Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan berkunjung ke sebuah restoran baru iaitu Meatlab & Co yang terletak di TTDI, Damansara. Secara jujurnya, Hans memang teruja untuk berkongsi dengan para pembaca berkaitan restoran yang berada di bawah pengurusan Me'nate ini kerana hidangan-hidangan yang disajikan bukan sahaja menyelerakan tetapi juga dijual dengan harga yang sangat berpatutan.
MEATLAB & CO
Waktu Operasi:
Setiap Hari
7.30 Pagi - 11.00 Malam
Alamat:
Meatlab & Co. by Me’nate
No.2, Persiaran Zaaba,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Telefon / Whatsapps:
+60193568321
+60196135321
Instagram:
Google Maps:
Waze:
Alhamdulillah, Hans sendiri berpeluang menjadi antara pelanggan yang terawal untuk mencuba pelbagai menu yang ditawarkan disini. Antara menu yang Hans cuba ialah:
1) Wag-Yu Burger
2) Salmon Teriyaki Rice Bowl
3) Cheese Stick
4) Croffle Puff Salted Caramel Biscoff Crumble
MEATLAB SMASHED BURGER
SALMON TERIYAKI RICE BOWL
CHEESE STICK
CROFFLE PUFF
Fuh! Memang lazat dan kena dengan selera Hans. Sedap belaka semua menu yang Hans cuba disini. Mengikut komen beberapa pelanggan yang Hans sempat tanya juga turut memberikan jawapan yang sama dimana makanan yang mereka cuba buat pertama kali disini memang menepati selera masing-masing.
Istimewanya restoran Meatlab & Co yang beroperasi bermula pada awal pagi hingga malam ini, mereka turut menawarkan menu sarapan pagi, teppanyaki, pilihan daging wagyu berkualiti, makanan grill dan pelbagai pilihan makanan yang mengasyikkan.
Lebih menggembirakan kerana Meatlab & Co menawarkan promosi 50% diskaun untuk semua menu yang dijual disini. Promosi ini bermula pada 1 Disember hingga 10 Disember 2023 ini. Jadi, anda kena berkunjung segera ke Meatlab & Co dan rebut tawaran istimewa ini disamping dapat menikmati pelbagai hidangan yang lazat dan berkualiti. Selamat menjamu selera!
Pergh....menu yang sungguh menyelerakan...teringin juga nak mencuba
BalasPadamWahh macam sedap je makanna diaa tu...
BalasPadamnak2 Cuya suka western lak kan
Fuhh menyelerakan semua menu dia
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com