Nikmati Stik Premium Mampu Milik Di Cawangan Terbaru NY Steak Shack Di Setapak Central

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa antara anda semua yang menggemari hidangan stik? Hans pasti ramai yang sukakan hidangan tersebut tetapi disebabkan harganya yang premium membuatkan ramai yang berkira-kira untuk menjamahnya atas faktor kewangan. Tetapi, jangan risau kerana kini anda boleh menjamah stik premium dengan harga mampu beli di cawangan terbaru NY Steak Shack® yang terletak di pusat beli-belah Setapak Central


Pembukaan cawangan terbaharu ini sekaligus menawarkan lebih banyak peluang buat rakyat Malaysia untuk menikmati pelbagai menu yang menampilkan stik sizzling, burger dan shake yang lazat. Ini merupakan cawangan ketiga sejak pembukaan pertamanya di IOI City Mall Putrajaya pada 2014 dan yang kedua di AEON Mall Shah Alam pada 2016, di mana kedua-dua cawangan telah mendapat pengiktirafan persijilan Halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Pembukaan cawangan Setapak Central juga turut melakar sebuah lagi pencapaian dalam sejarah perkembangan jenama tersebut yang sekaligus mengukuhkan komitmennya untuk menyajikan hidangan berkualiti buat pelanggannya yang dihargai. Selain itu, ia menepati misi NY Steak Shack® sendiri untuk sentiasa menyajikan makanan yang berkualiti tinggi dan lazat yang membuatkan pelanggan kembali berkunjung.


Dalam usaha mereka menghargai pelanggan, reka bentuk cawangan baharu ini turut diambil berat dengan menjadi ianya lebih luas demi keselesaan para pengunjung terutamanya buat kumpulan yang datang beramai-ramai untuk menjamu selera bersama mahupun untuk meraikan hari istimewa di NY Steack Shack. Selain stik, burger dan shake, para pelanggan juga turut ditawarkan pelbagai pilihan lain yang dapat memenuhi selera masing-masing. 


Untuk makluman semua, cawangan Setapak Central NY Steak Shack® berkeluasan 2,170 kaki persegi dan menyediakan tempat duduk yang mencukupi untuk pelanggan menikmati hidangan dengan selesa. Restoran ini mencerminkan konsep moden yang diberikan nafas baharu dengan rekaan dalaman dan hiasannya yang mengambil inspirasi daripada kemeriahan bandar New York City. 


Hans sendiri turut berpeluang menikmati pelbagai menu menarik bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba iaitu Spice of Independence yang terdiri daripada:


1) Sizzling Spicy Salsa Ribeye
2)Crispy Chicken Burger With Lemak Chili Api Sauce
3) Sizzling Spicy Salsa Pasta Chicken
4) Hot Wing
5) Sizzling Lemak Chili Api With Rice


Hans memang sangat berpuas hati dengan kualiti dan rasa yang ada pada menu Sizzling Spicy Salsa Ribeye ini. Isi dagingnya tebal tetapi sangat lembut dan berjus. Kena pula dengan sos pencicahnya yang terasa pedas dan seakan-akan tomyam menambah lagi rasa selera Hans. Dimakan pula dengan bawang putih goreng yang rangup membuatkan menu ini antara menu yang wajib anda cuba jika berkunjung ke sini pada bulan Ogos ini.


Jangan risau kerana hidangan di NY Steak Shack® menawarkan harga yang sangat berpatutan! Harga bermula daripada RM49.90 untuk 200gm stik, RM23.90 untuk hidangan ayam, RM31.90 untuk burger, RM25.90 untuk pasta, dan RM15.90 untuk shake. Anda juga boleh menyertai keahlian NY Steak Shack® Bite & Bites secara percuma untuk mendapatkan mata setiap kali anda menjamu selera di sini dan nikmati hidangan istimewa sebagai ganjaran.


Berita baik buat anda! Buat 50 pelanggan yang terawal, anda bakal mendapatkan tawaran percuma dari Restoran NY Steak Shack® Setapak Central. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan segera berkunjung ke Restoran NY Steak Shack® Setapak Central sekarang.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama