk menggalakkan rakyat Malaysia melawan stereotaip lapuk ini melalui Kempen #PergerakanTanpaBatasan dan mengambil inisiatif untuk bergerak secara aktif demi menjalani kehidupan sepenuhnya dengan sihat walaupun semakin berusia. Lebih menarik apabila Anlene kembali bersama Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh untuk Kempen #PergerakanTanpaBatasan

Ikon filem antarabangsa dan penyokong setia Anlene tersebut kembali dengan kempen bersama Anlene setelah lebih sedekad dimana Yeoh bersedia memainkan peranannya sebagai duta jenama untuk kempen #PergerakanTanpaBatasan Anlene yang menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengatasi batasan fizikal dan mental dengan kekal aktif. Kempen ini juga menumpukan tentang sumbangan penting yang kita boleh berikan kepada komuniti dan kehidupan kita sendiri walaupun dalam peringkat kehidupan yang berbeza.


Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Anlene akan mengaktifkan roadshow di seluruh negara untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar lebih banyak bergerak sambil menjaga kesihatan tulang mereka. Pameran ini juga akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menjalani ujian kekuatan tulang dan otot secara PERCUMA bernilai RM150.

Jom jelajah roadshow Anlene sempena kempen #PergerakanTanpaBatasan hujung minggu ini di Aeon Taman Maluri, Kuala Lumpur dan banyak lagi lokasi akan datang. Ketahui roadshow akan datang berhampiran anda di sini: https://www.anlene.com/my/en/anlene-move-check.html

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk Anlene, layari media sosial mereka seperti dibawah:

Laman Sesawang:

Facebook:



1 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wahhh dato michelle yeoh masih lagi jadi duta anlene! Menarik lah ada roadshow untuk sebarkan awareness tentang penjagaan tulang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama