Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini BAD LAB telah melancarkan secara rasmi inisiatif terbaru mereka yang melibatkan sukan permotoran melalui kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM. Dengan kempen yang dinamakan ‘MAN-GINEERED FOR POWER’, Hans melihat ini merupakan sebahagian daripada misi BAD LAB untuk menyokong bakat-bakat baru terutamanya buat pelumba motosikal tempatan yang berkaliber agar berpeluang untuk beraksi di arena antarabangsa.
Sedikit makluman buat para pembaca sekalian, BAD LAB (Brave and Daring Laboratory) merupakan sebuah jenama barangan penjagaan diri dari Malaysia yang sangat terkenal di pasaran dunia dan direka khusus untuk lelaki bukan konvensional yang berani dan tidak mudah menyerah kalah. Faktor tersebut telah menjadikan jenama ini amat sesuai untuk menjalinkan kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM yang merupakan sebuah entiti di bawah BOON SIEW HONDA yang bertanggungjawab menguruskan divisyen sukan permotoran bagi syarikat gergasi yang mula ditubuhkan di Jepun.
Menurut Lum Chong Heng yang merupakan Pengarah Komersil BAD LAB, keputusan untuk menjalin kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM ini dibuat bukan sekadar satu keputusan strategik semata-mata tetapi ia begitu sejajar dengan misi BAD LAB untuk memperkasa generasi muda Malaysia agar berani dan tidak mudah menyerah kalah di dalam usaha merealisasikan impian. Jadi, kempen MAN-GINEERED FOR POWER ini merupakan satu daripada strategi pihak mereka untuk menyokong serta membangunkan generasi baru pelumba Malaysia. Selain itu, BAD LAB turut merancang untuk menyediakan satu platform khusus agar pelumba baru ini bukan sahaja dapat menampilkan bakat yang ada tetapi berpeluang menimba pengalaman dan belajar dari pelumba-pelumba lain yang hebat dan lebih senior.
BAD LAB juga turut memperkenalkan para pelumba yang bakal mewakili BAD LAB KC HONDA RACING TEAM iaitu pasukan pelumba motorsikal BAD LAB. Pemilihan pelumba-pelumba ini benar-benar menunjukkan bahawa BAD LAB memang komited dengan objektif mereka untuk memupuk pelumba muda Malaysia dari generasi baru agar dapat beraksi di pentas dunia.
Dibawah merupakan senarai nama pasukan pelumba motorsikal BAD LAB iaitu:
1) Muhammad Irfan Haykhal Bin Amidi, 16, Negeri Sembilan Darul Khusus.
2) Muhamad Shahzul Naim Bin Razali, 25, Selangor Darul Ehsan.
3) Adib Hareez Bin Hazwat, 17, Johor Darul Takzim.
4) Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas, 17, Johor Darul Takzim.
Keempat-empat pelumba yang dipilih untuk mewakili BAD LAB KC HONDA RACING TEAM ini adalah dari generasi muda di bawah umur 25 tahun dan berbakat besar di dalam sukan permotoran. Turut ditampilkan buat kali pertama adalah sut lumba rasmi serta motorsikal yang bakal digunakan para pelumba dimana kesemuanya direka khas dengan warna-warna rasmi iaitu hitam dan keemasan.
Para pelumba bagi BAD LAB KC HONDA RACING TEAM bakal beraksi buat kali pertama bermula pada 25 Februari 2023 di pusingan pertama edisi ke-30 Petronas Malaysian Cub Prix (2023) yang bakal berlangsung di Sepang International Circuit.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti setiap perkembangan terbaru mengenai BAD LAB dan BOON SIEW HONDA RACING TEAM melalui laman media sosial di bawah:
BAD LAB
Instagram:
Facebook:
#Badlab
BOON SIEW HONDA RACING TEAM:
Instagram:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com